Monday, April 4, 2011

TAIB MAKIN RESAH:Kali ini Steven Ng Pula dilarang masuk SARAWAK


Aktivis yang giat dalam gerakan sosial di Sarawak, Steven Ng dilarang untuk memasuki negeri tersebut - tiga hari sebelum hari penamaan calon pilihan raya negeri Sarawak.  Tiada alasan diberikan tentang larangan tersebut kepada aktivis yang selama ini berulang-alik dari Semenanjung ke Malaysia Timur untuk terlibat dalam aktiviti di setiap lapisan masyarakat tempatan Sarawak.
Steven Ng pernah berkhidmat di bawah badan bukan kerajaan (NGO) Tenaganita.  Beliau kembali ke Semenanjung Malaysia beberapa minggu yang lalu, dan bertolak ke Sarawak pada hari ini.  Tanpa dijangka, beliau dihalang di Lapangan Terbang Kuching, setelah mendarat pada jam 6.10 petang tadi.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Steven Ng berkata dirinya menaiki kapal terbang Firefly, bertolak dari KLIA dan beratur seperti biasa untuk pendaftaran selepas mendarat di Lapangan Terbang Kuching.  Setelah beliau menyerah kad pengenalan dirinya, pegawai dengan segera menyoal identitinya, dan membawanya ke satu bilik untuk dipertemukan kepada pihak atasan.
Selepas menunggu 10 hingga 15 minit, pegawai atasan tersebut memaklumkan Steven Ng bahawa beliau telah dilarang untuk memasuki sempadan Sarawak.  Meskipun Steven Ng meminta penjelasan, namun pegawai atasan tersebut memberitahu bahawa dirinya hanya melaksanakan perintah daripada pihak jabatan keselamatan, dan tidak tahu punca Steven Ng dilarang.
Jangan jual undi kamu, pesannya
Steven Ng menolak untuk dibawa ke satu bilik lagi untuk menunggu, kerana ia bermakna dirinya ditahan.  Beliau berkata kepada pagawai tersebut bahawa alasan mesti diberikan kepadanya, jikalau dirinya ditahan, atau beliau akan menyaman pihak kastam.  Akhirnya pegawai tersebut mengakui bahawa dirinya tidak berkuasa untuk menahannya, dan Steven dibenarkan untuk bergerak bebas di lapangan terbang.
Steven berkata, mengikut peraturan, penumpang yang dilarang masuk sempadan negeri harus balik dengan menaiki kapal terbang daripada syarikat yang sama.  Maka beliau perlu menaiki kapal terbang Firefly pada jam 11 malam untuk kembali ke Kuala Lumpur.
Ketika ditanya punca halangan kerajaan negeri Sarawak pada tanggapannya, Steven berkata tempoh dua minggu yang akan datang adalah pilihan raya negeri Sarawak.  Ramai aktivis dan ahli politik Sarawak akan mendarat di Sarawak untuk berkempen.  Larangan daripada kerajaan BN ini bermakna mereka bimbang bahawa kedatangan aktivis ini bakal mempengaruhi orang tempatan.
Steven Ng mula bergiat dalam gerakan hak asasi di Sarawak sejak empat atau lima tahun yang lalu.  Beliau lebih menumpu dalam isu seperti penerokaan dan rampasan tanah adat.  Beliau akan memasuki kawasan Sarawak lapan hingga sepuluh kali setiap tahun.
Steven Ng menjadi mangsa menyusuli langkah aktivis hak asasi seperti Kua Kia Soong, ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan lain-lain lagi, sebagai warga Semenanjung yang dihalang untuk memasuki Sarawak.  Steven Ng mengambil kesempatan untuk menyeru agar rakyat Sarawak tidak menjual undi mereka, kerana ia akan menyusahkan generasi akan datang.
"Seandainya kamu menjual undi kamu, maka yang menderita adalah anak dan cucu-cicit anda.  Tiada lagi sumber di Sarawak selepas 10 tahun.  Kerajaan terus mencabuli hak asasi manusia, dan saya bukannya satu-satu manusia yang dihalang untuk memasuki negeri lain dalam negara kita."
Steven meneruskan, "Saya nak tanya kerajaan yang bodoh ini, mengapa kami sebagai orang Malaysia, tidak dibenarkan memasuki negeri lain dalam negara sendiri?

Sumber: Briged Al-Akhdor LR2

No comments:

Post a Comment