Sunday, December 5, 2010

Hukum Membaca Doa Qunut Subuh

Hukumnya adalah sunat


Pendapat yang dikemukakan oleh para imam besar seperti Malik, As Syafie, Ibnu Abi Laila, Hasan bin Soleh, Abu Ishaq Al Ghazali, Abu Bakar bin Muhammad, Hakam bin Utaibah, Hammad, Ahli HIjjaz, Al Auza'ie kebanyakan Ahli Syam malah menurut Imam An Nawawi dalam Majmu'. Ia adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama salaf dan generasi selepas daripada mereka bahawa doa qunut disunatkan pada solat Subuh setiap hari.

Dalil :

Mereka berdalilkan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Anas bin Malik r,a katanya :

Sentiasalah RasuluLlah s.a.w berqunut pada solat Subuh sehinggalah baginda wafat."

Diriwayatkan juga bahawa Saidina Umar membaca doa qunut pada solat Subuh di hadapan para sahabat dan selainnya.

Berkenaan dengan hadith yang diriwayatkan daripada Anas ini, menurut al Haithami, Para perawinya adalah dipercayai." Menurut an Nawawi ia diriwayatkan oleh sekumpulan huffaz (ahli hadith) dan mengakui kesahihannya.

Kesahihan ini dinyatakan oleh al Hafiz al Balkhi, Al Hakim, Al Baihaqi dan ia juga diriwayatkan oleh Ad Daruqutni melalui beberapa jalan dengan sanad yang sahih.

Dalam mazhab syafie adalah sunat hukumnya membaca doa qunut dalam solat subuh itu, baik pada ketika turunnya bala atau tidak. Ini adalah pendapat yang banyak dari ulama-ulama salaf atau katakanlah yang paling banyak dan juga pendapat ulama-ulama yang di belakang ulama salaf. Di antara yang berpendapat serupa ini adalah Saidina Abu Bakar, Umar bin Khattab, Utsman, Ali, Ibnu Abbas, Bara' bin "azib Rda (al Majmu' Syarah Muhazzab III halaman 504)



Dipetik dari blog Tahu, Faham & Amal.
Terima kasih

No comments:

Post a Comment