Saturday, June 18, 2011

Hawzah Ar-Ridha serah memorandum ke PBB


Kesal dengan tindakan tidak berasas terhadap Syiah, 11 wakil mazhab ini serah memorandum berisi kecaman kepada PBB.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kafir, musyrik, sesat dan mazhab ini perlu dihapuskan, itulah antara gambaran tentang mazhab Syiah Imamiyah oleh sebahagian laporan media dan pengarah baru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Husain.

Kesal dengan tuduhan tidak berasas ini, seramai 11 orang wakil komuniti Hawzah Ar-Ridha menyerahkan memorandum kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bukit Damansara pagi kelmarin. Memorandum itu berisi kecaman terhadap gambaran salah mereka tentang Syiah dan pencerobohan JAIS dalam Majlis ulang tahun kelahiran Fatimah Az-Zahra, puteri Nabi Muhammad (s.a.w), yang mendapat permit daripada pihak berkuasa pada 24 Mei lalu.

Wakil mazhab Syiah dikawal ketat oleh pasukan Polis DIraja Malaysia dan penyerahan memorandum diterima oleh Penasihat Keselamatan PBB di Malaysia Singapura dan Brunei, Devendra Patel.

Negeri Selangor selum ini pernah mengiktiraf Syiah Imamiyah sebagai mazhab yang sah, namun sejak akhir-akhir ini pihak JAIS didapati terpengaruh dengan Wahabi apabila mengadakan seminar dengan mengundang salah seorang panel daripada golongan ajaran sesat tersebut.
 
 
 

No comments:

Post a Comment