Berbeza dengan kem BN yang dilihat sudah selesa dengan laporan kajian yg dimuntahkan dari analisa Ilham Centre yang menyatakan bahwa BN akan menang dengan majoriti 3 ribu undi. Hampir seluruh jentera BN kini dalam suasana kegembiraan. Kempen juga sudah dihentikan, apabila segala gula-gula sempurna dijajan Wanita dan Puteri ke setiap rumah. Blogger haprak UMNO meramai bersidai di kedai2 kopi dan kopitiam. Menyedup sakaret sambil mengepul asap memenuhi ruang santapan. Duit upah fitnah juga sudah siap dibahagi.
Biarkan luncai terus alpa sambil gelak gembira. Ilham Centre sudah kata, BN akan menang 3 ribu undi. Biarkan..biarkan..biarkan ! Biarkan mereka menikmati gembira malam ini, sambil bermain dengan air hujan.
Hey..itu hanya kajian. Tempur hakiki 'peperangan' ini hanya akan terjawab esok. Dan aku tahu, esok aku bakal melihat satu perubahan yg hebat akan berlaku di Tenang. Andai kita menang dengan 1 undi, itu jua akan dikira kemenangan buat Pakatan Rakyat dan Islam. Teruskan berdoa kepada sahabat sekelian yg mendokong islam dalam perjuangan, agar kemenangan tetap ampuh milik PAS dan Islam.
(*) Aku tetap percaya kepada kata hati bahawa kemenangan Normala diakhir peperangan ini akan menutup segala fitnah jahat BN di sini. Takbir !/ALB
Sumber: Selatan online
No comments:
Post a Comment