Saturday, December 11, 2010

PDRM Dipandang Paling Tinggi Berasuah Atasi Parti Politik, Dedah TI

Oleh Melissa Chi

Low said the perception on grand corruption has increased - File Pic

KUALA LUMPUR, 10 Dis — Rakyat Malaysia melihat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai entiti paling tinggi terlibat dalam amalan rasuah — mengatasi parti-parti politik, kakitangan awam lain, sektor perniagaan dan kehakiman — demikian menurut laporan Global Corruption Barometer 2010 dikeluarkan hari ini.
Kajian dikendalikan oleh Transparency International (TI) Malaysia ini membabitkan 1,000 responden — berusia 16 tahun dan ke atas dengan 57 peratus daripada mereka adalah kalangan tinggal di kawasan bandar.
Kajian itu yang dijalankan Julai lalu merupakan laporan tahunan edisi yang ketujuh, kecuali bagi tahun 2008.
Datuk Paul Low, Presiden TI Malaysia berkata, penemuaan itu adalah sesuatu yang luar biaasa berbanding kajian-kajian yang dijalankan di banyak negara lain, di mana parti politik berada di atas sekali dan disusuli oleh perkhidmatan awam dan bidang kehakiman.
Bagaimanapun katanya, peratusan membabitkan kes-kes rasuah kecil-kecilan mengalami penurunan.
Katanya, persepsi mengenai amalan rasuah besar mengalami peningkatan.
Kajian itu juga mendapati sembilan peratus responden mengakui mereka pernah memberi rasuah pada tahun lalu.
Kadar itu mirip perkembangan di Singapura dan sedikit tinggi berbanding di Hong Kong iaitu lima peratus.
Kumpulan itu juga berkata, paras sembilan peratus itu lebih rendah berbanding 18 peratus di rantau Asia Pasifik.
Seramai 90 peratus responden berkata, mereka pernah memberi rasuah sama ada kepada anggota polis, pegawai-pegawai pendaftar dan pemprosesan permit, tanah, perkhidmatan perubatan, Jabatan Pendidikan Negeri dan juga pegawai-pegawai kastam.
Pada masa yang sama, persepsi positif berhubung tindakan kerajaan dalam menangani rasuah juga meningkat.
Kira-kira 50 peratus responden merasakan tindakan kerajaan sangat efektif, 32 peratus responden berkecuali manakala 20 peratus tidak bersetuju.
“Ini perkembangan drastik berbanding tahun depan,” kata beliau.
Paras sebelum ini ialah 28 peratus.
Berhubung paras rasuah tahun depan, kira-kira 27 peratus responden berpandangan bahawa tahap amalan rasuah akan meningkat, 41 peratus pula berpandangan bahawa ia akan kekal seperti sekarang manakala 25 peratus berpandangan ia akan menurun, kata laporan itu.
“Meskipun ada inisiatif-inisiatif baik dan keyakinan publik ke atas tindakan-tindakan kerajaan dalam menangani rasuah meningkat secara ketara, malangnya ada petanda-petanda tentang kurangnya iltizam politik untuk menangani soal rasuah,” katanya.
Kumpulan itu juga mengesyorkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dijadikan badan bebas dan berkecuali dengan melaporkan kepada jawatankuasa Parlimen, selain diberikan kuasa pendakwaan, mirip sistem yang berkaya di Indonesia.

Dipetik dari The Malaysian Insider.



No comments:

Post a Comment