Dalam serbuan tersebut tidak ada pengikut Syiah menggunakan alat senjata untuk mencederakan badan seperti yang dituduh oleh Aziz Hanafi menurut laporan berita Sinar Harian kerana ramai ulama Syiah mengharamkan perbuatan tersebut. |

Selain itu, dakwaan penganut fahaman Syiah membenci pengikut Ahlusunnah dan mendatangkan ancaman kepada mereka tidak benar kerana tidak berlaku kejadian yang serius sepanjang hidup bermasyarakat di negeri ini. Kominiti Syiah di Kedah hidup dalam suasana harmoni dan tiada satu pun peristiwa pertumpahan darah atau pergaduhan tercetus yang membabitkan Syiah dan Ahlusunnah. Abdullah Hasan dan pengikut Syiah juga sering memenuhi undangan kenduri dan tahlil anjuran masyarakat setempat.
Akhbar Sinar Harian edisi Utara hari ini juga mendedahkan Ustaz Abdullah Hasan sudah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pegawai Agama Kota Setar, Alaudin Abu Bakar atas dakwaan memfitnah pengikut Syiah dalam satu ceramah agama baru-baru ini.
Pada 15 Disember lalu Jabatan Agama Islam Selangor menyerbu Hawzah Imam Ridha, Sri Gombak, Selangor dan menahan kira-kira 200 pengikut mazhab Syiah Imamiyah ketika mengenang hari kesyahidan Saidina Husain di Karbala. Dalam serbuan tersebut tidak ada pengikut Syiah menggunakan alat senjata untuk mencederakan badan seperti yang dituduh oleh Aziz Hanafi sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar berita Sinar Harian kerana ramai ulama Syiah mengharamkan perbuatan tersebut. Pendustaan seperti ini kelihatan ekstrim dan tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana tokoh agama. - Abna.ir
Syiah bertaqiyah...bercakap bohong...
ReplyDelete