Thursday, October 14, 2010

MALAM AIDIL FITRI DI KAMPUNG

Ramadhan sudah hampir ke penghujung, cuma tinggal dua hari saja lagi, sebelum Syawal menjelang.  Ahli keluarga ku telah siap berkemas, kerana aku sekeluarga bercadang untuk merayakan Aidil Fitri di kampung ku, Sik.  Kami bertolak menuju kampung ku selepas berbuka puasa.  Aku memilih malam untuk perjalanan kali ini, kerana bulan puasa.  Kami sampai di rumah ku di Bedong pada 7.00 pagi.   Kami bersahur di sebuah restoran di Baling.  Aku berehat di rumah ku sebelum meneruskan perjalanan ku ke rumah ibu di Sik.  Maklum sajalah sepanjang malam aku memandu tanpa melelapkan mata.  aku bertolak ke rumah ibu pada petang, akhir Ramadhan.  Aku sekeluarga berbuka bersama ibu.  Ibu bagitu gembira sekali  dapat bersama-sama dengan anak-anak dan cucu-cucu.

Ku lihat ibu bagitu riang melayan kerenah cucu-cucunya, walau pun dalam keadaan uzur.  Terpapar tanda-tanda kegembiraan di wajah ibu yang telah dimamah usia.  Aku hanya tersenyum melihat telatah ibu.  Kelihatan adik-adik ku sibuk bersiap untuk kedatangan 1 Syawal pada esoknya.
 Entah apa yang didoakan ibu..........tidak ku ketahui.  Ibu menyatakan akhir-akhir ini dia semakin bertambah uzur.  Puasa tahun ini, hanya beberapa hari sahaja dapat ibu tunaikan.  Aku hanya diam, sambil melemparkan sebuah senyuman.  Tapi hati ku ........ bagitu sedih sekali, cuma tidak ku tunjukkan pada ibu.  Telah beberapa kali aku mengajak ibu untuk tinggal dengan ku di Terengganu, tapi ibu menolak dengan berbagai  alasan.   Adik-adik ku  tidak akan bersama kalau ibu berbual dengan ku, bagitu juga isteri dan anak-anak ku.  Mereka tahu sangat perangai ibu bilamana bersama dengan aku.  Ibu meneruskan ceritanya.  aku hanya  menjadi pendengar yang setia.  Ibu memang memahami sangat perangai ku.  Ibu katakan......orang yang telah membesarkan ku.  Akhirnya aku menyatakan pada ibu bahawa aku akan balik untuk bersama-sama ibu di kampung.  Ibu bagitu terkejut dengan jawapan ku. Ibu kelihatan bagitu gembira sekali dengan jawapan ku.  Aku lihat kelopak mata ibu mengandungi air.  Aku hanya tersenyum.  Itu sahaja yang mampu ku buat.

 Isteri ku hanya mendengar sahaja apa diceritakan ibu kepada cucu-cucunya yang pulang untuk menyambut Aidil Fitri.  Sementara anak ku yang kelima sedang mengosok pakaiannya untuk 1 Syawal.


Anak saudara dan anak-anak ku kelihatan bagitu gembira sekali.  Maklum sajalah jarang-jarang dapat bersua muka.  Peluang yang ada ini di pergunakan sebaik mungkin.  Masing-masing mempunyai tugasan sendiri.  Halaman rumah ibu di sirami cahaya lampu minyak tanah yang telah dipasang oleh anak-anak ku.  Bagi anak-anak ku Hari Raya sudah tiba.  Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka.  Gurau senda dan gelak ketawa mereka di selangi bunyi dentuman mercun dari rumah-rumah jiran.  Semuanya bergembira menanti kedatangan 1 Syawal, setelah satu bulan berperang melawan nafsu.  1 Syawal adalah merupakan hari kemenangan, bagi mereka yang telah berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan penuh kesabaran.


No comments:

Post a Comment