Oleh: wanibrah
"Dalam mana-mana pemeritahan di dunia ini, sumber air untuk keperluan rakyat adalah menjadi tanggungjawab pemerintah. Ia merupakan salah satu keperluan bertaraf basic needs untuk hidup, kerana air membekalkan segala-gala untuk kesejateraan makhluk.
Justeru kerana itu, dalam Perlembagaan Persekutuan, di bawah Senarai Persekutuan, Jadual ke-9 para 11 (b) menyebutkan "kerja-kerja dan kuasa persekutuan, termasuk bekalan air, sungai dan terusan kecuali yang keseluruhannya terletak di dalam suatu Negeri atau yang dikawal selia oleh suatu perjanjian antara Negeri yang berkenaan, pengeluaran dan pembekalan kuasa air."
Sementara dalam Perlembagaan Persekutuan, di bawah Senarai Negeri, Jadual ke-9 para 6(c) menyebutkan "kerja-kerja Negeri dan air, iaitu tertakluk kepada Senarai Persekutuan, air (termasuk sungai dan terusan tetapi tidak termasuk bekalan dan perkhidmatan air); pengawalan kelodak; hak riparia."
Air di Kelantan
Justeru kerajaan Negeri Kelantan yang telah melaksanakan perjanjian berkaitan pembekalan air hanyalah bertanggungjawab dalam aspek menguruskan sumber air. Ini bermakna segala usaha menyuburkan punca air, pembiayaan dan tanggungjawab pembangunan prasarana bagi memudahkan pengurusan sumber air adalah terletak di bahu Kerajaan Pusat bukan Negeri. Dengan kata lain, tanggungjawab Kerajaan Negeri akan sempurna bila Kerajaan Pusat turut melaksanakankan tanggungjawab mengikut semangat persekutuan (rule of federalism).
Namun apa yang berlaku, Kerajaan Pusat tidak pun menyalurkan geran pembiayaan prasarana air. Apa yang berlaku, Kerajaan Negeri terpaksa meminjam daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM520 juta. Sedangkan negeri yang dikuasai Barisan Nasional diberi geran. Maka jelaslah, Kerajaan Pusat sudah tidak ikut kehendak rule of federalisme (tidak patuh kepada perlembagaan). Ia sudah boleh diibaratkan sebagai "seorang Muslim yang sudah engkar perintah al-Quran sebagai perlembagaan hidup." Di mana kejujuran 'kuasa kerajaan' jika ia sudah dilihat engkar? Apakah pemegang kuasa yang dimandatkan oleh rakyat untuk mentadbir Negara secara Rukun Negara (kepercayaan kepada Allah, kesetiaan kepada Raja, kedaulatan undang-undang, keluhuran perlembagaan dan kesopanan dan kesusilaan)?
Di atas fakta tersebut, Rakyat Kelantan tidak sepatutnya terkeliru dengan omongan fitnah dan keengkaran tanggungjawab tajaan Umno di Kelantan hari ini. Apa yang sepatutnya ialah Rakyat Kelantan hendaklah bertegas dan bertekad membetuli tindakan pihak Barisan Nasional yang mentadbir Pusat. Natijahnya, Rakyat Kelantan tidak sepatutnya merestui, bersetuju dan memberi saham (sokongan) kepada salakan fitnah yang disebar oleh pemimpin Umno di pentas Gelombang Merah, di corong Radio FM Kelantan, di dada akhbar auta dan di bibir-mulut pencacai itu.
Apa yang sepatut dibuat oleh seluruh Rakyat Kelantan adalah menghapuskan kesemua golongan pencacai itu dari tampuk kuasa. Ia suatu komitmen jitu, demi membela hak rakyat, ke arah mengembalikan amalan penghormatan kepada perlembagaan dan bertegas di atas prinsip Rukun Negara.
Sokong Kerajaan Negeri
Hakikatnya, kehebatan sebenar Rakyat Kelantan ialah sentiasa menerajui dan mencetuskan perubahan. Penghapusan pencacai Umno yang menetang segala usaha baik berteraskan Membangun Bersama Islam yang dipimpinan ulama adalah boleh disifatkan termasuk dalam kerja yang batal (bathil) di sis agama. Apakah kerja bathil itu pasti meraih pahala?
Begitu pula, rungutan penduduk di Sarawak yang tinggal di sepanjang Sungai Igam (lihat keratan akhbar berikut), tetapi masih tidak upaya dibekalkan air oleh Barisan Nasional yang berkuasa.
Komited jaga khazanah air
Hakikatnya Kerajaan Negeri pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz tekad dan sentiasa bertanggungjawab melaksanakan yang terbaik di dalam semua segi bidang keberhasilan pembangunan untuk rakyat. Oleh itu isu air tetap menjadi keutamaan bagi Tuan Guru melalui Air Kelantan Sdn. Bhd dan Jabatan Air Negeri melakukan penambahbaikan.
Prinsip umumnya air adalah keperluan asasi rakyat. Pengalaman Nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail telah mencetuskan kemakmuran Kota Mekah kerana air zamzam. Justeru sumber air Kelantan yang pancut dari mata air tertinggi di Asia Tenggara, di Gunung Stong merupakan khazanah Allah untuk dipelihara oleh semua Rakyat Kelantan. Bersama-samalah Rakyat Kelantan menghadapi ujian dari agenda politik Umno, penentang kepimpinan ulama di Kelantan. Semoga kema'arufan mengatasi kebathilan dan Allah pastinya menyediakan jalan penyelesaian untuk Rakyat Kelantan.
Oleh: Wan Nik Wan Yussof, Setiausaha Politik Menteri Bear Kelantan.
Sumber: Tranungkite Online
No comments:
Post a Comment