Dalam situasi tegang yang melanda dunia Arab, sebuah penjara rahsia bawah tanah ditemui di Libya. Menurut penduduk tempatan penjara ini terletak di kawasan persembunyian diktator Libya Muammar Ghaddafi dan kaum kerabatnya. Laporan beberapa berita menyatakan, penjara ini mempunyai pintu besi setebal 30 sentimeter. |
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Dalam situasi tegang yang melanda dunia Arab, sebuah penjara rahsia bawah tanah ditemui di Libya. Menurut penduduk tempatan penjara ini terletak di kawasan persembunyian diktator Libya Muammar Ghaddafi dan kaum kerabatnya. Laporan beberapa berita menyatakan, penjara ini mempunyai pintu besi setebal 30 sentimeter.
Menurut saksi, tempat kurungan ini lebih buruk dari penjara Abu Gharib kerana ruangannya tidak sesuai untuk didiami selain tidak mempunyai tandas yang baik.
Televisyen al-Jazirah juga menyiarkan gambar tersebut tanpa mengaitkannya dengan Imam Musa Sadr sambil mengatakan, "Penjara ini adalah sebuah bilik kecil tanpa jendela. Melalui pengamatan, seorang tahanan pernah tinggal di sini sebelumnya". Meskipun begitu beberapa sumber berita Arab mengandaikan penjara ini adalah bilik kurungan Imam Musa Sadr.
Baru-baru ini seorang aktivis politik Libya mengesahkan Imam Musa Sadr telah dibawa terbang ke satu tempat yang tidak diketahui.
Imam Musa Sadr mengunjungi Libya atas jemputan Muammar Ghaddafi pada 25/8/1978 dan hilang bersama dua pengawal peribadinya sampai hari ini.
Fars News pula melaporkan Ayatullah Bahjat pernah mengatakan Imam Musa Sadr masih hidup dan tinggal di bawah tanah. Muhammad Ali Muhtadi selaku pakar masalah Timur Tengah dalam satu sidang akhbar mengatakan beberapa tahun sebelum ini beliau pernah bertanya kepada Ayatullah Bahjat tentang nasib Imam Musa Sadr. Ayatullah Bahjat menegaskan bahawa Imam Musa Sadr masih hidup dan akan terjadi satu peristiwa besar yang akan mengembalikan beliau sehingga berlaku perubahan di rantau tersebut.
Sebuah Hadith di dalam kitab "Bayan Al-Aimah" halaman 512 pula mencatatkan Amirul Mukminin al-Imam Ali bin Abi Talib meramalkan seorang pemimpin akan dipenjarakan dengan suatu tempoh yang panjang di tanah Maghrib. Beliau akan segera bebas dan menjadi pemilik kemenangan.
Menurut saksi, tempat kurungan ini lebih buruk dari penjara Abu Gharib kerana ruangannya tidak sesuai untuk didiami selain tidak mempunyai tandas yang baik.
Televisyen al-Jazirah juga menyiarkan gambar tersebut tanpa mengaitkannya dengan Imam Musa Sadr sambil mengatakan, "Penjara ini adalah sebuah bilik kecil tanpa jendela. Melalui pengamatan, seorang tahanan pernah tinggal di sini sebelumnya". Meskipun begitu beberapa sumber berita Arab mengandaikan penjara ini adalah bilik kurungan Imam Musa Sadr.
Baru-baru ini seorang aktivis politik Libya mengesahkan Imam Musa Sadr telah dibawa terbang ke satu tempat yang tidak diketahui.
Imam Musa Sadr mengunjungi Libya atas jemputan Muammar Ghaddafi pada 25/8/1978 dan hilang bersama dua pengawal peribadinya sampai hari ini.
Sebuah Hadith di dalam kitab "Bayan Al-Aimah" halaman 512 pula mencatatkan Amirul Mukminin al-Imam Ali bin Abi Talib meramalkan seorang pemimpin akan dipenjarakan dengan suatu tempoh yang panjang di tanah Maghrib. Beliau akan segera bebas dan menjadi pemilik kemenangan.
Sumber: ABNA.ir |
No comments:
Post a Comment