Lata Tembakah adalah di antara tempat yang ingin ku lawati. Sudah beberpa kali aku merancang untuk ke sana, namun terpaksa ku batalkan, disebabkan oleh tugasan harian. Peluang tersebut datang dengan tiba-tiba, tanpa melepaskan peluang tersebut, aku terus ke sana dengan ditemani oleh isteri ku. Ia itu semasa aku dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu, selepas menghadiri Majlis Hari Keluarga Rakan HAM di Lata La.
Lata Tembakah terletak dalam daerah Besut, kira-kira 25km dari Pekan Jerteh. Aku terpegun melihat kecantik hutan yang menghijau. Bagitu nyaman dan sejuk mata memandang. Inilah dia kebesaran Allah yang menciptakan semua keindahan ini untuk kita manusia. Aku sendiri tertanya-tanya pada diriku, apakah aku ini termasuk di kalangan orang-orang yang bersyukur kepadaNya di atas semua anugerah ini.
Aku dan isteri ku berjalan merentasi jambatan yang menghubungkan tempat penginapan dengan kawasan perkelahan. Keadaan di sekeliling terasa sejuk dengan udara pergunugan yang menyegarkan. Ramai orang yang datang untuk berrehat bersama-sama keluarga mereka. Kanak-kanaklah yang paling gembira dalam suasana yang bagini. Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka.
Aku sempat bergambar dengan isteri ku di atas jambatan. Kelihatan ramai pengunjung yang datang pada hari ini. Biasalah pada hari minggu. Setiap orang mengambil peluang untuk berehat bersama keluarga.
Kami menempatkan diri di kawasan yang berbatu-batu, sambil menikmati pemandangan yang indah ini. Dibawah batu-batu ini mengalir air yang jernih, sejuk dan nyaman.
Lihatlah betapa jenih dan bersih air yang mengalir ini. Kelihatan anak-anak ikan berenang-berenang dan berkejar-kejaran dicelah-celah batu. Aku hanya memerhati gelagat anak-anak ikan ini. Betapa seronoknya mereka .... he..... he...
Aku hanya sempat merakamkan untuk 4 aras sahaja pemandangan Lata Tembakah ini disebabkan kesuntukan masa. Aku difahamkan Lata Tembakah terdiri dari 7 aras. Aku tidak bercadang untuk bermalam disini, jadi tidak ada sebarang persiapan di buat. Insya Allah, mungkin di masa akan datang aku berkesempan untuk berkunjung kesini, akan ku cuba rakamkan keseluruh 7 aras. Kita dapat melihat aliran air terjun di aras 3 dan 4 yang telah membentuk kolam-kolan kecil yang sesuai untuk mandi manda. Dapatlah kita merasa kesejukkan air di daerah pergunungan. Tidak ketinggalan juga pohon-pohon yang merimbun hijau yang terdiri dari berbagai-bagai jenis ini telah membuat aku merasa segar, nyaman dan aman dengan diselangi bunyi unggas-unggas yang mendiami Lata Tembakah.
No comments:
Post a Comment