Sunday, June 12, 2011

Ayatullah Muhammad Baqir al-Hakim, seorang pencinta kesyahidan



Ulang tahun ke-lapan kesyahidan Ayatullah Muhammad Baqir al-Hakim, di masjid Imam Ar-Ridha, Qom.

Ayatullah Muhammad Baqir al-Hakim, seorang pencinta kesyahidanAgensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) – Majlis ulangtahun ke-lapan mengenang kesyahidan Ayatullah Sayid Muhammad Baqir al-Hakim dan tahun ke-dua pemergian Hujjatul Islam Wal Muslimin Sayid Abdul Aziz Al-Hakim dengan kehadiran wakil-wakil para Marji’ Taqlid dan pencinta keluarga al-Hakim telah berlangsung di Masjid Imam Ridha, Gozarkhan, Qom.

Pada pembukaan majlis, dua penyair Arab mendendangkan lagu memperingati dan melahirkan tanggapan terhadap keluarga al-Hakim yang dimuliakan masyarakat. Majlis diteruskan dengan ucapan Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait, Hujjatul Islam Wal Muslimin Akhtari berkenaan dengan ciri-ciri dan keistimewaan Ayatullah Muhammad Baqir al-Hakim.

Selain itu, Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait turut menyampaikan ucapan takziah di hari kesyahidan Imam Ali Al-Hadi dan kewafatan Imam Khomeini kepada pemimpin agung Revolusi Islam Iran Sayyid Ali Khamenei, para marji’ taqlid, keluarga al-Hakim, dan juga kepada para ulama dan hadirin majlis tersebut.

Hujjatul Islam Akhtari mengatakan, “Hari peristiwa besar ini dan dari satu sisi adalah kebanggaan  buat pengikut Ahlul Bait yang dizalimi, manakala dari satu sisi yang lain adalah sebab berterusannya mazhab ini”.

Beliau menyifatkan As-Syahid Al-Hakim sebagai peribadi yang menyintai kesyahidan dan menambah, “Syahid adalah suatu kebanggaan yang Imam Ali mengatakan tentang ini sebagai, ‘Jikalau aku ditetak beribu kali dan di cincang-cincang, bagiku ini adalah mudah berbanding mati di katil”.


Hujjatul Islam Wal Muslimin Akhtari menegaskan, “Tatkala kematian Amirul Mukminin, beliau mengatakan ‘Aku telah menang wahai Rabbul Ka’bah’, ia adalah biasa di mana pengikut beliau menganggap kesyahidan adalah kemuliaan dan kebanggaan; demikianlah as-Syahid Ayatullah Al-Hakim telah bercita-cita meraih kebanggaan ini”.

Beliau mengingatkan kemuliaan As-Syahid Ayatullah Al-Hakim dengan mengatakan, “Ulama adalah benteng dalam berdiri menghadapi serangan pihak musuh dan penzalim. Inilah kebenaran ucapan Imam Al-Jawad iaitu ‘Diri ulama adalah anugerah untuk menghidayatkan manusia di jalan Allah”.

Setiausa Agung Majma’ Ahlul Bait menyatakan peranan ulama dalam pemetaan arah tuju masyarakat dengan berkata, “Hari ini zaman gelombang kesedaran Islam di dunia dan kejatuhan diktator seperti Mubarak dan Abdullah Soleh, kita menyaksikan lebih dari sebelumnya janji Allah bahawa «إِنَّا لَنَنصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الْأَشْهَادُ» (Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi).

Hujjatul Islam Akhtari menjelaskan kemenangan hari ini adalah daripada rancangan Imam Khomeini sambil menambah, “Kemenangan-kemenangan ini hasil dari pergerakan seorang yang faqih, ‘alim dan murid maktab Imam As-Sodiq (a.s), Ayatullah Al-Hakim juga telah menyatakan noktah ini sebelum mengucapkan selamat tinggal di Tehran bahawa masa depan Islam untuk revolusi Islam dan umat Islam sangat jelas”.

Tentang berbagai keluasan dimensi peribadi As-Syahid Al-Hakim, beliau mengatakan, “Orang alim maktab Ahlul Bait ini selain telah banyak berusaha dengan berbagai kitab dan ucapan, keistimewaan beliau juga ialah melakarkan peta jihad”.

Akhtari mengatakan, “As-Syahid Al-Hakim berdiri untuk menegakkan pemerintahan Islam bersama ilmu dan pengetahuan dengan pembentukan yang munasabah dalam kerjasamanya dengan pembentukan Parti Dakwah Islamiyah”.

Hujjatul Islam Akhtari menyentuh tentang pujian Imam Khomeini terhadap As-Syahid Al-Hakim dengan mengatakan, “Setelah kemenangan Revolusi Islam, As-Syahid Al-Hakim cuba mengasaskan Persatuan Badar dan menekankan pembentukan keduanya setelah kebudayaan dan ketenteraan”.

Mengenai pujian layanan Ayatullah Al-Hakim terhadap tawanan Iraq, beliau menyatakan, “Pertama kali saya mengenali Ayatullah As-Syahid yang besar ini ialah ketika saya menjadi Imam Jumaat kota Semnan, ketika itu saya membawanya pergi menziarahi penjara tawanan Iraq di Semnan dan beliau menenggelamkan mereka dengan memberi ucapan yang menakjubkan kepada tawanan”.

Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait menyentuh tentang As-Syahid Al-Hakim di mana dari satu sisi manusia perlu kepada keperibadian yang lain seperti beliau, katanya, “Sebagaimana para Imam mengangkat makanan di atas bahu mereka, dan pergi ke rumah anak-anak yatim dan orang miskin, ulama kita juga di zaman ini dan dengan cara yang lain melakarkan diri mereka dengan kelakuan yang menyenangkan”.


Hujjatul Islam Akhtari menceritakan tentang perhatian Ayatullah Al-Hakim tentang Pendekatan Antara Mazhab-Mazhab Islam, “As-Syahid yang mulia ini banyak melaksanakan aktiviti perpaduan di antara kaum muslimin dan bertahun-tahun bertanggungjawab memimpin Majlis Tertinggi Majma’ Taqrib Mazahib Islami.

“Beliau dengan memberikan bukti dari riwayat, telah menganggap bahawa membentuk kasih sayang antara penciptaan dan Pencipta merupakan salah satu dari tanggungjawab para ulama. Katanya, “Ayatullah Al-Hakim dalam qunut solat, beliau sendiri membaca, « وَالَّذِينَ جَاؤُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ » , Ini menunjukkan bahawa beliau bahawa beliau memberi perhatian terhadap orang-orang terdahulu dan akan datang”.

Hujjatul Islam Akhtari di penghujung ucapannya mengingatkan, “As-Syahid Ayatullah Muhammad Baqir Al-Hakim telah menduduki puncak ilmu, kefaqihan dan juga pembacaan Raudhah Imam Husain di mana mereka sering membaca Raudhah dan Maqtal dalam majlis Imam Husain (a.s), memukul kepala dan dada sambil menitiskan air mata”.

No comments:

Post a Comment