Sunday, October 30, 2011

MCA berterusan perlekeh hukum Hudud

Semakin celupar mulut Chua Soi Lek, Presiden MCA memperlekehkah hukum Hudud, yang menurutnya, jika dilaksanakan di negara ini akan menyebabkan pelabur dan pelancong menjauhkan diri. Menurutnya pelaksanaan hukum Hudud seperti yang diperjuangkan PAS akan menyebabkan negara mengudur ke belakang.

Para pemimpin parti komponen Barisan Nasional nampaknya bebas memperlekehkan hukum Islam tanpa ada sesiapa yang berani bersuara untuk menegur apa lagi menentang keceluparan Chua. Ini amat berbeza dengan tindak-balas pelbagai pihak ke atas Prof Dr. Aziz Bari yang hanya menyentuh soal kuasa sultan yang berkaitan dengan Perlembagaan. 

Keadaan ini seolah-olah meletakkan kedudukan sultan itu lebih tinggi daripada hukum Islam. Tidak ada sesiapa boleh menyebut apa-apa yang menyentuh sultan atau raja tetapi bebas untuk memperlekehkan kemuliaan hukum Hudud.

Malah, sudah ada yang tergamak mengirim peluru kepada Prof. Aziz Bari dengan kata-kata "Jangan kurang ajar dengan sultan, maut nanti!". Kita nak tunggu jika ada yang berani mengirim peluru meriam kepada Chua Soi Lek yang kurang ajar dengan Islam. Rasanya nak kirim kepala mancis pun tak berani..

Kita ingin bertanya, ke mana hilangnya Ibrahim Ali dan Perkasanya. Ke mana hilangnya Zulkifli Nordin yang tidak lena malam apabila Prof. Aziz memperkatakan sesuatu yang memang sudah termaktub dalam perlembagaan negara mengenai batasan kuasa seseorang sultan. Di mana Ezam Sesumpah? Cepatlah pergi buat repot polis kerana Chua Soi Lek memperlekekhkan hukum Islam. Manusia-manusia ini tiba-tiba menjadi tikus apabila berhadapan dengan Chua Soi Lek 'Bapa Seks MCA' yang memperlekehkan hukum Hudud.

Dan apakah pemberita-pemberita serta para editor Utusan, Berita Harian dan TV3 tiba-tiba bertukar menjadi 'idioter' apabila Chua Soi Lek memperlekehkan hukum Hudud? Malah penggerak HIMPUN pun menyepi kerana masih tak kebah daripada kejutan kerana hampa untuk himpun orang ramai dalam isu murtad.  Murtad itu cuma melibatkan sebahagian sahaja daripada hukum Islam sedangkan keseluruhan hukum Islam (Hudud) diperlekekhkan. Kepada mereka, tidak mengapa hukum Hudud diperlekeh asalkan orang Islam jangan jadi murtad.

Jangan haraplah Utusan, Berita Harian atau pun TV3 nak bangun melenting, mengulas dan membantah penghinaan ke atas hukum Islam oleh Chua Soi Lek. Berita-berita benar seumpama itu, hendaklah disembunyikan daripada pengetahuan pembaca-pembaca yang rata-rata terdiri daripada golongan 'Saluran 1' serta makcik dan pakcik-pakcik Felda yang bilangannya pun sudah semakin berkurangan.
Kalaulah berita penghinaan terhadap hukum Islam Chua Soi Lek ini sampai ke pengetahuan penyokong totok umenu, bertambah-tambah malaplah masa depan dan sokongan kepada umenu dan BN. Sebab itu jugalah, berita ini hanya disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris dan Cina tanpa berani dipetik atau diulas oleh media berbahasa Melayu.

Maka, jelaslah, mereka-mereka inilah BAPAK SEGALA MUNAFIK!


Sumber: M@rhaen

No comments:

Post a Comment