Saturday, February 19, 2011

Fahaman Syiah Iamamiyah Terkawal - JHEAIK

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) -  Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEIK) Datuk Kharudin Zain berkata, JHEAIK sudah maklum mengenai isu fahaman Syiah di negeri ini, khususnya di Pendang.

Beliau tidak menafikan kewujudan mazhab ini namun kegiatannya masih berada di peringkat terkawal. Kata-kata beliau ini sekaligus menyangkal dakwaan Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi dalam kenyataannya mendakwa, kononnya fahamanSyiah di Kedah kini berada pada tahap membimbangkan dan perlu dibendung segera demi mengekalkan kesejahteraan ummah.

Abdul Aziz Hanafi di dalam akhbar Sinar Harian kelmarini turut mendakwa bahawa Hawzah Ar-Ridha menyambut Asyura dengan senjata dalam serbuan JAIS pada malam 15 Disember lalu. Namun kenyataan ekstrimis agama ini didapati tidak benar dan pengikut mazhab Syiah yang berada pada malam tersebut menafikannya ketika dihubungi wartawan ABNA.

No comments:

Post a Comment