Tuesday, March 8, 2011

Pentadbiran Negeri Amalan Nabi Muhammad - Nik Aziz


Oleh : Zahrawani Ayu

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU, 6.Mac - Kejayaan umat Islam sehingga kini adalah mencerminkan ajaran Rasulullah diikuti sepanjang zaman biarpun jarak antara umat masa kini hampir 1450 tahun dari zaman Rasulullah SAW 
menjadi Rasul, demikian dijelaskan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan ucapan di perhimpunan bulanan Penjawat Awam di Dataran Kompleks Darulnaim hari ini. Nik Aziz berkata banyak perkara yang diamalkan oleh Rasulullah SAW di zaman jahilliah masih diamalkan sehingga kini seperti dalam menggunakan Kalendar hijriah, urusan jual beli dan Aqiqah.

“ Islam masa kini amat jauh dengan ajaran yan dibawa oleh Nabi Muhammad, ia seperti jarak sebatang sungai yang beribu kilometer, sudah tentulah pelbagai halangan akan menimpa sebelum ia sampai ke penghujungnya, ia seperti ajaran Islam kini, namun sekiranya diguna sebaik mungkin penapis, sudah tentulah kejernihan akan ada dan dalam Islam mestilah menggunakan penapis Al-Quran dan sunnah Rasulullah untuk mendapat Islam yang sebenar”ujar beliau.

Dengan menggunakan Al-Quran dan Hadis, kita mesti yakin segala yang kita lakukan di muka bumi ini ada benarnya seperti dalam berpolitik, mentadbir negara dan sebagainya.

Menyentuh pentadbiran sesebuah negara, Nik Aziz berkata di zaman Rasulullah dulu ketika berada di Madinah, beliau adalah merupakan seorang Rasul yang meliputi keseluruhan aspek seperti pentadbiran negara, menjaga sumber ekonomi, urusan luar negara dan kemasyarakatan.

“ Kalau masa Nabi Muhammad jadi rasul, baginda juga yang menguruskan negara Madinah dan ini adalah urusan politik, saya amat hairan sekiranya masih ada mereka yang mengatakan pentadbiran negara bukannya urusan agama”kata beliau lagi.

Nik Aziz juga menegaskan pentadbiran di Kelantan turut mengikut dasar yang ditetapkan berlandaskan Ubuddiyah, Masulillyah dan Itqan( UMI), melalui penerapan UMI ini, kakitangan kerajaan didedahkan dengan pendekatan ajaran Islam dalam urusan pentadbiran negeri.

“usaha kita agar kakitangan kerajaan negeri sentiasa mengamalkan amalan UMI ini dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam yang benar-benar berjaya mengikut ajaran Islam”kata beliau.

Di majlis yang sama, Nik Aziz melahirkan rasa kesal di atas tindakan seorang mufti di negara ini melarang umat Islam menggunakan dalil dalam menyampaikan hujah sedangkan ia sepatutnya mengeluarkan arahan agar umat Islam sentiasa menggunakan hujah al-quran dan Hadis dalam memperjuangkan Islam.
Beliau turut menyentuh isu murtad yang berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq yang enggan membayar zakat.

“ Apa kata bagi orang yang menolak Islam sepenuhnya iaitu menolak Islam ambil nasionalis, komunis dan sebagainya, bagaimana sekiranya di zaman Abu Bakar hanya satu saja yang ditolak telahpun dikira murtad, inikan pula ditolak semua sekali” katanya lagi.

Sumber: gegar kelantan net

No comments:

Post a Comment