Thursday, December 9, 2010

Gunung Stong

Gunung Stong nama yang tidak asing bagi pencinta keindahan alam anugerah Allah ini. Terletak dalam Daerah Dabong di Negeri Serambi Mekah.  Pada 29 November 2010, aku bersama -sama dengan keluarga Faisal dan keluarga Khairul Anuar bertolak  menuju ke Gunung Stong.  Kami menggunakan laluan Tasik Kenyir ke Gua Musang melalui Felda Aring.  Kami memulakan perjalanan kami pada jam 9 pagi, selepas bersarapan pagi di Pekan Manir.  Pemanduan dilakukan dengan kalajuan yang sederhana sahaja bagi membolehkan ahli keluarga masing-masing menikmati pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan.  Sementara itu aku, Faisal dan Khairul Anuar berbual-bual melalu radio set yang terpasang di dalam kereta kami. 



Penulis bersama Sdr. Faisal


Inilah pemandangan yang dapat dilihat ketika melalui kawasan ini.  Terdpat gunung-gunung di kiri kanan jalan.  Udaranya sejuk dan menyegarkan.  Ini adalah di antara nikmat-nikmat daipada Yang Maha Esa.  Barapa ramaikah di antara kita dapat menghargainya ?  



Ini adalah pemandangan air terjun Gunung Stong dari jarak jauh.  Lihatlah air yang menjunam turun itu, memukau setiap mata yang memandang.  Indah dan menarik.  Inilah keindahan negara kita.  Disekelilingnya dihiasi pohon-pohon yang menghijau indah.


Kami tiba pada lewat petang.  Tak banyak yang dapat ku paparkan.  Kami hanya menumpukan pada kawasan penginapan sahaja.  Untuk meneroka keseluruhan Gunung Stong kita memerlukan masa dua hari.



Disini disediakan kemudahan tempat penginapan.  Para pengunjung bolehlah memilih yang bersesuaian dan yang berkenan di hati.  Disini juga terdapat sebuah surau.




Tempat penginapan di sini dikelilingi oleh tumbuhan yang menghijau yang menyegarkan.  Udaranya yang nyaman dihiasi pula dengan siulan unggas-unggas  yang berada disini  menyenangkan hati.   Bersebelahan tempat penginapan ini mengalir sebatang sungai. Airnya jenih, sejuk dan menyegarkan. 


 
Air yang mengalir dengan tenang
setenang tempat ini

Rumpun buluh sebagai penghias di tebing sungai.


Air yang mengalir tenang.
Pokok-pokok yang menghijau dan batu-batu sebagai penyeri.
Dihiasi pula dengan siulan unggas serta deruan air.


Masa terlalu mencemburi kami.  Kami terpaksa pulang sedangkan masih banyak yang tak sempat kami terokai.   Kaki air terjun tak dapat kami daki.  Pejalanan dari tempat penginapan ke kaki air terjun memakan masa kurang lebih satu setengah jam berjalan kaki.  Senja sudah merangkak tiba.  Kami berkemas .

No comments:

Post a Comment