Saturday, February 12, 2011

Iran Merayakan Ulang Tahun Ke 32 Kemenangan Revolusi Islam


Tarikh 11 Februari adalah merupakan tarikh keramat bagi rakyat Iran.  Tarikh yang telah menjadi tanda kejayaan kuasa rakyat di  Iran.  Setiap tahun Iran akan merayakan Hari Kemenangan kuasa rakyat ini.

Pada 11 Februari yang lalu, puluhan juta orang telah berarak di seluruh Iran untuk memepringati dan merayakan kemenangan Revolusi Islam di Iran.

Pada hari ini, 32 tahun yang lalu, rakyat Iran telah berjaya menggulingkan pemerintahan rezim diktator Mohammad Reza Pahlavi yang di sokong oleh Amerika Syarikat. Kejayaan ini juga telah menamatkan 2,500 tahun sistem monarki di negara Iran.

 
Jutaan orang terlah berarak di Kota Tehran untuk merayakan kemenangan Revolusi Islam, walau pun dalam keadaan yang sejuk dengan sajli yang tebal. Terdapat juga poster-poster yang dibawa dalam perarakkan tersebut meyokong kebangkitan rakyat Tunisia dan Mesir.


Perayaan ini di adakan selama 10 hari(10-Day Dawn), bermula pada 1 Februari ia itu tarikh kepulangan Imam Khomeini ke Iran dan kemuncaknya adalah pada tanggal 11 Februari, Hari Kemenangan Revolusi Islam.  Ia juga merupakan hari kemenangan rakyat yang telah berjuang berabad-abad lamanya. 
 

No comments:

Post a Comment