Tidak ada tuduhan sesat, haji tidak wajib, menghalalkan darah Sunni atau mengancam keselamatan negara. |
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Setelah menunggu lebih dari 3 bulan untuk pihak JAIS menyiapkan kertas siasatan, akhirnya pertuduhan ke atas dua ulama Syiah telah dibaca dalam sesi persidangan di Mahkamah Rendah Syariah Kuang pagi tadi. Meskipun pengarah JAIS sebelum ini mendakwa berbagai kesesatan Syiah, namun lain pula pertuduhan yang dibaca. Hujjatul Islam Kamil Zuhairi telah dituduh sebagai 'membantu menyebarkan Syiah'
Manakala ulama Iran Mohsen Radmard pula menghadapi pertuduhan 'bersubahat membantu menyebar fahaman Syiah'. Kamil Zuhairi mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan pada 14 Julai 2011 nanti. Oleh kerana tidak ada penerjemah untuk membaca pertuduhan terhadap Mohsen Radmard, mahkamah akan bersidang lagi pada 5 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Tuduhan yang dibaca pagi tadi sekaligus menyatakan pihak JAIS tidak mempunyai bukti kukuh untuk membenarkan dakwaan Pengarah JAIS sebelum ini iaitu Datuk Muhammad Khusrin Munawi yang mengatakan kononnya Syiah mengancam keselamatan negara, menghalalkan darah Sunni, haji tidak wajib dan sebagainya. Hakikatnya dakwaan-dakwaan Khusrin itu bertentangan dengan kebenaran dan ia hanyalah fitnah yang disebarkan oleh kumpulan Wahabi.
Pada Disember lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hasil pemantauan pihaknya mendapati fahaman Syiah yang diamalkan di negara ini tidak mempunyai sebarang unsur yang boleh mengancam keselamatan.
Umat Islam di Malaysia pula tertunggu-tunggu jikalau pihak berkuasa agama tersebut mendakwa mereka sebagai ajaran sesat, namun tuduhan tersebut tidak muncul dalam sidang mahkamah. Pertuduhan ini juga dilihat sebagai satu pencabulan hak asasi yang amat serius dan bercanggah dengan resolusi OIC. Pada tahun 2007 di Pakistan, Malaysia telah menyertai ISLAMABAD DECLARATION ADOPTED BY THE THIRTY FOURTH SESSION OF THE ISLAMIC CONFERENCE OF FOREIGN MINISTERS (SESSION OF PEACE, PROGRESS AND HARMONY) ISLAMABAD, ISLAMIC REPUBLIC OF PAKISTAN 28-30 RABI AL-THANI 1428 H (15-17 MAY 2007) iaitu di halaman 91- 93, RESOLUTION NO. 28/34-POL ON STRENGTHENING THE ISLAMIC UNITY. Dokumen dalam fail A/61/981 S/2007./656 menyatakan syiah adalah mazhab dalam Islam dan penganutnya berhak diberi hak-hak mereka sebagai seorang Muslim. Malaysia turut menandatangani deklarasi yang telah diwartakan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu pada 26 Jun 2007 ini.

No comments:
Post a Comment