GENTING HIGHLANDS, 29 Mei - Para pemimpin MCA perlu memperbaiki dan melengkapkan diri jika komponen Barisan Nasional (BN) itu mahu menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-13, kata Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) di sini malam tadi. Menteri Besar Pahang itu berkata, satu-satunya cara bagi MCA memenuhi matlamat itu adalah pemimpin-pemimpinnya yakin pada kekuatan mereka “Kita harus tahu kekuatan kita sebelum (boleh) menghadapi pilihan raya umum... kita perlu tahu kekuatan kita. “MCA perlukan keyakinan. Jika anda teragak-agak, sah kita akan kalah,” kata Adnan pada sesi pemukiman MCA di sini semalam. Beliau yang juga Pengerusi BN Pahang berkata, apabila MCA diperkuatkan, maka ia boleh bekerja dengan UMNO sebagai perikatan yang mantap. “Kaum Cina mesti diyakinkan bahawa MCA boleh berjuang untuk masyarakat Cina. Kita tidak boleh kata kita ini (menggambarkan) kepelbagaian kaum jika tiada perwakilan Cina dalam BN,” kata beliau. Pada pilihan raya umum 2008, MCA berhadapan dengan prestasi buruk selepas kehilangan lebih separuh daripada kerusi yang ditandinginya. Ia hanya menang 15 daripada 31 kerusi Parlimen yang diperuntukkan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disebut-sebut akan memanggil pilihan raya umum ke-13 bila-bila masa dari sekarang. Desas-desus mengenai tarikh pilihan raya itu berterusan ketika BN masih bekerja keras untuk mendapatkan sokongan pengundi kalangan Cina yang beralih kepada pembangkang tiga tahun lalu. Dalam aspek ini, MCA dan Gerakan dilihat berhadapan dengan saingan DAP, komponen Pakatan Rakyat, bukan sahaja di Pahang tetapi di lain-lain negeri termasuk Sabah serta Sarawak.[Adnan tidak boleh menuding jari menyalahkan pemimpin MCA Negeri semata-mata jika parti itu ditolak rakyat hatta kaum Cina dalam Pilihanraya Umum akan datang. Ini kerana kesalahan besar yang membuatkan MCA ditolak rakyat Pahang pada PRU-13 ini ialah kegagalan Kerajaan Negeri pimpin Adnan Yaakob mendengar suara rakyat untuk membatalkan projek kilang memproses rare earth Lynas Corporation di Gebeng. Isu tersebut kini semakin hangat diperkatakan dan MB tidak boleh lepas tangan dalam hal ini. Malah, dijangka majoriti kaum Cina termasuk MCA sendiri akan mengundi pembangkang dalam PRU nanti. Mereka sudah tidak yakin dengan kepimpinan BN yang diterajui oleh Adnan sendiri. Oleh itu, Adnan jangan terkejut jika banyak kerusi terutamanya di kawasan bandar akan jatuh ke tangan pembangkang. Jika mereka tidak melakukan sesuatu, maka kemungkinan besar banyak kerusi BN pasti akan tumbang. Jangan dibiarkan rakyat terus hidup dalam risiko].
Sumber : Pahang Daily
Pengarah NGO hak asasi Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa identiti orang ketiga yang terbabit dalam perjalanan berkenaan sedang disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa Perancis.
Rundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN, sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.
Am




























KUALA LUMPUR, 1 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.











