Monday, January 31, 2011

Ayatullah Ali Tashkiri Menyeru Kerjasama Para Ulama Malaysia



Berikutan serbuan polis dan penguasa agama tempatan terhadap Hawzah Imam Ridha (a.s) di Sri Gombak pertengahan bulan lalu, Bahagian Forum Antarabangsa Pendekatan Mazhab-Mazhab Islam Ayatullah Muhammad Ali Tasykiri menyeru kerjasama tokoh agama negara ini untuk mencegah kemunculan Fitnah.


Ayatullah Ali Tashkiri menyeru kerjasama para Ulama MalaysiaAgensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Berikutan serbuan polis dan penguasa agama tempatan terhadap Hawzah Imam Ridha (a.s) di Sri Gombak pertengahan bulan lalu, Bahagian Forum Antarabangsa Pendekatan Mazhab-Mazhab Islam Ayatullah Muhammad Ali Tasykiri menyeru kerjasama tokoh agama negara ini untuk mencegah kemunculan Fitnah.

Laman web Taghribnews melaporkan, Ayatullah Tasykiri menyebut beberapa penghinaan terhadap Syiah dengan mengutus surat kepada beberapa pihak agama di Malaysia termasuk presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), pemimpin Persatuan Ulama Malaysia dan lain-lain lagi. Dalam surat itu Ayatullah Tasykiri meminta mereka menghalang fatwa terhadap orang yang tidak bersalah dan menyatukan umat menghadapi musuh-musuh Islam.

"Apa yang terjadi di malam Asyura membuatkan kami terkejut dan tidak menduganya sama sekali" tulis Ayatullah Ali Tasykiri.

Jabatan Agama Islam Selagor (JAIS) dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan pada pertengahan bulan lalu telah menyerbu komuniti Syiah yang menghadiri majlis mengenang kesyahidan Imam Husain (a.s) di Sri Gombak, Selangor Darul Ehsan. Alasan serbuan itu adalah berdasarkan tuduhan palsu dan tidak ada kaitan sama sekali dengan Syiah Imamiyah seperti tuduhan menghalalkan darah Ahlusunnah.

"Hakikatnya, janganlah kita mengkafirkan, memfitnah dan melancarkan tuduhan-tuduhan palsu serta mencipta perpecahan di kalangan umat Islam semata-mata kerana wujudnya perbezaan Fiqh", tegas Ayatullah Tasykiri.

Sumber: abna.ir

No comments:

Post a Comment