Wednesday, May 11, 2011

Jakim ingin hapuskan Syiah secepat mungkin


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menurut laporan Harian Metro hari ini, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustafa, berkata 10 kumpulan ajaran sesat perlu dihapuskan secepat mungkin oleh pihak berkuasa agama negeri di seluruh negara. Kumpulan berkenaan adalah Syiah; al-Arqam atau Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (Rufaqa) atau Global Ikhwan Sdn Bhd; Islam Jamaah; Ajaran Azhar Wahab (Pengasas Al-Mansor Holding Sdn Bhd), Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah; Pemuda Kahfi, Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Sheikh Nazim; Qadiani/Ahmadiah; Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya dan ajaran Aurad Islamiah. Kumpulan itu adalah sebahagian daripada 95 pergerakan yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam dan pegangan Al-Sunnah Wal-Jamaah sama ada oleh Muzakarah Jawatankuasa Majli Fatwa Kebangsaan atau Jawatankuasa Fatwa peringkat negeri di seluruh negara dalam tempoh 20 tahun lalu. Othman berkata, “Kita memandang serius terhadap perkara ini kerana ia membabitkan soal akidah umat Islam serta boleh menjejaskan keamanan di negara ini. “Jadi, sepuluh kumpulan ini akan diberi keutamaan untuk dihapuskan bagi mengelakkan ia terus tersebar dalam negara,” katanya. Menurut Ketua Pengarah Jakim ini lagi, fahaman seperti itu bukan sahaja merosakkan akidah umat Islam, bahkan ia menimbulkan masalah lain seperti rusuhan agama dan perang saudara. “Namun, kita terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menangani masalah ini seperti ketidakseragaman undang-undang syariah di peringkat negeri dan salah faham umat Islam terhadap isu akidah termasuk ilmu tarekat dan tasawuf. “Keadaan itu memaksa kita meminta Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri melakukan kajian, sekali gus menyelaras keputusan berhubungan fatwa pengharaman sesuatu kumpulan ajaran sesat,” katanya lagi. Menurut beliau lagi, pihak Jakim sudah mengasaskan pasukan pengkaji untuk mengawasi dan mencari mereka yang berhasrat menyebarkan ajaran sesat melalui blog dan laman web sosial. Menurut Othman, "Kita mengakui kumpulan ajaran sesat hari ini sentiasa memanipulasi teknologi baru untuk mengembangkan fahaman dan merekrut ahli baru,” katanya. Kenyataan Othman ini bertentangan dengan pernyataan Menteri Dalam Negeri pada 24 Disember 2010 di mana Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hasil pemantauan pihaknya mendapati fahaman Syiah yang diamalkan di negara ini tidak mempunyai sebarang unsur militan dan keganasan sehingga boleh mengancam keselamatan. Pada Disember tahun lalu pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menangkap kira-kira 200 orang pengikut Syiah di Hawzah Imam Ridha, Sri Gombak. Walau bagaimana pun tidak seorang pun daripada mereka didakwa menganut ajaran sesat di Mahkamah.

No comments:

Post a Comment