Wednesday, June 22, 2011

royalti 5%kepada negeri; “Petronas Tidak Berhak” – Misteri yang tak terjawab

Kota Darulnaim, 21 Jun, - YB Dato’ Husam Musa ketika menjawab pertanyaan berkenaan dengan perkembangan Royalti Kelantan menyatakan bahawa perbicaraan tuntutan Royalti Petroleum masih diteruskan di Mahkamah Malaysia sedang saluran-saluran luar yang lain tertutup rapat.


Beliau menyatakan kegagalan perbicaraan dalam mahkamah rayuan pada 19 Mei yang lalu untuk membantah kerajaan persekutuan sebagai pencelah sebagaimana keputusan mahkamah tinggi dan kegagalan memindahkan perbicaraan ke mahkamah Tinggi Komersil.

YB Dato’ menyebutkan antara hujah yang tergantung dan misteri sepanjang perbicaraan adalah persoalan dimanakah wang 5% yang ditelah dipersetujui sebagaimana perjanjian 1975 antara Petronas dan seluruh negeri dalam kerajaan persekutuan.

Kandungan perjanjian secara jelas menetapkan pembahagian masing 5% antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan samada telaga minyak ditemui di kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut.

Ini dibuktikan lagi dengan pembayaran Royalti Petroleum kepada Terengganu berjumlah RM 938 juta secara berperingkat sehingga Jun 2011 telah disahkan oleh Menteri Besar Terengganu YB Datuk Seri Ahmad Said pada sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) ke-12 yang lalu.

Hal ini membuktikan bahawa isu tiga batu nautika adalah adalah isu yang sengaja diada-adakan untuk menafikan hak Royalti Petroleum Kelantan. Persoalan misteri yang tidak terjawab itu menjadi tanda tanya di manakah wang tersebut sedangkan Petronas tidak berhak memiliki 5% bahagian kerajaan negeri.

YB Dato’ Husam memaklumkan usaha terkini yang digerakkan adalah menfailkan rayuan di Mahkamah persekutuan pada minggu ini dengan menangguhkan perbicaraan di mahkamah Tinggi. Beliau sekali lagi menegaskan sekiranya Terengganu yang berkedudukan 180 KM berbanding 150 KM letaknya telaga minyak Kelantan mendapat royalti 5% daripada Petronas, kenapa Kelantan tidak?

Ketika menjawab soalan tambahan, beliau masih berharap dan mempercayai bahawa keadilah pasti akan wujud sekiranya sistem kehakiman berdiri tegak di atas fakta tanpa melihat siapa yang menuntut dan yang dituntut.

SUmber: Husam Musa

No comments:

Post a Comment