KERDAU, 3 Mac [9.44 am] -
Felda Plantations ternyata
"projek haram" kerajaan UMNO Barisan Nasional sejak dulu, kini dan selamanya. Kenyataan ini dijelaskan oleh
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK),
Mazlan Aliman (foto) dalam sidang medianya dekat sini semalam. Menurut Mazlan, Felda diasaskan untuk membasmi kemiskinan terutamanya dikalangan orang. Felda katanya mengawal
367,710 hektar ladang yang jelas pemilikannnya bertentangan dengan
Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960. Perkara ini ada disebut menerusi
Seksyen 7(2) dan Seksyen 11(1) dan pernah dibacakan dalam
Hansard Parlimen bertarikh
27 April 196o. Kenyataan tersebut dibuat oleh bekas Perdana Menteri
Tun Razak ketika itu. Apa yang berlaku sekarang, sejak
zaman PM Mahathir tanah-tanah yang dibuka oleh Felda tidak lagi diberikan lagi kepada rakyat (peneroka) sebaliknya dijadikan estet perladangan atas nama plantations. Ini bercanggah dengan dasar Felda itu sendiri sebenarnya.
"Kami sedang mengkaji untuk membawa kes ini ke mahkamah untuk membolehkan kerajaan negeri mengambil semula tanah-tanah yang telah disalahgunakan oleh Felda itu", kata Mazlan.
"Apakah Najib tidak membaca kenyataa ayahandanya itu?. Adakah dia tahu Felda Plantations itu adalah penempatan haram yang bertentangan dengan akta GSA itu sendiri?", katanya. Mazlan turut menegas bahawa
Kerajaan Pakatan Rakyat tetap akan
memansuhkan Felda Plantations kiranya diberi mandat rakyat untuk memerintah negara ini
selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Keluasan tanah yang telah digunakan untuk plantations itu sebenarnya boleh diagihkan kepada 79,000 orang generasi kedua Felda", katanya.
Sumber: Pahang Daily Online
No comments:
Post a Comment