Tuesday, November 2, 2010

AMIRUL MUKMININ ALI ABI THALIB BERKATA PADA PUTERANYA, HASSAN:

Wahai putra  ku, fahamilah empat hal, kerana melalui empat hal itu engkau akan memahami empat hal lagi.  Jika engkau perhatikan empat hal itu, maka apa yang engkau kerjakan tak akan membawa mudharat bagi mu:  Harta paling tinggi nilainya itu kearifan; kemiskinan paling parah itu kebodohan; seburuk-buruk sikap tidak mahu bergaul dan memuji diri sendiri; silsilah yang mulia selalu memperlihatkan diri dalam perilaku beradab, berbudi halus dan sopan.
Empat hal selanjutnya wahai putraku, adalah:
Jangan bersahabat dengan si bodoh, kerana ketika dia mahu mencoba berbuat baik pada mu, justru malah membawa mudharat bagimu; jangan buat sahabat mu jadi kikir, kerana dia akan meninggalkan mu saat engkau sangat memerlukan bantuan; jangan bersahabat dan berbaik hati kepada orang jahat dan keji akhlaknya, kerana dia akan menjual mu dan menjual persahabatan mu dengan harga yang sangat murah; dan jangan bersahabat dengan si pembohong, kerana laksana fatamorgana, dia akan membuat mu membayangkan sangat dekat dengan sesuatu yang padahal sangat jauh dari mu, dan akan membuat mu melihat dari kejauhan sesuatu yang dekat dengan mu.

Dipetik dari Nahjul Balaghah

No comments:

Post a Comment