Sewaktu menatap kegelojohan sebahagian manusia berkata bicara, saya dapati semacam ada yang tak kena dengan susunatur bicaranya yang semakin sumbing. Sukar untuk saya fahami kenapa ia bergerak secara menyongsong arus sedangkan asalnya dia bersama arus dari puncak yang tinggi.
Adakah kepenatan menyebabkan dia gabra atau kepalanya pening kerna hentakan ranjau yang merintangi perjalanan, atau teracun dek bisikan yang menjanjikan sesuatu....Aduh, kenapa dunia semakin mencarut!
Kawan… Kita berada di padang yang tidak sama rata. Musuh menjaguhi games ini secara bangsat. Membaculi diri mereka dengan ketulan arang yang disaluti sabut kelapa sekering pendosa yang gila bermaksiat. Tidak sukar membaca langkahan itu kerana kakinya tidak bermatlamat. Tangan yang menggaru tanpa sempadan mewarisi lagak si Husni Mubarak yang tersungkur hiba….Aduh, kenapa dunia semakin mencarut!
Kawan… Bukan kita yang memulakan perjuangan ini dan siapalah kita jika terniat untuk merobek asas yang dibina sekian lama. Tapak yang terbina kukuh untuk episode sebuah perjuangan ini harus ditatang, dibaja, dijaga dan dikawalselia. Bukan beria kata seperti kita penciptanya. Siapalah kita untuk memusnahkan impian anak-anak kapal yang berdada merempuh ombak yang membadai. Siapalah kita untuk mengepalai gelombang durhaka terhadap kelompok anak-anak bilis selemah golongan dhuafa’ yang merangkak mencari sesuap rezki, restu dan nusrah Ilahi…. Aduh, kenapa dunia semakin mencarut!
Kawan… Perjuangan apakah yang kita cari? Hajat apakah yang kita miliki? Cita-cita apakah yang kita hajati ? Impian itu jangan sampai lahir dari tempias makhluk yang dimurkai… Waspadalah kerana baunya akan terpalit kepada setiap mereka yang disisi. Lebih parah ianya akan kembali mewarnai gerhana panjang yang pernah menghakimi suatu proses yang membarah dan membusuk. Jangan dimulai dan jangan dibajai kejahatan itu di tanah dan wilayah yang sudah di ambang pencerahan. Aduh, kenapa dunia semakin mencarut!
Kawan… Amanah bukan diminta. Ia bukan untuk dicari. Bahkan jauh sekali untuk mempromosi. Ia adalah maruah dan harga diri. Ia datang menagih simpati. Menarik seluruh kudrat manusiawi dengan bantuan dan pergantungan sepenuhnya kepada Rabb Ilahi. Ia bukan untuk kebanggaan. Ia bukan untuk suatu kegilaan. Ia bukan untuk suatu pengkhianatan. Ia bukan tiket untuk andosmen terhadap sebarang salahlaku dan penyelewengan tetapi ia adalah sebuah penghakiman Ilahi di hadapan Qadhi Rabbul Jalil ....di lokasi yang amat mengerikan…. Aduh, kenapa dunia semakin mencarut!
Kawan… Ingatlah pesanan sang Murabbi yang kini di sisi tuhannya. Menikmati rezki di alam kubur. Menuai hasil di alam yang kekal… Dia merangkak dan mengheret kakinya untuk mendaki anak-anak tangga ke langit bangunan semata-mata untuk mendidik hati dan mentarbiyah fikrah Rijalud Dakwah agar mengikhlaskan diri di lapangan. Ayuh, kita kemudikan bahtera ini dengan menekuni setiap janji-janji Allah Azzawajalla. Biar nyawa menjadi taruhannya, namun menyerah tidak sekali. Berpantang ajal sebelum maut, berdikit kita bangkit, terlentang kita berembun, meniarap kita berpasir.. Biar syahid menjadi teman, bukan berparang melangkah sumbang. Akhi, sesibuk mana pun kamu, janganlah lupa membaca Al Quran. Ingatlah wasiat murabbi ; Akhi, ana uhibbukum…
Sumber: berjuangitumanis

No comments:
Post a Comment