Gambar ini ku rakamkan ketika aku berada di Hutan Lipur Cemerong, Hulu Dungun , di Negeri Terengganu. Aku terkejut juga melihat keanihan pokok pisang ini. Inilah kali pertama aku melihat dan bertemu pokok pisang dimana jantung dan tandan pisangnya tegak ke atas. Inilah kebesaran dan keagongan Allah. Aku terdiam seketika, dikala terpandang pokok pisang ini. Ku panggil isteriku dan ku tunjukkan padanya. Dia juga terdiam dan mengalihkan padangan pada ku dengan kehairanan. Aku hanya tersenyum.
Pokok pisang ini di jadikan tumbuhan hiasan di hadapan kantin di sini. Apakah para pengunjung yang datang ke sini selama ini, menyedarinya atau pun tidak ? Adakah ini di antara jenis-jenis pokok pisang yang ada di negara kita ini, aku juga tidak ketahui, atau pun ianya adalah secara kebetulan sahaja. Jawpannya tidak ku temui. Ku kembalikan semuanya kepada Allah jua.

No comments:
Post a Comment