|
Permandangan terbaru Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin |
Stadium yang dibina dengan kos melebihi RM 300 juta menjadi mercu tanda Kompleks Sukan Gong Badak dan kebanggaan Idris Jusoh dirasmikan pada tarikh 10 Mei 2008 sempena SUKMA 2008. Genap lebih kurang setahun, kira-kira jam 7.30 pagi tanggal 2 Jun 2009, bumbungnya runtuh menyembah bumi. Monumen (istilah untuk satu bahan sejarah) yang dibina diera pemerintahan Idris Jusoh tetapi malangnya Ahmad Said yang tersengih bangga di samping Tuanku Sultan Mizan pada ketika perasmiannya.
Episod yang memalukan memalukan Terengganu ini telah 2 tahun berlalu. Rakyat menuntut penjelasan konkrit kerana 300 juta bukannya sedikit untuk suatu projek yang seolah-olah akan dibiarkan menjadi suatu bahan sejarah walaupun tamaddunnya tak berjaya dicipta.
|
Imbas kembali: Tragedi pagi 2 Mei 2008 |
Tinjauan pada petang Jumaat lalu, kelihatan semua kesan runtuhan telah dibersihkan, lantas apa perencanaan seterusnya. Ahmad Said, tak memadai sekadar meluahkan kekecewaan kerana ianya tidak menyelesaikan apa-apa sama sebagaimana kekecewaan berulang kali yang beliau luahkan ekoran kegagalan dewan bedah Hospital Setiu dan Hospital Besut untuk berfungsi tapi dewan bedahnya masih kekal sebagaimana asalnya gagal untuk berfungsi. Berdalih untuk melepaskan tanggungjawab bukanlah sikap seorang ketua kerajaan negeri.
Sumber:
Dr.Azman Ibrahim
No comments:
Post a Comment