Tuesday, December 21, 2010

Gerhana Bulan Hari ini - Tak Nampak Di Malaysia - Live di Internet


Hari ini, sebentar lagi , Gerhana Penuh Bulan akan berlaku
 Tapi malangnya, kali ini ia tidak dapat kelihatan dari Malaysia. Hanya kawasan hemisfera barat yang dapat lihat keseluruhan fasa gerhana ini.
Rujuk http://science.nasa.gov/science-news/science-at-nasa/2010/17dec_solstice...

Nota: Di Malaysia, hanya di Sabah dapat lihat, itupun ketika Bulan sedang terbit, ia sudah pun hampir di penamat gerhana, di dalam bayang-bayang penumbra yang amat sukar dilihat dengan mata kasar.
Gerhana kali ini istimewa kerana ia berlaku pada tarikh yang sama dengan Soltis Musim Sejuk di hemisfera utara. Kali terakhir ini berlaku ialah pada tahun 1638! Tapi bagi kita di Malaysia ni, tak ada apa-apa yang significant la. Jangan pula lepas ni keluar teori konspirasi planet nibiru bla bla etc etc... !!!
Simulasi gerhana boleh lihat di http://shadowandsubstance.com/

Namun begitu, kita masih berpeluang menyaksikannya menerusi siaran Live di internet. Beberapa ahli amatur astronomi sedang bersiap sedia menyiarkan siaran langsung bermula lebih kurang jam 1 tengahari nanti.
Laman web Astronomy Without Borders (AWB) ada menyenaraikannya. Boleh lihat di http://www.astronomerswithoutborders.org/projects/13/521.html
Jom tonton Gerhana di Internet!

Sumber: Falakonline

No comments:

Post a Comment