Pengikut Syiah Imamiyah sekali lagi tampil membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan ceramah Alaudin bin Dato' Abu Bakar yang dikatakan boleh mencetuskan pandangan negatif terhadap pengikut mazhab ini. |
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pengikut Syiah Imamiyah sekali lagi tampil membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan ceramah Alaudin bin Dato' Abu Bakar yang boleh mencetuskan pandangan negatif terhadap pengikut mazhab ini.
Kali ini komuniti Syiah seramai 30 orang hadir di Ibupejabat Polis Daerah Pendang, diketuai Ustaz Abdullah bin Hasan membuat laporan polis dan sempat mengadakan sesi dialog bersama wartawan.
Alaudin dalam satu ceramah di Masjid Akar Peluru minggu lalu (19 Januari 2011) dikatakan tidak menghirau fatwa-fatwa ulama terkenal Ahlusunnah yang mengiktiraf mazhab Syiah seperti fatwa dariapda Syeikh Mahmud Syaltud, Syeikh Salim Bishri, Syeikh Muhammad Faham Al-Faham, Syeikh Imam Al-Rahil Abdul Halim Mahmud dan tokoh ahli sunnah yang lain seperti Dr. Hamid Hafna Daud.
Menurut kenyataan media Ustaz Abdullah, penceramah tersebut mendakwa penganut Syiah di Iran adalah golongan penjahat dan kononnya terjadi pembunuhan beramai-ramai di zaman Safawi. Ustaz Abdullah menganggap kata-kata beliau itu hanyalah tuduhan dan tidak menghormati perlembagaan Iran artikel 11 dan 12 yang memberikan hak beramal dengan mazhab masing-masing kepada pengikut mazhab Syafie, Hanbali, Hanafi, Maliki dan Zaydi. Antara tuduhan yang lain ialah penganut Syiah percaya bahawa semua tanah di muka bumi ini tidak suci melainkan tanah Karbala. Selain itu Alaudin menyebut beberapa riwayat dari kitab Syiah tanpa memastikan darjat kesahihannya menurut saringan ilmu hadis.
Ustaz Abdullah menyatakan kekesalannya kerana ada pihak yang tidak bertanggung jawab sedang memperalatkan tokoh-tokoh agama untuk tujuan memecah belahkan umat Islam dari dalam. Dengan menggunakan kuliah agama di surau dan masjid, mereka sewenang-wenangnya bertindak menyampaikan pembohongan dan fitnah terhadap Syiah secara melulu.
Tegas beliau, golongan agamawan yang rancak mengkafirkan dan menghalalkan darah Syiah berkemungkinan didalangi pihak-pihak tertentu sedangkan ramai ulama Ahlusunnah yang telah mengakui sah beribadat dengan mazhab Syiah Imamiyah. Mengenai penyeksaan tubuh di hari Asyura pula, ustaz Abdullah menyatakan perbuatan itu telah diistiharkan haram oleh para ulama Syiah dan ia tidak boleh dikaitkan dengan ajaran mazhab ini. Beliau meminta tokoh-tokoh agama berhati-hati dalam berbicara tentang mazhab ini supaya tidak timbul kesan negatif yang berpotensi mengancam keselamatan negara.

Sumber: abna.ir
No comments:
Post a Comment