Saturday, April 16, 2011

PAS Tewas di Lima Kerusi



12 Jamadilawwal 1432H,
Oleh:ZeanaAima

SHAH ALAM 16 APRIL : Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hasan At Tantawi mengakui kekalahan PAS di Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 10 namun komited akan tetap meneruskan perjuangan PAS di negeri ini.

Dalam kiriman laman twitternya kira kira jam 7 malam tadi, Nasrudin menyatakan Dewan Pemuda PAS akan terus bersama rakyat Sarawak.

"Meski pun PAS kalah disemua kerusi yang disertai namun Dewan Pemuda Pas (DPP) akan tetap meneruskan agenda perjuangan dibumi Kenyalang," kata Hasan.

PAS bertanding di lima kawasan DUN iaitu Tanjung Datu, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro dan Muara Tuang dan masih tidak memenangi sebarang kerusi sejak 2006.-tvs
 

No comments:

Post a Comment