Wednesday, February 29, 2012

Cendekiawan tak mahu berpolitik

Oleh Dato Harun Din
POLITIK yang membawa kerosakan atau keburukan, adalah kerana ia diasaskan untuk kepentingan duniawi yang tidak ada kena mengena dengan politik Islam.Politik Islam adalah politik yang berteraskan kehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjA3aDMOC-GZkCBxk6EdoVfTEhvKj6PBZk6z6wuQjkPffgjiDslUgVy4gzki3P-_dDl-cZCO9P6naZgRZ13AE6DqQoF3Tjl6ieo6rlNocWuPogFcvUK2XbTvkLYIPM1ujIK90MOcFLLyLya/s400/Prof+Dato+Dr+Hj+Harun+Din.jpgpada syariat Allah. Mana mungkin politik yang berteraskan kepada syariat Allah boleh membawa kepada keburukan atau kerosakan.


Orang-orang yang menyendiri atau mengasingkan diri daripada menegakkan Islam (menerusi politik Islam) adalah golongan yang oportunis (mementingkan diri). Tidak mahu bersusah berjihad kerana hendak bersenang lenang dengan keluarga untuk kehidupan dunia. Mereka ini akhirnya akan berhadapan dengan hukuman Allah dan akan menerima balasan kerana meninggalkan jihad.

Berjihad untuk menegakkan syariat Allah atau untuk memartabatkan Islam melalui politik seperti di Malaysia sekarang ini, ada hukumnya yang tersendiri.

Meskipun hukum jihad itu adalah fardu kifayah, bagi maksud jika ada sebahagian melaksanakannya, maka gugurlah tuntutan itu kepada orang lain. Namun, jika sebahagian yang melaksanakannya tidak berhasil mencapai matlamatnya, maka hukum tadi akan berubah kepada fardu ain.

Ini berpandukan kepada kaedah fikah yang bermaksud: “Sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannnya, maka perkara itu pun menjadi wajib juga.”

Contohnya untuk mudah difahami, misalnya hukum berwuduk. Hukum asalnya sunat sahaja. Tetapi jika hendak menunaikan solat, maka tidak sah solat melainkan seseorang itu mempunyai wuduk. Maka di dalam hal ini, hukum sunat wuduk sudah berubah kepada wajib.

Demikian halnya dengan hukumhukum Allah di dalam al-Quranul karim. Contohnya seperti hukum hudud, qisas dan takzir, malah seluruh hukum-hukum Islam, tidak boleh dilaksanakan, melainkan dengan memegang kuasa di peringkat Pusat.

Maka berpolitik untuk memegang kuasa di Pusat, termasuk negeri, hukumnya adalah wajib.

Wajibnya itu sudah menjadi fardu ain. Ia wajib dilaksanakan setiap individu Muslim. Said Hawa dalam kitabnya, Jundullah di halaman 493 menulis yang bermaksud: “Hukum-hukum Islam, tidak terlaksana dalam sebahagian besar negara umat Islam. Maka ia menjadi suatu faridhah (kewajipan) asas ke atas setiap individu Muslim. Sesungguhnya barang yang tidak sempurna wajib, melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib. Selagi hukum-hukum Allah tidak tertegak dan jihad yang sebenar tidak direalisasikan, dan pemerintahan Islam tidak wujud, maka tugas menegakkan negara tersebut adalah wajib, ke atas semua orang Islam di tempat tersebut.”

Umat Islam awalan dahulu, diwajibkan kepada mereka berhijrah dan berjihad ke jalan Allah. Yang berjihad, tetapi enggan berhijrah, Allah menempelak mereka menerusi firman-Nya (mafhumnya): “Sesungguhnya orangorang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikit pun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Anfaal, ayat 72)

Selepas pembukaan Makkah pada tahun kelapan hijrah, Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya): “Tidak ada lagi tuntutan berhijrah dari Makkah ke Madinah selepas ini, yang ada hanyalah jihad dan niat, sehinggalah ke hari kiamat.”

Jihad inilah yang menjadi tuntutan syarak kepada setiap individu Muslim. Ia tidak boleh dielakkan dengan alasan yang hanya dibuat-buat seperti soalan yang anda tanyakan di atas.

Tidak boleh dijadikan alasan politik itu membawa keburukan. Itu adalah politik yang tersasar daripada landasan Islam. Jihad merupakan bisnes yang serius, wajib dipikul oleh semua umat Islam, tanpa mengira apa kedudukan mereka.

Lebih-lebih lagi golongan yang ada kedudukan dalam Islam seperti bekas pensyarah IPTA di bidang Islam, maka tentulah orang itu lebih faham bahawa kewajipan jihad adalah wajib ke atas setiap individu Muslim, maka terserahkan kepada diri masing-masing itu melaksanakannya.

Apa yang pasti, akhirnya kita akan menghadap Allah SWT untuk ditentukan amal-amal yang dilaksanakan. Wallahua’lam.

 Artikel di atas adalah jawapan dari soalan berikut :DATO’, ada ustaz (bekas pensyarah IPTA) di tempat kami, berdiam diri dan tidak mahu campur langsung dalam hal politik. Dia selalu berhujah mengatakan politik sekarang lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan, sedangkan Islam menganjurkan kebaikan. Oleh itu katanya cukuplah beliau melakukan kerja amal kebajikan, tanpa perlu masuk dalam politik yang rosak dan merosakkan. Apa pandangan Dato’ bagi golongan sebegini? Terima kasih.

ZULKIFLI MOHD SAMAN
Kuala Kangsar, Perak 


Detikdaily

Dato' Phahrolrazi - Beliau Akui Wujud Jurang Perbezaan Pendapat Yang Serius Dengan DS Ustaz Azizan



Phahrolrazi Mohd Zawawi.
ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan Pas Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan pendapatnya diambil kira.

Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu "keluar".

" Dalam organisasi kita hendaklah setuju dengan pemimpin kita. Kalau ada banyak perkara yang tak setuju kita tak boleh duduk dalam organisasi itu. Sebagai kerajaan kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak setuju kena ada cara untuk kita tak susahkan mereka (ketua). Menteri Besar ada pendapat dia sendiri. Pendapat itu perlu dihormati.

"Perbezaan pendapat itu memang biasa. Kalau dalam 10 perkara, perbezaan pendapat hanya satu, dua tak apa tapi kalau dah enam, tujuh, ia tak wajar. Tindakan seperti ini perlu (tidak sambung untuk jadi Exco) adalah supaya organisasi lebih tenang," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Phahrolrazi adalah seorang daripada dua Exco yang menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu. Seorang lagi adalah Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri.

Hari ini, hanya lapan anggota exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini. Kelazimannya kerajaan negeri Kedah mempunyai 10 exco.

Phahrolrazi berkata keputusan beliau untuk tidak dilantik semula menjadi exco dan sebabnya ada dimaklumkan kepada Exco yang lain dan empat lagi Exco mempunyai pandangan yang sama dengan beliau.

"Tapi bila hantar surat kepada Menteri Besar (untuk tidak sambung menjadi Exco), hanya saya dan Dr Ismail yang berbuat demikian. Secara peribadi saya merasakan ia tidak serius. Saya ada alasan saya, begitu juga Dr Ismail. Saya telah menjelaskan perkara itu kepada Dewan Ulama Pas Kedah dan mereka bersetuju untuk saya tak sambung. Saya juga sudah memberi penjelasan kepada pimpinan Pas Pusat daripada Presiden sampai ke bawah," katanya.

Mengenai andaian beliau mahu menjatuhkan Menteri Besar, katanya, jika beliau mahu berbuat demikian beliau tidak sepatutnya berhenti menjadi Exco kerana ia lebih mudah.Ditanya sama ada dia masih ada masa untuk menerima pelantikan semula kerana tempoh pelantikannya masih ada sehingga 7 Mac depan, beliau berkata pimpinan Pas Pusat yang melihat perkara itu sebagai serius perlu campur tangan.

Bagaimanapun, Phahrolrazi yang masih bercuti sehingga 1 Mac ini berkata beliau dimaklumkan Menteri Besar telah mempersembahkan senarai nama 10 Exco yang tidak termasuk namanya dan Dr Ismail kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong.

" Di Kedah ni lain, Exco dilantik setiap tahun. Menteri Besar angkat sumpah sekali je (sahaja) lepas pilihan raya," katanya.

Ditanya sama ada masalah beliau dengan Azizan itu boleh diselesaikan melalui perbincangan dengan Menteri Besar itu, beliau berkata perbincangan telah diadakan tetapi masalah perbezaan pendapat itu masih berlaku dan kerana itu memerlukan campur tangan pusat.

Pada sidang media itu, Phahrolrazi turut menafikan masalah itu ada kaitan dengan kumpulan "Erdogan" atau "Anwarinas", serta pertembungan antara kumpulan profesional dan ulama dalam Pas.

"(Dalam hal ini) saya merujuk kepada Dewan Ulama. Tak berlaku pertembungan. Di Kedah sebenarnya tak berlaku perkara itu. Di peringkat nasional mungkin," katanya.

Ditanya adakah tindakan beliau dan Dr Ismail ini akan memberi kesan kepada Pas dan kerajaan negeri memandangkan keputusan itu dibuat ketika pilihan raya umum semakin hampir, katanya, beliau tidak meletakkan jawatan sebelum ini kerana kerajaan negeri belum stabil dan beliau yakin itu tidak menjejaskan Pas.

"Menteri Besar dah cakap kerajaan Kedah teguh dan mendapat sokongan yang baik. Dia boleh lantik orang lain sebagai Exco," kataya.

Mengenai jawatan dalam parti, Phahrolrazi berkata beliau akan memikirkan semula mengenai jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah. 



Sumber: Sedaka Sejahtera

Tuesday, February 28, 2012

Lapan Exco Kedah Angkat Sumpah, 2 Exco Lagi Di Majlis Kedua



Azizan dan Lapan Exco Angkat Sumpah

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan lapan anggota exco kerajaan negeri pada Selasa mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini. Gambar: NST

Lapan exco itu ialah Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib, Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad, Tan Joon Long @ Tan Chow Kang, Datuk Siti Ashah Ghazali dan S. Manikumar, yang masing-masing menerima tawaran pelantikan semula.

Azizan sebelum ini mengumumkan hanya lapan exco akan mengangkat sumpah jawatan bagi sesi 2012 walaupun lazimnya exco kerajaan negeri dibarisi 10 anggota.

Dua exco sedia ada yang tidak termasuk dalam senarai mengangkat sumpah sumpah hari ini ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr. Ismail Salleh.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah tiga lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.

Kedah merupakan satu-satunya negeri dengan jawatan pengerusi jawatankuasa peringkat negeri (exco) perlu diperbaharui setiap tahun.

Sebelum ini, Phahrolrazi dan Dr. Ismail telah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu. — BERNAMA


MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (lima dari kiri) bersalaman dengan Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul sambil di perhatikan tujuh lagi Exco baru selepas majlis mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, hari ini. - Foto Syaharim Abidin - GB
 
 
 
 
 

NFC juga punya Pasaraya Mewah di SIngapura..


Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dimiliki bersama oleh suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - Datuk Mohd Salleh Ismail - bersama dua anak mereka, Wan Shahinur Izran, dan Wan Izzana Fatimah Zabedah dengan pegangan saham S$666,667 setiap orang.


Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Farmhouse memeterai perjanjian dengan pusat peruncitan mewah yang dinamakan Star Vista, untuk menjadi penyewa utama pusat membeli-belah itu dengan menyewa 28 unit di tingkat dua.

Semakan dengan Suruhanjaya Persaingan, kata Rafizi mendedahkan bahawa sewa di lokasi utama itu adalah sekitar harga SGD350 hingga SGD500 bagi setiap meter persegi.

Justeru, katanya ini bermakna sewa bulanan bagi kira-kira 3,000 meter persegi yang disewa di pusat membeli-belah yang disewa dari Farmhouse adalah sekitar SGD900,000 atau RM2.2 juta.


Dana Rakyat Terdedah Kepada Risiko Kerugian Perniagaan Pasaraya Mewah Di Singapura

KEADILAN pada hari ini boleh mendedahkan bahawa selain dari perniagaan 3 buah restoran mewah di Singapura dan pelaburan berjumlah RM44 juta dalam 3 kondominium mewah di sana, pengurusan NFC juga terlibat di dalam perniagaan pasaraya mewah di republik itu.

Ia dikendalikan melalui sebuah syarikat bernama Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang sahamnya dimiliki bersama oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil seperti berikut:

1-Dato’ Seri Salleh Ismail S$666,667
2-Wan Shahinur Izran Salleh S$666,667
3-Wan Izzana Fatimah Zabedah S$666,667

(Maklumat korporat syarikat seperti yang dilaporkan kepada pihak berkuasa Singapura ada disertakan. KEADILAN berjaya menjejaki syarikat ini melalui carian penglibatan perniagaan Wan Izzana Fatimah Zabedah yang menyenaraikan kesemua syarikat yang dimiliki beliau, seperti yang disertakan.)

Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dipercayai dibiayai oleh Malayan Banking Berhad dan United Overseas Bank Limited, melalui kaedah yang sama yang digunapakai untuk membiayai pembelian 2 kondominium mewah di Marina Bay Suites berharga RM34 juta yang didedahkan baru-baru ini.

Sejak tahun 2011, syarikat ini aktif mengambil pekerja melalui pengiklanan yang dibuat (sila lihat di SINI), dipercayai sebagai persediaan bila mana pasaraya itu bakal dibuka dalam tahun 2012 ini.

Siasatan KEADILAN menunjukkan bahawa Farhmouse Supermarkets Pte Ltd telah pun menjadi anchor tenant kepada sebuah kompleks pasaraya mewah yang bernama Star Vista beralamat 35, Rochester Drive dan terletak di kawasan elit berdekatan dengan Nanyang Technology University. Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini, apabila kompleks Star Vista siap.

Siasatan KEADILAN juga menunjukkan bahawa Farmhouse Supermarkets Pte Ltd telah menandatangani perjanjian sewaan (tenancy agreement) dengan CapitalMalls (pemaju) bagi 28 unit ruang kedai di tingkat 2 kompleks tersebut, dari unit #02-08 hinggalah unit #02-35.

Semakan dengan harga pasaran bagi ruang kedai komersil di pasaraya di Singapura menunjukkan julat kadar sewa bagi satu meter persegi adalah di antara S$350 hingga S$500 sebulan, bergantung kepada lokasi (berdasarkan kajian Competition Commission of Singapore). Oleh itu, jika keluasan 28 unit dianggarkan sekitar 3,000 meter persegi, tanggungan sewaan bulanan yang terpaksa dibayar oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd adalah sekitar S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta sebulan.

Sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC, seperti yang berlaku di dalam pembelian-pembelian aset mewah lain sebelum ini. Kenyataan pengurusan NFC yang mempertahankan hak mereka berbelanja dana RM250 juta itu mengikut citarasa mereka memperkuatkan lagi hujah bahawa sebahagian wang tersebut bakal dibelanjakan bagi membiayai pasaraya mewah ini.

Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya NFC berterus terang mengenai komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini, termasuklah perjanjian sewaan yang telah dimeterai.

Tindakan tegas perlu dilakukan segera untuk merampas kembali kesemua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan jenayah perdagangan.

Jika ini tidak berlaku dalam minggu ini, KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap minggu hinggalah Dewan Rakyat bersidang pertengahan bulan Mac ini.



MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN

28 FEBRUARI 2012

Monday, February 27, 2012

PAS yakin isu Kedah selesai dengan aman


KUALA LUMPUR, 27 Feb: PAS yakin isu Kedah dapat diatasi secara harmoni melalui ukhuwah Islamiah dan musyawarah.

Dalam satu kenyataan awal pagi ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, melalui beberapa pertemuan dan perbincangan pimpinan, parti mendapati bahawa isu di Kedah yang dibangkitkan oleh beberapa pihak yang terlibat lebih menjurus kepada maklumat yang kurang jelas.

“Dan ada  jalan penyelesaian kepada kemelut yang berlaku. Sehubungan itu, ahli dan pimpinan di semua peringkat diseru mendapatkan maklumat dari saluran rasmi parti bagi mengetahui perkembangan yang berlaku,” nasihat beliau.

Menurut Tuan Ibrahim, pelbagai usaha sedang giat dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan parti secara keseluruhannya.

PAS, katanya yakin perkara ini dapat ditangani dengan baik, demi kepentingan parti, dan tambahan pula di saat seluruh jentera parti bertungkus lumus membuat persiapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

“Sehubungan itu, semua pihak mestilah bertindak dengan tepat, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangga. Ketepikan emosi, dan fikirlah dari sudut parti dan bukan sudut peribadi,” tambahnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Dalam cabaran media baru tanpa kawalan ini, penyebaran maklumat yang tidak sahih serta andaian peribadi tanpa asas jamaah yang kukuh, tidak membantu mengeratkan hubungan dan memperkasakan parti, hujah Tuan Ibrahim.

“Perbezaan pandangan tidak seharusnya merosakkan asas ikatan jamaah. Sebarang tindakan mestilah berada dalam ruang lingkup pemikiran jamaah,” nasihat beliau lagi.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub turut meminta semua ahli mendapatkan maklumat dari sumber parti yang sah tentang apa yang sedang berlaku di negeri itu.

Media, khasnya yang pro-BN melaporkan pelbagai berita tentang apa yang berlaku di Kedah sekarang termasuk melagakan pimpinan PAS.

Misalnya cara laporan NST dan Utusan melaporkan seolah-olah berlaku pertembungan antara kumpulan Erdogan dan ulamak di Kedah sekarang.

Media melaporkan, dua Exco Kedah tidak bersedia untuk dilantik semula menjadi Exco kerajaan negeri apabila majlis perlantikan dibuat pada 28 Februari ini.

Kumpulan NST pula diarahkan agar menjadikan berita Kedah ini sebagai berita utama termasuk berita muka depan.

Kedah melaksanakan dasar Exco kerajaan negeri akan dilantik setahun sekali di mana mereka akan mengangkat sumpah di depan Sultan Kedah.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata lapan ahli Exco Kerajaan Negeri akan mengangkat sumpah jawatan penggal 2012 di Istana Anak Bukit, Selasa ini manakala dua lagi dijangka berbuat demikian selepas tempoh semasa berakhir 7 Mac ini.

“Lapan yang akan dilantik itu bukan muka baru. Semua Exco tamat tempoh pada 7 Mac, sebab itu saya tidak boleh lantik sekaligus, perlu tunggu tamat tempoh bagi elak melanggari Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah,” katanya kepada media selepas mesyuarat ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), di Wisma PKNK, semalam.- Harakah

Isu Exco Kedah dapat diselesai dengan baik



KUALA LUMPUR, 27 Feb: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mewakili PAS Pusat bagi menyelesaikan isu pelantikan Exco Kerajaan Kedah berkata, perkara itu akan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

"Kita akan mencari jalan penyelesaian dan saya yakin kemelut tersebut akan dapat diselesaikan sebaik mungkin.

"Isu kekal atau tidak sebagai exco adalah perkara biasa dalam setiap pentadbiran kerajaan dan ia bukan masalah yang rumit untuk kita selesaikan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, hari ini.

Begitupun, tambahnya lagi, PAS Pusat mengganggap ia satu masalah yang serius dan memerlukan campur tangan daripada pemimpin peringkat tertinggi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula menjelaskan kepimpinan PAS di peringkat pusat sedang memberi perhatian penuh terhadap isu berhubung pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah.

Jelasnya lagi, PAS Pusat sedang menilai situasi sebenar yang berlaku dan sedang mengambil maklum balas daripada semua pihak sama ada di kalangan pimpinan pentadbiran negeri mahupun kepimpinan parti di Kedah.

"Kami percaya apa sahaja tindakan yang diambil oleh pemimpin dan anggota parti dalam isu ini adalah berasaskan hasrat untuk memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri tersebut.

"PAS Pusat akan terus mengambil langkah-langkah lanjut untuk memastikan kelicinan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan ianya dapat terus dipertingkatkan lagi di samping barisan kepimpinan yang diberi amanah oleh parti dan rakyat dapat diterima dan didokong oleh semua pihak," jelasnya.

Setiausaha Agung itu yakin dengan kematangan semua pemimpin dan ahli-ahli PAS di Kedah, inisiatif terbaik akan dapat dicapai.

Ketika ditanya adakah perbincangan telah diadakan di peringkat pusat sebelum ini, beliau memberitahu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak telah bertemu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 17 Februari lepas.

"Pada pertemuan tersebut, Azizan menjelaskan kesepuluh exco tersebut akan dikekalkan kerana kepimpinan kesemua mereka dapat memperkemaskan pentadbiran Negeri Kedah.

"Namun disebabkan oleh ada masalah teknikal, hanya lapan exco sahaja akan mengangkat sumpah pada 28 Februari (esok), dan yang dua lagi akan ditentukan kemudian," katanya.

Majlis angkat sumpah bagi pelantikan lapan Exco Kerajaan Negeri Kedah bagi 2012 akan berlangsung di Istana Anak Bukit, esok manakala dua lagi akan diisi kemudian.

Harakah

Sunday, February 26, 2012

Ikut Suka Hang La......... Datuk


Ramai Orang Lain Nak Jadi Exco - MB Kedah

Ramai Orang Lain Nak Jadi Exco – MB Kedah 

ALOR SETAR – Setiap anggota Exco yang dilantik mempunyai hak untuk menolak pelantikan itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk melantik individu lain kerana ramai yang menawarkan diri untuk jawatan itu.

“Mereka boleh tolak (jika dilantik), saya lantik orang yang tak tolak,” katanya di sini hari ini.
Azizan berkata, atas sebab itu juga cuma lapan Exco kerajaan Kedah bagi 2012 akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit pada Selasa ini.

Menurutnya, meskipun jumlah mengangkat sumpah itu berkurangan berbanding 10 sebelum ini tetap lapan individu terbabit bukan muka baru.

Bagaimanapun, jelas beliau, dua lagi jawatan Exco akan diisi kemudian dan mungkin melibatkan pelantikan baru.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh sebelum ini disebut-sebut menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan Exco Kedah yang dijadual diumumkan Selasa ini.

Kedua-dua mereka dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini dan beberapa Exco lain juga dijangka berbuat demikian.

Sumber

Gambar : Sekitar Himpunan Bantah Lynas Di Kuantan
















Saturday, February 25, 2012

Krisis PAS Kedah: Anwar Ibrahim Dan Tuan Guru Hadi Awang Mesti Campur Tangan!


Pergolakan terkini krisis PAS Kedah dikatakan sangat meruncing sejak beberapa hari lalu.

Menteri Besar, Azizan Abdul Razak dikatakan sudah menghantar senarai Exco baru kepada Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah kelmarin memohon restu di sebalik cerita empat Exco sedia ada tidak mahu menyambung semula perkhidmatan mereka.

Empat Exco terbabit, Ir Pahrolrazi Zawawi, Hamdan Mohamed Khalib, Dr Ismail Salleh dan Mohamed Taulan Mat Rasul.

Kesemua mereka belum meninggalkan pejabat kecuali Pahrolrazi dikatakan sudah mengosongkan pejabat mereka di Wisma Darulaman, Alor Star sebagai tanda protes perlantikan Exco baru yang dijadualkan diadakan dalam masa terdekat.

Sumber terbaru mengesahkan bahawa Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sudah berada di negeri itu bagi mendapat gambaran jelas mengenai krisis yang wujud di samping membantu PAS negeri menyelesaikan pertiakian yang wujud.

Sudah menjadi rahsia umum betapa Azizan, dikhabarkan tidak mahu mendengar masalah malah isu yang dibangkitkan sekaligus menjadikan krisis PAS di negeri itu bertambah runcing.

Puncanya kerana tindakan Azizan sendiri yang menganugerahkan kontrak penyelenggaraan kepada kroni rapat Umno-APCO bernilai RM1 bilion tanpa mendapat persetujuan Exco apatah lagi PAS negeri.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengarahkan supaya PKR negeri tidak masuk campur pertikaian tersebut dan menyerahkan kepada PAS sendiri untuk menyelesaiaknnya.

Ini membuktikan laporan Utusan Meloya hari ini bohong 100 peratus kununnya Azizan dijadikan mangsa Anwar dalam percaturan politik dalaman PAS Kedah selepas kununnya bekas Exco Selangor, Hasan Ali turut dikaitkan dengan Anwar.

Sedangkan Anwar yang baru pulang dari Tunisia dan kini berada di Kuantan bagi mengetuai pimpinan Pakatan Rakyat dalam demo anti-Lynas esok, hanya baru mendapat khabar mengenai krisis PAS Kedah setakat tengah hari semalam.

Anwar tiba di KLIA jam 1.55 tengah hari dari Dubai setelah transit di situ selama dua jam.

Masakan dalam dua jam setelah kepenatan pulang dari ibu negara Tunisia, Tunis, menggunakan pesawat Emirates boleh campur tangan dan mampu memberi nasihat sedangkan ada lebih banyak hal yang perlu diselesaikannya.

Justeru, permainan Utusan Meloya amat dikesalkan dan rakyat Kedah diingatkan supaya tidak mendengar khabar angin terutamanya dari Umno-APCO negeri yang diketuai Ahmad Bashah Md Hanipah mengeluarkan kenyataan kununnya kepimpinan PAS negeri sudah berpecah dua.

Namun, Anwar dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang perlu segera menyelesaikan isu ini sebelum ia menjadi modal jajaan Umno-APCO negeri yang kepingin merampas negeri tersebut ari tangan Pakatan Rakyat.

Perkembangan terkini akan dimaklumkan menerusi blog ini dari masa ke semasa.

JALAN PULANG



Pergaduhan dan pertelingkahan sesama sendiri diambang pilihan raya umum hendak diadakan sesuatu yang tidak elok.

Sudah tentu pertelingkahan itu akan memberi kesan kepada kestabilan parti, dan pergeseran itu akan dijadikan isu oleh pihak parti lawan.

Perkembangan politik Pas Kedah seperti mana diperkatakan hari ini sesungguhnya menyedihkan. Kalau ia benar berlaku pertelingkahan itu membahayakan Pas.

Mereka yang terlibat dalam pergaduhan itu atau mencetuskan masalah bolehlah dianggap mereka yang tidak peka dan lebih mementingkan kepada diri sendiri. Wajarlah mereka sejukkan kepala.

Sejauh mana apa yang dikatakan itu - Pas Kedah bergolak, tidak dapat dipastikan secara cerat. Tetapi jika dilihat kepada bantuan yang digunakan pakai oleh orang-orang di Kedah sehingga terpaksa memanggil Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat menggambarkan suasanya menggawat. Ia tidak cukup untuk ditangani oleh Kedah saja lagi.

Hari ini Nik Aziz dikatakan terbang ke uatara untuk meninjau pergolakan Pas Kedah. Mungkin pemergian itu bukan semata-mata untuk menyelesaikan apa yang dikatakan bergolak itu, tetapi sudah tentu di samping ada tujuan lain ia akan melihat atau pun diberi tahu mengenai apa yang berlaku.

Katanya lewat petang ini Nik Aziz berjumpa dengan Dewan Ulama Pas Kedah untuk mendapat gambaran apa yang berlaku. Pertemuan diadakan di Mantalon.

Mungkin Nik Aziz mendapat gambaran dan latar belakangnya. Selepas itu katanya, Nik Aziz diminta pula berjumpa dengan beberapa Exco Kedah yang dilaporkan bermasalah dengan Azizan Razak.

Hendaknya kedatangan Nik Aziz dan berlangsungnya perjumpaan itu akan dapat memberi ilham untuk menyelesaikan masalah di Kedah.

Mungkin bantuan Nik Aziz itu diperlukan bukan saja atas kapasitinya sebagai Mursyidul Am Pas tetapi sebagai tokoh spritual yang dimalui dan dihormati oleh parti.

Tidak dapat dipastikan apa selepas mengadakan pertemuan dengan Dewan Ulama dan beberapa Exco itu, MB Kelantan itu berjumpa pula dengan Azizan Razak? Tetapi kalau mengikut prosudernya begitulah.

Nik Aziz juga memerlukan gambaran jelas dari Azizan Razak kenapa sampai desas desus ada Exco tidak mahu disambung kontraknya pada 28 Februari ini.

Berita yang tersebar sebelum ini kononnya empat orang Exco tidak akan menyambung perlantikan semula mereka yang tamat pada 28 Februari ini.

Exco itu ialah Fakhrurazi Ghazali, Dr Ismail Salleh, Mohamad Taulan Mat Rasul.

Sekiranya benar desas desus ini ia memberi pukulan hebat kepada Azizan Razak.

Kenapa mereka dikatakan tidak bersedia untuk 'bersama' kabient Aizan ialah kerana tidak senang dengan cara Azizan mentadbir kerajaan Kedah yang lebih bersikap autokrasi dan tidak sedia menerima pandangan kawan-kawan pimpinan lain.

Tindakan Azizan melantik beberapa orang Umno untuk memegang jawatan CEO dalam agensi kerajaan juga menjadi punca.

Manakala kemuncak kepada kemarahan itu apabila Azizan menggunakan kuasa eksekutifnya untuk memberi kontrak maintaince kepada kroni Umno bernilai hampir RM1 billion.

Tindakan inilah yang menyebabkan kepimpinan Azizan Razak sebagai MB dipertikaian.

Bukan itu saja Azizan juga tidak mahu menerima pandangan dan nasihat daripada pimpinan lain sama sekali dan bertindak mengikut pandanganya.

Ada munasabah juga kalau Exco berkenaan hilang sabar dengan tindakan Azizan itu. Untuk apa mereka memegang jawatan, diberi tugas untuk mentadbir negeri kalau pandangan dan nasihat mereka tidak dihiraukan.

Bagaimana pun dalam melihat pergolakan di Kedah ini, semua pihak harus bertindak dengan penuh hati-hati. Jangan terlampau mengikut nafsu apa lagi 'gumbaan' media musuh Pas.

Apa dibimbangkan bukan saja setakat Azizan Razak terlepas jawatan tetapi Pas juga akan kehilangan kerajaan.

Mereka yang beriya ingin menendang Azizan hendaklah bersabar dan carilah ketika dan cerlak yang baik dan bertindaklah dengan mengambil kita keperluan lain. Bukan ketika ini kalau Azizan hendak dibuang.

Yang penting semua pihak kena tumpu kepada menghadapi pilihan raya umum ke-13. Selepas Pas menang dan tubuh kerajaan, nah ketika itu nanti kalau hendak bergomol atau memulau Aizan.

Lakulah kalau sudah tidak serasi yang perlu dipastikan Pas menang pilihan raya.

Paling tidak diingini sekali ialah gara-gara tindakan tidak fatanah itu menyebabkan Pas akan kalah dalam pilihan raya.

Ingatlah media penjilat buntut UBN akan terus mencari lubang dan celah untuk memburuk dan menjatuhkan Pas.

Jangan sesekali pecah lubang kepada mereka.

Percayalah mereka tidak akan support mana-mana dalam hal ini, mereka boleh bersikap baik tetapi jauh dilubuk hati dendam membara untuk menumbangkan Azizan dan bersama Exconya sekali.

Jalan Pulang

Kontrak Jalan Kepada "Musuh" Pas : Exco Kedah Mahu Azizan Dipecat

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak oleh Exco Kedah dan kalangan pemimpin parti itu untuk memecat Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan serta merta.

Desakan itu semakin lantang susulan tindakan Azizan meluluskan pemberian kontrak penyenggaran jalan bernilai berpuluh juta ringgit kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang pemimpin Umno Kedah.

“Pemberian kontrak itu adalah kemuncak rasa tidak puas hati Exco-exco Kedah terhadap Azizan dan di kalangan pemimpin PAS serta Pakatan Rakyat sendiri,” kata sumber-sumber rapat dengan parti itu kepada Antarapos.com.

Adalah difahamkan pimpinan Pas telah diberikan bukti-bukti dan dokumen berkaitan yang menunjukkan kerajaan negeri memberikan kontrak itu kepada syarikat berkenaan.

Akhbar The Star hari ini mengesahkan bahawa dua Exco Kerajaan Negeri daripada Pas iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh telah memaklumkan kepada Hadi keputusan mereka tidak mahu dilantik semula sebagai Exco jika Azizan dikekalkan sebagai Menteri Besar.

Dua lagi Exco Kedah yang dijangka mengambil langkah sama adalah Datuk Taulan Mat Rasul dan Dr Hamdan Mohamad Khalib.

“Saya amat bimbang tentang apa yang sedang berlaku namun biarlah kita tunggu dan lihat apa keputusan presiden parti (Hadi). Segalanya bergantung kepada presiden,” kata Taulan.
Bagaimanapun Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi menafikan ada menerima sebarang laporan berhubung isu itu.

“saya tiada terima laporan apa-apa lagi hal itu. Itu khabar angin saja, kita tidak boleh percaya khabar angin,” beliau dipetik sebagai berkata.

Hadi, menurut Sinar Harian, menegaskan bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mempunyai kuasa melantik atau menggugurkan mana-mana exco.

Selain pemberian kontrak kepada syarikat yang dianggap “musuh” Pas, Azizan juga dikatakan menimbulkan rasa tidak puas hati dengan gaya kepimpinan yang dilihat autokratik dan membelakangkan kepentingan Pakatan Rakyat.

Azizan memberitahu akhbar The Star bahawa beliau tetap Menteri Besar namun tidak menjangka exco-exco berkenaan akan bertindak demikian.

“Kecewa bukanlah perkataan sesuai. Saya amat tidak puas hati. Saya tidak pernah bayangkan orang dalam parti saya sendiri akan bertindak sedemikian terhadap saya,” kata Azizan.

“Sudah ada banyak cubaan sebelum ini untuk menjatuhkan saya namun saya sentiasa yakin. Saya tidak panik. Saya sentiasa ‘cool’,” tambah beliau.

Berbeza dengan negeri lain, ahli Exco di Kedah dilantik secara kontrak yang diperbaharui setiap tahun mengikut budi bicara Menteri Besar.

Senarai baru lantikan Exco sepatutnya dipersembahkan untuk perkenan Sultan Kedah minggu lalu. Bagaimanapun majlis angkat sumpah exco baru akan diadakan 28 Februari ini.

Barisan Exco Kedah merangkumi tujuh wakil daripada Pas dan tiga daripada Parti Keadilan Rakyat.

Adalah difahamkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri melahirkan kebimbangan dengan kemelut di Kedah dan kesannya ke atas peluang Pakatan Rakyat di negeri itu pada pilihanraya umum akan datang.

Dialog rakyat

Friday, February 24, 2012

Bakar Al-Quran: Ratusan Berdemo Di Kedutaan AS





(Demo membantah tindakan Amerika di perkarangan kedutaan Amerika di Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 24 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPP) hari ini menyerahkan memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika berhubung tindakan tentera Amerika Syarikat yang membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan, Selasa lalu.

Memorandum tersebut diserahkan sendiri oleh Ketua DPPP, Nasrudin Hassan kepada pegawai keselamatan kedutaan dengan diiringi Ketua Penerangan DPPP, Ridhuan Md Noor dan Ketua DPP Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.

Kira-kira 200 orang mengiringi serahan memorandum itu terdiri daripada pemuda dan pemudi termasuk Gerakan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis).

Mereka berarak dari Masjid Tabung Haji selepas menunaikan solat Jumaat menuju ke kedutaan AS  dengan dikawal kira-kira 50 anggota polis.

Laungan takbir, laknat Amerika, hidup Islam bergema sepanjang perarakan aman itu.

Berucap kepada peserta perarakan selepas serahan memorandum, Nasrudin berkata, antara isi kandungan memorandum itu ialah memberi amaran keras kepada Amerika agar tidak mengulangi tindakan jahat yang mencemarkan keharmonian antara agama itu.

"Kita berharap ini kali terakhir peristiwa ini berlaku dan jika tindakan mencemarkan kesucian al-Quran ini berulang, kita tidak teragak-agak melakukan demonstrasi besar-besaran," katanya disambut laungan takbir.

Perhimpunan tersebut berakhir kira-kira jam 3 petang dengan bacaan doa oleh Nasrudin dalam keadaan hujan lebat.

Pada 2010, Gereja Florida telah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila merancang untuk membakar al-Quran pada ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September di New York dan Washington.

Rancangan serupa, ujarnya diulang oleh Terry Jones Paderi Amerika Syarikat pada tahun lalu 2011 sempena ulang tahun peristiwa 11 September, malah pembakaran al-Quran telah dilakukan oleh Paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones.

Al-Quran pada waktu itu telah direndam dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja sebelum ianya dibakar dengan pemetik api barbeku, al-Quran dibakar selama 10 minit dan gambar pembakarannya dirakam.

Harakah

Israel: Tuan Guru Mik Aziz Bersama Ulama Perjuang Palestin


Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak menegaskan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada ketetapan dan pendirian yang telah diambil oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Majlis Syura Ulamak PAS yang tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.

“Ini adalah kerana negara tersebut didirikan melalui perampasan tanah air rakyat Palestin yang terdiri daripada orang Islam dan Kristian pada tahun 1948,” kata ketuanya, Mohammad Arifiriazul Paijo.

Ini, kata beliau, secara asasnya, menjadikan Israel sebuah kuasa penjajah dan sebarang penentangan terhadap penjajahan ganas Israel itu sebagai sesuatu yang sah dan perlu diberi sokongan antarabangsa.

“Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak keseorangan dalam menyatakan pendirian ini kerana ketetapan yang serupa telah dipersetujui oleh semua ulama muktabar sedunia seperti Dr Yusuf Al-Qaradhawi dari Mesir dan Dr Wahbah Az-Zuhaili dari Syria,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Justeru, tegasnya Pemuda PAS Sarawak menyokong penuh pendirian itu kerana rejim Israel telah menumpahkan begitu banyak darah rakyat Palestin yang tidak bersalah baik yang Muslim mahupun yang Kristian sepanjang penjajahan mereka di bumi suci itu.

Dalam masa yang sama, ujarnya Israel juga tidak pernah menyesali kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin dan terus-menerus melanggari ketetapan pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tanpa mengendahkan tekanan masyarakat dunia.

Tambahnya, Pemuda PAS Sarawak juga ingin memperingatkan Pemuda PBB supaya mendesak pemimpin-pemimpin pemuda BN khususnya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk menarik balik kenyataan beliau yang menyokong aktiviti perdagangan antara Malaysia dan Israel.

“Daripada rekod yang kami perolehi, terdapat bukti yang kuat bahawa aktiviti perdagangan antara Malaysia dan Israel adalah amat aktif sepanjang pentadbiran BN,” ujarnya

Beliau menambah, berdasarkan satu laporan oleh Kesatuan Eropah, Malaysia adalah rakan dagang ke-15 paling besar untuk negara Israel.

Ini, jelasnya menunjukkan ketidak prihatinan kerajaan BN terhadap sensitiviti umat yang amat bersimpati kepada perjuangan Palestin.

Ia juga, katanya adalah satu bukti tuntas sifat hipokrasi dan bermuka-muka BN semata-mata untuk menjaga kepentingan politik mereka yang sempit.

“Dalam masa yang sama, kami merasakan Naib Ketua Pemuda PBB telah membuat kenyataan yang melucukan apabila beliau cuba berspekulasi tentang masa depan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam PAS dan Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Tuan Guru adalah aset utama kepada PAS dan pada hakikatnya, Tuan Guru adalah Mursyidul Am bukan sahaja untuk PAS malahan untuk Pakatan Rakyat keseluruhannya.

“Pendirian teguh PAS berkenaan pejuangan Palestin tidak pernah berubah dan sokongan padu kami kepada pembebasan Palestin daripada penjajahan haram Israel tidak pernah pudar,” katanya lagi.

Bagi PAS, perjuangan Palestin adalah satu perjuangan suci untuk menegakkan keadilan dan membawa keamanan yang sebenar kepada semua rakyat Palestin.

Jalan Pulang

MB: 'Tunggu 28 Feb, saya pun ada kejutan'

ROSLINDA HASHIM
24 Februari 2012
Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - Di sebalik spekulasi dua Exco Kerajaan Kedah dikatakan akan menolak tawaran menyambung jawatan sebagai tanda protes kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, beliau sendiri membayangkan akan ada kejutan pada hari angkat sumpah Exco baru 28 Februari ini.
"Tunggu 28 Februari, saya pun ada nak buat kejutan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sama ada berlaku rombakan ataupun tidak, semua persoalan akan terjawab pada hari itu.
Mengenai isu dua anggota Exco disebut-sebut akan menolak jawatan sebagai tanda protes terhadap beliau, Azizan mengaku hairan kerana surat tawaran pelantikan belum lagi dihantar.
"Surat lantikan belum dihantar, macam mana pula boleh ada yang tolak," katanya.

Menurutnya, selagi pelantikan tidak dibuat, tidak wajar untuk mendedahkan senarai nama anggota Exco, sama ada yang sedia memegang jawatan akan dikekalkan ataupun diganti dengan muka baru.

Mengulas desas-desus mendakwa kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga) dan Dr Ismail Salleh (Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi) menolak dilantik semula sebagai Exco, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri menyifatkan itu hanya khabar angin.

“Rramai orang sebelum ini pun bercakap perkara tidak betul berkenaan Kerajaan Negeri. Banyak dakwaan sebelum ini pun tak betul, tapi mereka cakap juga,” katanya.

Sementara, Penolong Setia­usaha Kerajaan (Pengurusan Korporat), Noor Akmar Mohd Omar mengesahkan senarai anggota Exco penggal 2012 belum dikeluarkan.

“Sehingga hari ini, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri belum menerima senarai siapa yang dilantik sebagai Exco. Senarai itu akan diberikan kepada media, sebelum bermulanya majlis pelantikan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Anak Bukit, 28 Februari ini,” katanya.

 Phahrolrazi ketika dihubungi, berjanji membuat kenyataan apabila tiba masanya.
“Buat masa ini, lebih elok saya tidak buat sebarang kenyataan. Sampai masa nanti saya sendiri akan berikan kenyataan,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, perkara itu lebih elok dijelaskan sendiri oleh Menteri Besar, bukannya melalui spekulasi atau sumber tidak rasmi.

Ismail pula mengakui tidak tahu menahu mengenai spekulasi itu kerana beliau tidak tahu apa yang berlaku.

Sinar Harian

Rang Daftar Pemilih Tambahan yang pelik, apa yang Pakatan Rakyat dah buat?



Aku dah tulis panjang lebar pasai Rang Daftar pemilih Tambahan suku ke-2 2012 baru ni. Kalau ada yang tak baca lagi boleh baca artikel aku yang bertajuk "rDPT2011s4 - SPR ni tak habih-habih buat kerja CELAKA?" tu.

Selain artikel yang aku tilis tu aku cuma jumpa 2 artikel yang ulas bab tu. Yang pertama Kenyataan media oleh PAS Perak yang turut disiarkan oleh Tranungkite bertajuk "RDPT S4 / 2011 Meragukan: PAS Perak Desak SPR Perjelaskan Segera" dan yang kedua artikel oleh Malaysiakini bertajuk "Pembangkang pertikai daftar pemilih tambahan."

Aku taktau setakat mana jentera pilihanraya Pakatan Rakyat ambil serius isu ni tapi setakat ni nampak macam Pakatan Rakyat langsung tak ambil serius. Takkan pulak kot depa ambil tindakan senyap-senyap.
 
Aku malas nak salin balik apa yang aku dah tulis dan dua artikel Tranungkite dan malaysiakini tu, cumanya aku nak tanya apa tindakan Jentera Pakatan Rakyat setakat ni berkaitan isu ni.

Kalau ikut PAS Perak:
Kami yakin rang kali ini mungkin rang yang terakhir yang akan disahkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti. Persoalan yang timbul, adakah SPR menyembunyikan sesuatu pada rang kali ini? Apakah alasan yang pihak SPR akan berikan berikutan tindak drastik tersebut? Oleh yang demikian, kami memberikan tempoh seminggu kepada SPR untuk menyelesaikan persoalan ini dan membekalkan segala maklumat tersebut kepada Parti Politik sepertimana sebelum ini. Dan kami mendesak agar RDPTs4/2011 yang dalam tempoh semakan tersebut perlu ditangguhkan dari diwartakan sehingga segala keperluan ini dipenuhi! - Ibid.
Kalau kira dari tarikh artikel Tranungkite tu 14 Februari maknanya dah habih tempoh seminggu. Mungkin kut PAS Perak perlu masa lagi untuk buat keputusan apa yang akan depa buat. Cumanya aku harap sangat ada tindakan yang sesuai bukan saja di peringkat negeri Perak tapi juga di peringkat nasional.

Pada aku tindakan yang paling sesuai adalah macam yang dicadangkan oleh PAS Perak tu. Buat la apa pun mungkin sampai tahap cabar di mahkamah, yang pentingnya kita kena pastikan rang tambahan tu tidak disahkan untuk diguna masa PRU13 nanti terutama sekali kalau parlimen dibubar dalam masa terdekat ni.

Sumber: Cenangau

Thursday, February 23, 2012

NASIHAT UNTUK MUFTI PERAK - "JANGAN AMBIL BERITA DARI TEPI JALAN."


PAS menegur cara Sohibus Samahah Mufti Perak Dato Harussani Zakaria mengutip dan mengulas sesuatu berita. Sebagai seorang mufti, beliau tidak sepatutnya mengambil berita di tepi jalan yang tidak mempunyai sandaran yang sah atau tidak mengetahui hujung pangkal sesuatu berita, lalu terus membuat ulasan.

Sebagai seorang mufti beliau sepatutnya berpegang dengan Firman Allah:

"Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seseorang fasik membawa berita, maka hendaklah kamu menyiasat dahulu berita tersebut, agar tidak bertindak di atas kejahilan dan akhirnya akan membawa kepada kekesalan".

Banyak peristiwa dan kenyataan yang beliau ulas tidak mempunyai sandaran yang kukuh, dan hanya berdasarkan dengar cakap sahaja. Ini termasuklah dakwaan beliau bahawa lebih 200,000 umat Islam telah murtad, dakwaan bahawa Pulau Pinang tidak benarkan perarakan Maulid Nabi dan sebagainya.

Terbaru beliau cuba mengulas isu ba’iah, dalam keadaan beliau tidak memahami keadaan sebenar.

Ulasan beliau yang berbolak-balik adalah perkara biasa bagi yang mengikuti secara dekat kenyataan beliau.

Sebagai contoh, isu kehadiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke Batu Caves - pada awalnya beliau menyerang PM dengan tuduhan Syirik, rosak aqidah dan tidak mahu mendengar nasihat tiba-tiba bertukar kepada harus, dibolehkan dan tidak bercanggah.

Inilah yang menyebabkan ramai umat Islam berpendapat mufti seperti beliau, bukannya dirujuk oleh pemerintah sebelum sesuatu tindakan dibuat, sebaliknya dipergunakan untuk mencari dalil dan nas untuk menyokong sesuatu tindakan yang telah dibuat walaupun ia bercanggah dengan nilai Islam.

Demikian juga isu perjuangan bangsa dan raja-raja yang diulas bukan dari perspektif Islam. Kecintaan bangsa dan ketaatan kepada makhluk mempunyai batas sempadan yang sangat jelas. Tindakan beliau, dan disebabkan beliau adalah mufti negeri telah mengundang pelbagai kekeliruan di kalangan masyarakat umum. Keadaan ini jika berterusan akan menghilangkan thiqah masyarakat terhadap beliau dan dengan kedudukan beliau sebagai mufti, dan hal ini adalah satu tragedi yang sangat menyedihkan dan malang bagi beliau.

Demikian juga isu ba’iah dalam PAS. Ba’iah mempunyai nas dan sandaran yang kukuh dalam sejarah dan keilmuan Islam. Al Quran dan Hadis secara jelas membicarakan soal ba’iah. Samada sewaktu Perjanjian Aqabah, Hudaibiyah, dan lainnya membuktikan ba’iah ada asas kukuh.

PAS menggunakan kaedah ba’iah kepada calon yang mewakili parti agar tidak khianat kepada amanah yang diberi oleh rakyat, lebih-lebih lagi berhadapan dengan Umno yang suka mengoncang iman lawannya dengan taburan duit.

Mereka yang telah memenangi kerusi samada DUN atau Parlimen mesti sedar ia menang di atas pilihan rakyat. Kalau selepas mereka menang lalu dengan tawaran jutaan ringgit akhirnya ia khianat dan lompat parti sehingga tumbang sesuatu kerajaan yang dipilih rakyat, apakah tindakan begini kita boleh terima dan dibenarkan syarak? Peristiwa perampasan kuasa di Perak, adakah Harussani berasa ini adalah perkara yang harus?

Kerana itu PAS membuat ba’iah kepada semua calon, sekiranya mereka menang atas tiket parti mereka dilarang lompat parti, keluar parti bahkan sekiranya dipecat dari parti mereka mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi.

Kerana asas kemenangan mereka atas lambang parti yang diwakilinya. Tidak timbul soal perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Kerana dalam ba’iah itu, jelas dinyatakan ia tidak diwajibkan taat kepada perkara bertentangan dengan syarak.

Sepatutnya Harussani membaca meneliti dan melihat secara dekat matan ba’iah yang dibuat di dalam PAS, bukan dengan mendengar cakap-cakap mereka yang diluar atau dikeluarkan PAS.

Beliau harus ingat ba’iah dalam PAS disediakan oleh Majlis syura yang terdiri dari para alim ulamak, bukan oleh DHPP atau dikutip di tepi jalan.

Soal akhirat memang ketentuan Allah, tetapi apa yang dijelaskan dalam ba’iah ialah sekiranya seseorang calon yang menang berba’iah dengan nama Allah lalu melanggari ba’iah tersebut, apakah salah kalau diingatkan mereka tentang azab Allah di akhirat?

Banyak hadis menggunakan kaedah ini, dan PAS kita menggunakan kaedah yang sama bagi memelihara perjuangan Islam yang menjadi asas perjuangan PAS.
 

Statistik : Negeri Di bawah PR Mencatatkan Ekonomi Tertinggi

Dikirim pada Thursday, February 23 @ 19:46:22 MYT oleh al_madd
Kecekapan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah telah menarik pelabur-pelabur didalam bidang perkilangan untuk melabur.
Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang menunjukkan kenaikkan yg tertinggi didalam bidang perkilangan di dalam tahun 2011 iaitu pada RM9.1 billion dan RM8.74 billion.
Ini adalah tahun kedua Pulau Pinang dan Selangor duduk di tempat teratas berbanding pada tahun 2009 di mana Serawak di tempat tertinggi diikuti Pulau Pinang di tempat ke empat.
Satu lagi negeri di bawah Pakatan Rakyat iaitu Kedah duduk di tempat ke lima pada pahun 2011 ini dengan RM6.13 billion diikuti negeri di bawah kerajaan Barisan Nasional iantu Serawak di tempat ke tiga RM8.45 billion dan Johor dengan RM6.5 billion.
Perkembangan ekonomi kerajaan Pakatan Rakyat adalah diperhatikan oleh pengundi-pengundi untuk memilih kerajaan untuk pilihanraya umum ketiga belas ini.
Sesuatu yang membanggakan kerana tanpa bantuan dari kerajaan pusat yang menyeluruh kerajaan Pakatan Rakyat terbukti boleh memerintah dengan baik, telus dan amanah.

Utara Online

Isa Samad Halau Perwakilan Berbangsa India.

Hari ini sepatutnya berlangsung satu Mesyuarat Agung Perwakilan khas KPF yang membincangkan tentang cadangan penjualan pegangan KPF sebanyak 51% didalam Felda Holding Berhad dan 10 anak -anak syarikatnya kepada Felda.

Namun kerana satu perintah oleh Mahkamah Tinggi Kuantan yang melarang sebarang perbincangan yang berkaitan perkara penjualan tersebut maka Mesyuarat Agung tersebut dibatalkan.

Oleh kerana saya adalah salah seorang perwakilan ke mesyuarat tersebut maka saya di perlukan hadhir jika mensyuarat tersebut berlangsung, Saya pada awalnya telah lega kerana tidak perlu pergi ke Kuala Lumpur, namun tiba-tiba mendapat SMS dari pengurus felda di tempat saya berbunyi  " Maklum kepada perwakilan kpf, pengerusi felda nak jumpa jam 3.00 ptg esok di dwn perdana felda ".

Saya sebenarnya telah tersilap faham diatas SMS tersebut, saya menyangka yang nak jumpa perwakilan itu ialah pengerusi KPF  Dato' DZulkifli Abd Wahab dan fikir saya, munkin ada satu maklumat penting yang mahu disampaikan oleh Dato' Dzul kepada para perwakilan. Namun setelah majlis tersebut berlangsung, rupa-rupanya yang hadhir ialah pengerusi felda Tan Sri Isa Samad, kalaulah saya tahu Isa Samad yang akan hadhir memberikan taklimat sudah pasti saya tidak akan hadhir kerana saya tahu sangat modal yang akan diperkatakan oleh Isa.

Kehadiran Isa Samad sebenarnya tidak mengemukakan sesuatu yang baru, beliau hanya mengulangi apa yang diperkatakan sebelum ini iaitu meminta beliau di beri kepercayaan untuk meningkatkan ekonomi para peneroka melalui penyenaraian Felda Global ini, beliau juga mengambil kesempatan mengutuk pihak yang membawa perkara berkaitan KPF ini ke Mahkamah dan turut mengutuk Pas, khususnya Mazlan Aliman.

Selepas beberapa minit mengutuk pembangkang, beliau pun memberikan laluan kepada para perwakilan untuk mengemukan soalan, maka bangunlah beberapa orang perwakilan yang secara umumnya hanya bertanyakan bila Durian Runtuh akan dibayar dan perlunya juga alaun kehadiran turut dibayar.



Tidak ada seorang pun yang bertanyakan sesuatu yang membina selain memuji langkah penyenaraian tersebut, didalam keadaan yang sedemikian rupa, sekoyong-koyong muncul seorang hamba Allah berbangsa India R Sanggam dari felda Sendayan yang memberi ingatan kepada Isa Samad tentang apa yang berlaku kepada peneroka felda Sendayan di Negeri Sembilan semasa di bawah pemerintahan Isa Samad waktu beliau menjadi Menteri Besar dahulu.

Sanggam
Hamba Allah ini mengingatkan para perwakilan dan para peneroka bahawa mereka perlu berhati-hati bersabitan penyenaraian ini kerana munkin boleh merugikan masa depan peneroka sendiri oleh pelbagai kemunkinan yang terjadi dimasa hadapan.

Isa Samad tiba-tiba melenting dengan kenyataan Sanggam yang berani ini dan menyatakan bahawa jika kamu tidak suka kamu boleh keluar dari Dewan ini.

Perwakilan berbangsa India tersebut membalas dengan mengatakan bahawa Isa Samad tidak berhak menghalaunya kerana dia telah 50 tahun menjadi ahli koperasi sedangkan Isa Samad masih baru menjadi ahli dan kerusi pun belum panas lagi.

Saya yang menyaksikan perkara tersebut berlaku didepan mata agak terkejut kerana para perwakilan lain yang saya yakin dari ahli Umno, menjerit-jerit meluahkan perkataan perkauman dan turut menghalau malah mahu menumbuk hamba Allah ini sedangkan pada pandangan saya, apa yang diperkatakan oleh peneroka berbangsa India ini adalah betul.

Sedih saya memikirkan bangsa saya yang sudahlah tidak mampu membincangkan dan menilai baik buruk penyenaraian Felda Global ini namun apabila ada orang lain yang berani mengingatkan supaya berhati-hati tentang permainan orang politik berkaitan penyenaraian ini, tiba-tiba melenting macam ulat nangka dan bertindak berlebih-lebihan pula.

Sebenarnya kalaulah saya tahu perkara seperti ini akan berlaku, saya pasti tidak akan hadhir, buang masa saya sahaja .......................
 

Wednesday, February 22, 2012

Kenyataan Media Mursyidul Am PAS Berkaitan Perjumpaan Dengan DS Anwar Ibrahim

DATUK SERI ANWAR, PALESTINE DAN ISRAEL

Pagi kelmarin, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

Majlis Syura Ulama’ juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’ , iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.

Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestine. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.

Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestine untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.

Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.

Tuesday, February 21, 2012

ROBOH RUMAH ALLAH DI MELAKA : KEZALIMAN MELAMPAU



Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari melahirkan rasa kecewa kerana sebuah surau di robohkan di Ujong Pasir oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

"UMNO gagal menjaga Islam, surau dirobohkan adalah bukti kegagalan UMNO"

"Menurut penduduk setempat di Ujong Pasir, tapak surau itu telah puluhan tahun diwakafkan" ujar Adly yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Adly mempersoalkan mengapa tanah-tanah wakaf sebegini tidak diselenggara dengan betul dan diwartakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Melaka MAIM) yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

"Kegagalan kerajaan negeri mewartakan tanah wakaf ini menyebabkan tanah tersebut terjual kepada pihak ketiga".

"Akhirnya surau yang didirikan oleh penduduk kampung di Ujong Pasir itu dirobohkan, atas alasan Pembangunan oleh pemaju" katanya dalam posting terbaru blog peribadi beliau adlyzahari.blogspot.com.


Menurutnya Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Penghulu, Wakil Rakyat dan Ketua Menteri sendiri tidak dapat menyelamatkan sebuah surau yang menjadi tempat ibadat dan aktiviti lain di kawasan tersebut.

"MAIM dan Ketua Menteri harus bertanggungjawab terhadap perobohan surau ini" tambah Adly.

Difahamkan Adly dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka, Harun Mohammed telah membuat lawatan ke surau tersebut baru-baru ini.

Dalam lawatan itu mereka mendapati masih terdapat banyak sejadah dan tikar sembahyang yang dibiarkan begitu sahaja bersama timbunan batu dan pasir kesan perobohan tersebut.


"Mereka tidak mengalihkan sejadah yang digunakan ketika operasi merobohkan surau tersebut"

"Surau itu dirobohkan 20 Januari lalu atas alasan tapak tanah surau itu hendak dibangunkan dan telah jatuh kepada pihak ketiga".

"Umno sering melaung-laungkan pembela Islam dan agama tetapi mereka sanggup membiarkan surau ini dirobohkan sedangkan mereka adalah parti yang berkuasa" ujar Harun yang juga Penyelia Dun Telok Mas.

Saturday, February 18, 2012

Buang Buku Jingga Mat Maslan Ulangi Perbuatan Anwar, Khir Toyo


Bila saya tengok gambar Ahmad Maslan sedang memegang Buku Jingga untuk dibuang ke dalam tong sampah di sebuah pentas yang indah di hadapan para peneroka saya teringat kepada dua peristiwa satu yang menimpa ke atas diri saya sendiri dan satu lagi ke atas Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Peristiwa yang menimpa saya ialah bagaimana Anwar Ibrahim mengherdik dan memperlekehkan saya apabila saya menulis sebuah buku politik berjudul Anwar Ibrahim: Mimpi Dan Realiti. Buku itu mengkritik peribadi dan stail politiknya. Kejadian itu berlaku selepas tiga tahu apabila berliau tersua dengan saya di parlimen.

Saya masih ingat antara herdikan Anwar; "Buku you memalukan apa lagi kalau dibaca oleh anak-anak sekolah, elok di tong sampahkan!" Oh...begitulah kata Anwar dengan suara yang angkuh. Di sekelilingnya ada beberapa orang kawan saya yang mendengar herdikan Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia orang nombor dua terkuat di Tanah Malaya.

Saya tidak mudah gelabah dan gentar dengan herdikan Anwar. Saya menjawab dan menyambut kata seperti mana gendang yang Anwar tabuhkan. Dia juga peragah dengan tindakan saya yang dia kira saya anak cicak.

Di dalam buku itu ada saya tulis fasal dia bergambar dengan perempuan dan bersalam dengan wanita bukan ajnabi. "Lepas ini dengan perempuan mana pula you nak taruh dalam buku?" begitu tanya Anwar dengan menyinga.
Tanpa membiarkan saat berlaku saya terus menjawab; "tenguklah dengan artis mana you bergambar saya akan masukan."

Selepas itu ada lagi dialog keras dan kering saya dengannya. Rasanya tidak elok kalau saya turunkan di sini sebab perkara ini sudah berlaku lebih 19 tahun. Peristiwa itu berlaku tahun 1993 dan mungkin Anwar sudah pun melupainya apabila beliau membaca buku saya membela beliau selepas dizalimi Mahathir berjudul; Sumpah dan Airmata: Reformis Bangsa.

Peristiwa kedua yang mengimbaukan ingatan saya tatkala melihat gelagat Mat Maslan ialah yang menimpa pegawai daerah Hulu Selangor yang dihadiahkan penyapu oleh Khir Toyo yang ketika itu menjadi menteri besar Selangor. Pegawai itu dihadiahkan penyapu kerana jajahan yang dibawah pentadbirannya gagal menunjukkan prestasi seperti mana ditetapkan, pentadbiran lemah menyebabkan cukai tidak banyak dikutip.

Kononnya dengan pemberian penyapu itu sebagai simbolik untuk pegawai itu membuat pembesihkan ke atas para pegawainya yang lemah dan gagal mencapai prestasi yang diharapan. Pemberian itu dibuat di satu majlis yang dihadiri oleh semua pegawai daerah. Niat Khir mungkin baik tetapi cara yang dibuatnya tidak beradat.

Kedua peristiwa yang saya sebut tadi, baik yang menimpa saya oleh Anwar dan yang menimpa pegawai daerah Hulu Selangor oleh Khir Toyo seakan telah terbalas. Walaupun saya tidak mengharap Anwar jadi seperti hari ini, terlepas jawatan Perdana Menteri di era Mahathir, tetapi ia terubat dengan apa yang ada hari ini. Yang sudah biarlah sudah malahan hari ini simpati dan kesian saya kepada Anwar menyebabkan saya membela kezaliman dilakukan terhadapnya.

Setidak-tidaknya Anwar akan mengenang kembali apa yang saya tegur beliau dalam buku berkenaan. Apa yang saya peringatkan kepadanya di dalam buku berkenaan adalah demi kebaikannya tetapi dianggap sebaliknya waktu itu. Itu satu kesilapan di mana kita sebagai manusia jangan mudah meremehkan nasihat orang lain hatta dari siapa yang memberi nasihat dan kritikan itu.

Begitu juga nasib yang diterima Khir hari ini telah menginsafkannya. Walaupun pemberian penyapu itu bukan sebab utama beliau menjadi seperti hari ini tetapi Khir boleh ingat kembali bahawa perbuatan itu memalukan pegawai daerah berkenaan. Walaupun Khir berniat baik demi untuk meningkatkan daya kerja dan memajukan Selangor tetapi hadiah itu tidak kena dan mengaibkan orang lain. Apa lagi penyapu dalam budaya Melayu sesuatu yang menyialkan. Apabila kita mengaibkan orang lain sebegitu rupa maka lambat laung kita juga akan merasai aid yang sama.

Hari ini saya rasa pegawai yang menerima penyapu itu boleh hidup aman damai dalam perasaraanya, sebaliknya Khir masih bergelumang dengan rasa takut, malu dan hina kerana didapati bersalah melakukan rasuah dan dijatuhi hukum penjara selama 12 bulan.

Apa yang hendak diceritakan hari ini, ialah hal yang hampir sama berlaku yang dilakukan oleh Ahmad Maslan. Perbuatan Mat Maslan membuang Buku Jingga satu perbuatan menghina Pakatan Rakyat khasnya dan rakyat seluruhnya. Tidak patut Mat Maslan berbuat demikian kerana ia menguris hati orang. Apa yang Mat Maslan lakukan itu sama nilainya dengan tindakan Anwar mengherdik saya dan juga Khir memberi penyapu kepada Pegawai Daerah Hulu Selangor itu.

Sebagai orang politik Mat Maslan tidak sepatutnya berbuat begitu. Beliau seharusnya sedar Buku Jingga adalah kitab politik Pakatan Rakyat. Ia adalah janji dan manifesto Pakatan Rakyat. Betapa pun janji dan manifesto itu tidak munasabah dan tidak tersaul dek akalnya, tetapi beliau tidak boleh menghina kerana sebagai manifesto ia adalah kita suci dalam politik.

Bukan saja Buku Jingga itu tetapi mana-mana manifesto parti politik tidak boleh dihina. Ia adalah kitab suci politik. Sepatutnya sebelum membuat gimik itu di hadapan peneroka Mat Maslan cuba bayangkan bagaimana kalau ada orang lain mencampak kertas dasar Felda atau pun bendera Umno ke dalam tong sampah. Beliau harus menyelami secara piskologis bagaimana perasaan orang yang menyanjungi buku berkenaan.

Kepada saya apapun alasan tindakan Mat Maslan tidak bijak dan meletakkan dirinya sebagai orang yang tidak matang dalam politik. Seperti mana kata Presiden Anak, Mazlan Aliman apa yang sepatutnya Mat Maslan lakukan ialah membahas secara akdemik apa yang dicatat dalam Buku Jingga berkenaan bukannya menohoknya ke dalam tong sampah.

Era ini bukan lagi zaman orang berak dan kencing atas bendera. Menyatakan kemarahan demikian adalah jenis orang yang tidak ada akalbudi dan belum tamadun.

Sikap Mat Maslan itu kurang lebih daripada perangai Inchek Ibrahim Ali sahaja ataupun kumpulan Melayu polong yang memijak kepala lembu atau pun menganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. Apakah Mat Maslan juga sudah dijangkit sindrom takut dan desperate sehingga hilang akal?

Peluang masih ada untuk Mat Maslan membersihkan dirinya. Beliau boleh memohon maaf atas perbuatan itu dan mengambil balik Buku Jingga yang dilemparkan ke dalam tong sampah. Paling afdal bagi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga Felda itu ialah merukupkan tong sampah ke atas kepalanya kemudian berjalan keliling padang sebanyak 50 kali.

Sumber: msomelayu