Hari ini sepatutnya berlangsung satu Mesyuarat Agung Perwakilan khas KPF yang membincangkan tentang cadangan penjualan pegangan KPF sebanyak 51% didalam Felda Holding Berhad dan 10 anak -anak syarikatnya kepada Felda.
Namun kerana satu perintah oleh Mahkamah Tinggi Kuantan yang melarang sebarang perbincangan yang berkaitan perkara penjualan tersebut maka Mesyuarat Agung tersebut dibatalkan.
Oleh kerana saya adalah salah seorang perwakilan ke mesyuarat tersebut maka saya di perlukan hadhir jika mensyuarat tersebut berlangsung, Saya pada awalnya telah lega kerana tidak perlu pergi ke Kuala Lumpur, namun tiba-tiba mendapat SMS dari pengurus felda di tempat saya berbunyi " Maklum kepada perwakilan kpf, pengerusi felda nak jumpa jam 3.00 ptg esok di dwn perdana felda ".
Saya sebenarnya telah tersilap faham diatas SMS tersebut, saya menyangka yang nak jumpa perwakilan itu ialah pengerusi KPF Dato' DZulkifli Abd Wahab dan fikir saya, munkin ada satu maklumat penting yang mahu disampaikan oleh Dato' Dzul kepada para perwakilan. Namun setelah majlis tersebut berlangsung, rupa-rupanya yang hadhir ialah pengerusi felda Tan Sri Isa Samad, kalaulah saya tahu Isa Samad yang akan hadhir memberikan taklimat sudah pasti saya tidak akan hadhir kerana saya tahu sangat modal yang akan diperkatakan oleh Isa.
Kehadiran Isa Samad sebenarnya tidak mengemukakan sesuatu yang baru, beliau hanya mengulangi apa yang diperkatakan sebelum ini iaitu meminta beliau di beri kepercayaan untuk meningkatkan ekonomi para peneroka melalui penyenaraian Felda Global ini, beliau juga mengambil kesempatan mengutuk pihak yang membawa perkara berkaitan KPF ini ke Mahkamah dan turut mengutuk Pas, khususnya Mazlan Aliman.
Selepas beberapa minit mengutuk pembangkang, beliau pun memberikan laluan kepada para perwakilan untuk mengemukan soalan, maka bangunlah beberapa orang perwakilan yang secara umumnya hanya bertanyakan bila Durian Runtuh akan dibayar dan perlunya juga alaun kehadiran turut dibayar.
Tidak ada seorang pun yang bertanyakan sesuatu yang membina selain memuji langkah penyenaraian tersebut, didalam keadaan yang sedemikian rupa, sekoyong-koyong muncul seorang hamba Allah berbangsa India R Sanggam dari felda Sendayan yang memberi ingatan kepada Isa Samad tentang apa yang berlaku kepada peneroka felda Sendayan di Negeri Sembilan semasa di bawah pemerintahan Isa Samad waktu beliau menjadi Menteri Besar dahulu.
Isa Samad tiba-tiba melenting dengan kenyataan Sanggam yang berani ini dan menyatakan bahawa jika kamu tidak suka kamu boleh keluar dari Dewan ini.
Perwakilan berbangsa India tersebut membalas dengan mengatakan bahawa Isa Samad tidak berhak menghalaunya kerana dia telah 50 tahun menjadi ahli koperasi sedangkan Isa Samad masih baru menjadi ahli dan kerusi pun belum panas lagi.
Saya yang menyaksikan perkara tersebut berlaku didepan mata agak terkejut kerana para perwakilan lain yang saya yakin dari ahli Umno, menjerit-jerit meluahkan perkataan perkauman dan turut menghalau malah mahu menumbuk hamba Allah ini sedangkan pada pandangan saya, apa yang diperkatakan oleh peneroka berbangsa India ini adalah betul.
Sedih saya memikirkan bangsa saya yang sudahlah tidak mampu membincangkan dan menilai baik buruk penyenaraian Felda Global ini namun apabila ada orang lain yang berani mengingatkan supaya berhati-hati tentang permainan orang politik berkaitan penyenaraian ini, tiba-tiba melenting macam ulat nangka dan bertindak berlebih-lebihan pula.
Sebenarnya kalaulah saya tahu perkara seperti ini akan berlaku, saya pasti tidak akan hadhir, buang masa saya sahaja .......................
No comments:
Post a Comment