KUALA LUMPUR, 18 April - Pengawal selia tenaga nuklear negara menafikan telah meluluskan rancangan
Lynas Corporation untuk m
enyimpan sisa buangan radioaktif lojinya di Gebeng dekat Kuantan sambil menegaskan, syarikat Australia itu tidak akan dibenar menyimpan ratusan tan meskipun ia masih menganggapnya selamat. Lynas telah melabur RM700 juta bagi mendirikan loji pemprosesan nadir bumi, yang akan beroperasi akhir tahun ini.
“Simpanan di kawasan loji tidak akan menjadi penyelesaian terakhir,” kata Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB),
Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan (foto). Dalam temu bual khas itu, kawasan simpanan dalam loji yang telah diluluskan, yang bertujuan memudahkan kerja-kerja pemprosesan, adalah sebagai
“kawasan sementara untuk menyimpan sisa buangan.”
Baru-baru ini Lynas memberitahu ia tetap dengan pendiriannya mahu meneruskan operasi pemprosesan nadir bumi di Gebeng dengan kemudahan simpanan jika pelan untuk mengitar semula sisa radioaktifnya tidak dimuktamadkan. Lynas memberi jaminan kepada pengkritik bahawa lombon
g Mount Weld di Australia adalah
salah satu daripada tiga kawasan yang unik dengan simpanan nadir bumi yang rendah tahap radiasi dan tidak sewajarnya dibandingkan dengan loji Bukit Merah yang sedang melalui kerja-kerja pembersihan menelan kos RM303 juta sejak
dua dekad lalu selepas ia ditutup.
Sumber: Pahang Daily
No comments:
Post a Comment