Bahan bukti menunjukkan Mubarak menggunakan Polis untuk
menyerang penunjuk perasaan di Mesir
menyerang penunjuk perasaan di Mesir
Barang-barang di atas adalah merupakan bahan-bahan yang dapat dirampas oleh kumpulan anti Mubarak semasa pertempuran dengan kumpulan pro-Mubarak di Dataran Tahrir semalam.
Jelaslah serangan yang telah dilakukan oleh kumpulan pro-Mubarak adalah satu lagi perancangan Mubarak untuk terus kekal. Serangan yang telah mengorbankan 8 jiwa rakyat Mesir dan telah mencederakan ratusan lagi rakyat Mesir yang berhimpun di dataran Tahrir.
"Kami menangkap banyak polis," kata Hanni Midhet,27, yang selamat semasa pertempuran selama 15 jam berhampiran Museum Mesir.
Dalam sebuah wawancara dengan ABC, Mubarak telah menafikan bawa pihak kerajaannya yang telah mencetuskan pergaduhan tersebut.
"Saya merasa sangat sedih. Saya tidak mahu rakyat Mesir berkelahi antara satu sama lain," katanya.
Perdana Menteri Mesir Ahmad Shafiq juga turut menafikan serangan yang dilakukan ke atas penunjuk perasan telah didalang oleh pihak kerajaan.
Walau apa pun, yang jelas ialah, pengakuan polis rahsia yang berjaya ditangkap semasa rusuhan semalam adalah merupakan bukti yang menunjukkan bahawa rejim Mubarak dan kuncu-kuncunya adalah dalang disebalik serangan yang di buat ke atas penunjuk perasaan di Dataran Tahrir.
Sumber: the star com
No comments:
Post a Comment