Dua mazhab di Kedah dan Selangor sama-sama jayakan majlis Maulidur Rasul meskipun ada pihak mendakwa kononnya kedua golongan ini saling bermusuhan. |

Majlis di Hawzah Imam Ar-Ridha ini turut melangsungkan acara gilang gemilang pernikahan sepasang pengantin daripada mazhab Syiah dan Ahlusunnah.
Sambutan Maulidur Rasul di Hawzah Imam Ridha, Selangor dengan kehadiran Ayatullah Ja'far Hadi.
Masyarakat dari bangsa India dan Tionghua turut hadir untuk mengetahui lebih lanjut tentang penindasan terhadap Syiah di Malaysia.
Turut memberi ucapan tahniah sempena kelahiran nabi Muhammad (s.a.w) ialah beberapa orang tokoh Syiah Melayu dan menyatakan kesetiakawanan mereka dalam ikatan persaudaraan yang telah lama terjalin di kalangan ummat Islam yang berbagai mazhab. Para hadirin dihidangkan dengan nasi beriani berlauk kari kambing, ayam masak merah, acar, kuih-muih dan berlanjutan sehingga ke petang.
Sambutan Maulidur Rasul di Kedah dengan pengisian acara berzanji, marhaban, burdah, berendoi dan ceramah. Gambar dari akhbar Sinar Harian edisi Utara.
Ustaz Abdullah Hasan selaku mudir Husainiyah Az-Zahra berkata, isu perbezaan mazhab adalah satu agenda yang dicetuskan oleh pihak yang berhasrat melemahkan umat Islam.
Minoriti Syiah Melayu dipercayai telah wujud sejak kehadiran Islam di Nusantara pada abad ke 11. Jumlah mereka di Malaysia hari ini dianggarkan seramai 40 ribu ke 100 ribu orang. Sepanjang Mac akan datang, lebih 100 orang masyarakat Syiah akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Selangor di bawah kesalahan menganuti fahaman Syiah Imammiyah atau lebih dikenali sebagai mazhab ahlul bait.
Diskriminasi dan tuduhan palsu ke atas penganut mazhab Syiah Imamiyah ini mengambarkan pihak berkuasa agama di negara ini ingin memaksa umat Islam menganuti mazhab satu mazhab sahaja.
Sumber: ABNA.ir
No comments:
Post a Comment