Mereka membantah tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (Umno-BN) Terengganu dibawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, yang mengambil balik tanah mereka dengan harga yang rendah.
Menurut mereka, antara kampung terbabit Kampung Pak Pa, Kampung Gelugor Raja Masjid, Kampung Gelugor Raja, Kampung Tok Jamal dan Kampung Panji.
Diantara pembantah yang hadir adalah Tuan Kuning Tuan Dalan, 55, yang menyifatkan slogan kerajaan negeri ‘merakyatkan pentadbiran dan pembangunan’ sebenarnya lebih banyak menyusahkan rakyat.
Katanya, penduduk di Kampung Gelugor Raja ini akan dipindahkan tetapi masih samar di manakah penempatan baru yang dijanjikan itu.
“Kami (penduduk) telah dipanggil ke pejabat untuk dibincangkan tentang harga pengambilan tanah tetapi harganya murah sangat dan tidak berbaloi.
“Kami juga dijanjikan dengan kawasan penempatan baru tetapi kami tidak diberitahu di manakah lokasi itu tanpa ada ‘hitam-putih’ (surat). Ini menyusahkan kami yang turun temurun tinggal di sini,” jelasnya ketika ditemui, Ahad 30 Januari.
Beliau berkata, dasar kerajaan negeri ‘Merakyatkan Pentadbiran’ tetapi ‘Tangki Najis Diutamakan’.
Manakala seorang warga emas yang ditemui, Che Engku Ibrahim Mat, 70, mendakwa beliau adalah penduduk asal kampung terbabit dan meminta kerajaan negeri memberi haknya dengan adil.
Katanya, meski pun pengambilan balik tanah hendak dibuat tetapi hendaklah dengan cara yang tidak menyusahkan rakyat hingga ke mahkamah.
“Saya penduduk asal di sini, jika kerajaan hendak ambil juga tanah kami biarlah dengan adil dan berpadanan supaya tidak menyusahkan rakyat.
“Jika boleh saya tidak mahulah sampai ke mahkamah kerana saya takut untuk pergi kerana menyusahkan sahaja,” ujarnya dengan terharu.
Katanya, penduduk tidak puas hati kerana bayaran pengambilan balik tanah yang murah serta tidak setimpal di antara RM7 hingga RM10 sekaki persegi.
Jumlah tersebut disifatkan tidak mencukupi dan sangat rendah berbanding haga semasa.
Dipetik dari :Buletinonline.net
No comments:
Post a Comment