Saturday, December 10, 2011

Dilema Najib: Apa nak buat dengan Sharizat?

Oleh Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei

Strategy Perdana menteri Najib Razak untuk menang dalam pilihanraya akan datang adalah untuk memastikan calon-calon UMNO-BN adalah dari kalangan yang pasti menang. Najib juga mahu memastikan pertelingakahan berkenaan siapa yang patut dipilih berhenti lalu bersetuju dengan sesiapa saja yang akan diputuskan olehnya. 

Dalam perhimpunan agung UMNO yang lalu, presiden UMNO itu mendapat apa yang diingininya dengan para perwakilan bersetuju untuk memberi mandat penting baginya. 

Tapi benarkah mereka masih mempunyai pilihan dan adakah pertelingkahan akan tamat disitu walaupun dia telah membuat mereka berjanji untuk tidak melobi atau hilang kelayakan serta merta.

Setakat ini, tiada komen dari bahagian-bahagian UMNO selepas seminggu tamatnya perhimpunan sebelum pilihanraya ke 13dan pemilihan parti itu sendiri, yang bakal berlaku pada tahun hadapan. Namun, orang dalam memberitahu ini masih awal lagi dan letusan boleh berlaku pada bila-bila masa saja, akibat skandal NFC yang membabitkan wang sebanyak RM250 juta dan ketua wanita Sharizat Jalil. Bagaimana Najib akan menyelesaikan kes ini akan menjadi pengukur terhadap siapa yang akan dipilih kelak.

Setakat ini, Najib dan pemimpin tertinggi yang lain termasuk naib presiden Muhyiddin Yassin dan ketua pemuda, Khairy Jamaluddin telah membela Sharizat, namun tetap ada ketidakpuasa hati di kalangan Wanita yang begitu ketara. Ramai yang berpendapat bahawa dia patut meletak jawatan dan ada juga yang meminta dia berbuat demikian di kalangan pemimpin atasan.

Tamparan hebat buat Najib dan pelan Pilihanraya ke 13
Menurut sumber UMNO, skandal NFC yang pertama kalinya didedah oleh PKR adalah tamparan hebat buat Najib, yang mengharapkan pilihanraya umum boleh dilangsungkan pada bulan hadapan.

Namun, keadaan menjadi lebih buruk apabila dia tersalah anggap terhadap toleransi rakyat untuk kes-kes korupsi yang tak sudah dari UMNO. Dengan keangkuhannya dalam menerima bahwa keadaan sememangnya parah dari laporan ketua audit, Najib memberi gambaran bahawa UMNO adalah sebuah kapal lanun yang merompak kekayaan negara tanpa kawalan dan akan melakukannya melalui apa saja institusi.

Ternyata, pilihanraya umum ke 13 harus ditunda sementara UMNO dan Najib yang sendirinya tidak sepi dari skandal-skandalnya sendiri, merangkak dan mencari jalan keluar dari dilemma Sharizat. Untuk memintanya meletakkan jawatan dengan serta merta akan menghancurkan imejnya tapi, untuk tidak melakukan begitu akan menaikkan kemarahan yang lain didalam parti. Ketua bahagian lain yang bakal digugurkan akan menjadikan Sharizat sebagai contoh ketidakadilan Najib dan membuat tuntutan mereka sendiri. Jika tersilap perhitungan, mungkin Najib sendiri yang akan digugurkan seperti Sharizat.

Percubaannya dalam menjernihkan persepsi negatif umum terhadap Sharizat, dia mengarahkan polis untuk membuat kenyataan yang cuba membersihkan nama Sharizat. Namun, sekali lagi Najib tersalah anggap tentang kebijaksanaan rakyat dan ini rupanya telah mengeruhkan lagi keadaan.

Disabotaj dari dalam
Sudah ada perwakilan yang menegaskan bahawa mesti ada yang lain di dalam UMNO yang juga perkasa dan lebih berkuasa dari Najib. Mereka mahu menyemarakkan api kebencian terhadap Sahrizat untuk kepentingan mereka sendiri. Jawatannya yang popular didalam kabinet serta menjawat ketua wanita sudah cukup untuk mencetuskan perbalahan didalam UMNO. Ada kemungkinan juga dia akan dijadikan cara untuk menumbangkan kedua-dua Najib dan Muhyiddin

Dalam penipuan UMNO, desas-desus kaut menyatakan bahawa Sharizat sebenarnya telah ditikam dari belakang oleh rakan parti. Tangan-tangan halimunan ini tidak susah untuk dikenalpasti, tanya saja siapa yang akan mendapat habuannya nanti.

Setelah beberapa minggu, di warung-warung dan kedai kopi UMNO, perdebatan sedang hangat dan sememangnya Sharizat tahu apa yang berlaku ke atas projek lembu yang dianugerahkan kepada suami dan anak-anaknya pada tahun 2006. Bagaimana mereka boleh menyembunyikannya selama ini? Adakah yang terlepas pandang atau ia sengaja didedahkan untuk memberikan tekanan padanya, Najib dan Khairy?

Musibah NFC yang didedahkan oleh PKR telah diketuai oleh pengarah strategi Rafizi Ramli dan Ketua wanita Zuraida Kamaruddin. Ia telah disahkan sebagai ‘kes berat’oleh ketua editor dalam laporan terbarunya. Antara dakwaan dibuat oleh PKR adalah keluarga Sharizat telah menyalahgunakan kuasa dengan membelanjakan duit yang sepatutnya membiayai projek dengan membeli 2 unit kondominum mewah di Bangsar, kereta Mercedes mewah CSL350 CGI, hartanah kos tinggi di Putrajaya bernilai RM3.3 juta, jutaan ringgit diskaun dan transaksi yang memihak kepada syarikat milik keluarga.

Biar Najib buat keputusan
Dengan berlangsungnya perhimpunan agung UMNO, penampilan ahli parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar awal minggu ini untuk mengingatkan Sharizat supaya berundur, serta keanehan cara menteri wilayah persekutuan Raja Nong Chik dalam menyeru kepimpinan tertinggi untuk membuat keputusan terhadap nasib Sharizat telah menambah perisa kepada sup panas NFC.

Memperolehi banyak wang telah menjadi motivasi untuk ahli politik UMNO, jadi pemimpin seperti Najib yang terlibat dalam skandal berbillion ringgit mungkin tidak akan faham apa yang nak dikecohkan sangat. Projek yang bernilai RM 250 juta atau RM 300 juta tidak penting buat golongan elit UMNO.

Sememangnya Sharizat patut menumpukan perhatian kepada politik saja dan menegaskan bahawa kelaurganya tidak sepatutnya bertindak demikian dan seterusnya hanya memberi tumpuan terhadap kabinet dan kerja-kerja parti. Tapi, sejak bila orang politik UMNO bergaduh tentang wang? Dulunya seorang peguam yang hebat sekarang lemah dan tidak boleh berbuat apa-apa melainkan meminta pertolongan ahli tertinggi UMNO. Namun, amat sedikit yang bersimpati kepadanya.

Buat masa ini, pemimpin UMNO telah diberi arahan untuk berpendirian “Biar najib buat keputusan”. Sememangnya Najib berada dalam dilemma sehingga pilihanraya ke 13 berakhir.

PM yang juga Menteri Kewangan yang degil
Tidak hairan jika kita nampak Najib lebih berminat untuk menjernihkan perbalahan dalam UMNO itu sendiri dari menyelesaikan punca masalah sebenar. Tiada usaha untuk melaksanakan tanggungjawab itu, membetulkan kesilapan dengan mengarahkan auditor-auditor serta pengurus professional untuk menyelamatkan apa yang tinggal dalam NFC. Hanya sindrom penafian yang mengejutkan dipamerkan oleh Najib. Pengkritik berkata bahwa Najib sememangnya tidak peduli jika setiap sen terbazir, ironinya, dia adalah menteri kewangan yang bertanggungjawab mengemudi Malaysia dari krisis kewangan.

Dalam pada itu, projek NFC masih lagi dibawah pimpinan Salleh Ismail, suami Sharizat. Musibah NFC tidak sihat untuk negara. Ia bukan khabar baik untuk mereka yang mengharapkan hasil dari projek yang matlamatnya adalah untuk membekalkan rakyat Malaysia dengan daging lembu dengan harga yang murah.

Bagi Najib, rakyat akan melupakannya. Pada hematnya, keadaan akan menjadi seperti sediakala apabila ditanya tentang Sharizat. Dalam pada itu, dia telah memberi arahan bahawa ada banyak lagi yang lebih penting seperti survival UMNO sendiri dan masa hadapan orang Melayu. Apalah saja skandal RM250 juta itu, sama ada ia adalah korupsi atau tidak, jika dibandingkan dengan yang lain.

Sama ada Najib dan cara kejinya dalam berpolitik berjaya, ia semua bergantung kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia. Setakat ini, nampaknya Najiblah yang mudah lupa. Dia lupa kenapa BN kalah teruk pada pilihanraya umum tahun 2008. Faktor korupsilah yang menyebabkan BN ditolak pengundi.

Mungkin Najib telah membuat teori bahawa perbalahan dalam UMNO lah yang menyebabkan kekalahan pada tahun 2008 dan jika UMNO bersatu kali ini, walau apa pun skandal yang terbongkar, termasuk melibatkan dirinya, Malaysia akan tetap milik BN pada pilihanraya umum ke13 kelak.

Jika benar, alangkah malangnya Malaysia.

Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment