Sunday, February 20, 2011

Laporan Polis Terhadap Prof. Madya Dr. Aziz Hanafi



Pengikut mazhab Syiah Imamiyah di Kedah tampil membuat laporan untuk kali ke-empat berikutan pernyataan Aziz Hanafi yang dianggap sebagai fitnah di dalam akhbar Sinar Harian pada 17 Februari lalu.


Laporan polis terhadap Prof. Madya Dr Aziz HanafiAgensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pengikut mazhab Syiah Imamiyah di Kedah tampil membuat laporan untuk kali ke-empat berikutan pernyataan Aziz Hanafi yang dianggap sebagai fitnah di dalam akhbar Sinar Harian pada 17 Februari lalu.

Antara fitnah Aziz Hanafi ialah pengikut Syiah di Republik Islam Iran mencederakan diri mereka dan akan membunuh sekurang-kurangnya seorang Ahlus-Sunnah sebagai membalas dendam di atas kematian Saidina Hussein. Selain itu Aziz Hanafi turut berdusta bahawa pengikut mazhab ini menggunakan senjata untuk menyiksa badan ketika serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika penahanan kira-kira 200 orang Syiah di Taman Sri Gombak Disember lalu.

Pembohongan dan fitnah tersebut dikhuatiri boleh mencetuskan salah faham dan perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia. Kesal dengan pernyataan ekstrimis agama tersebut, pengikut mazhab Syiah Imamiyah yang diketuai oleh ustaz Abdullah bin Hasan membuat laporan di Ibupejabat polis Daerah Pendang, pagi kelmarin.

Wartawan ABNA difahamkan komuniti masyarakat Syiah di Kedah akan melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Aziz Hanafi. - ABNA.ir

No comments:

Post a Comment