Thursday, December 2, 2010

Ribut Salji Ganjil di London


 London - Ribut salji yang berlaku buat pertama kali di luar musim sejuk melanda bandar raya ini semalam telah menjejaskan jadual penerbangan, ratusan sekolah ditutup dan menyebabkan dua mati manakala perlawanan bola sepak Liga Scotland terpaksa ditangguhkan.

Seorang pegawai ramalan kaji cuaca, Tom Morgan memberi amaran bahawa suhu akan kekal berada antara satu darjah Celsius hingga dua darjah Celsius dengan tiupan angin yang kuat.

RENUNGAN

 Akhir-akhir ini, kita sering dikejutkan oleh berbagai-bagai musibah yang melanda hampir di seluruh dunia.  Indonesia masih lagi dalam keadaam truma, kita dikejutkan pula oleh banjir di Utara Semenanjung, ia itu di Kedah dan Perlis.  Kini pula England.

Apakah ini hanya secara kebetulan sahaja atau peringatan dari Allah?   Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari peristiwa-peristiwa ini agar kita sentiasa  dirahmati Allah.
 
 

No comments:

Post a Comment