Akhbar tempatan Sinar Harian Edisi Utara dilarang membuat liputan tentang Syiah. |
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Wartawan ABNA difahamkan bahawa pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah dan Pulau Pinang telah mengirim surat kepada akhbar tempatan Sinar Harian edisi Utara supaya tidak membuat liputan tentang Syiah. Surat tersebut juga dikatakan mengandungi amaran akan menggunakan undang-undang jikalau pihak akhbar tersebut masih terus menyiarkan berita-berita tentang Syiah.
Namun surat itu tidak menyebut akta larangan tersebut secara terpenci. Dengan ini pihak Syiah tidak ada lagi saluran media untuk menghebahkan kegiatan mereka dan menjawab fitnah-fitnah tokoh-tokoh agama di Kedah melainkan Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA).
Ustaz Abdullah Hasan menyatakan kekesalannya dengan surat tersebut sambil menyifatkan tindakan pihak berkuasa agama tersebut sebagai berat sebelah. Meskipun begitu proses undang-undang dan pendakwaan tetap diteruskan terhadap Alaudin bin Dato Bakar kerana memfitnah dan menghina mazhab Syiah Imamiyah.

No comments:
Post a Comment