KUALA TERENGGANU – Dalam keadaan rakyat merintih, seinci demi seinci tanah-tanah milik mereka ‘dirampas’ kerajaan Umno dan Barisan (BN) Terengganu, wakil-wakil rakyat terus menerima habuan masing-masing.
Selepas beberapa minggu lalu didedahkan ADUN Ajil Dato’ Rosol Wahid dan ADUN Kuala Berang Mohd Zawawi Ismail mendapat ‘bahagian’ masing-masing, ADUN Chukai, Dato’ Awang Tera pula dilaporkan menerima habuan seluas 2 hektar, lebih dari 5 ekar.
Dengan keluasan itu, ditaksirkan, Awang Tera akan meningkatkan kekayaannya menokok sebanyak RM3 juta ringgit lagi sekiranya tanah bahagiannya itu dinilai mengikut harga tanah semasa di kawasan terbabit.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Pembelaan Tanah Rakyat Terengganu (GEMPAR) Haji Salleh Embong berkata, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dibawah pimpinan Menteri Besarnya Dato’ Seri Ahmad Said, memang sudah benar-benar melampau.
Mendedahkan ‘rampasan’ tanah rakyat terbaru, beliau yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Kuala Nerus menyifatkan pemimpin Umno sekarang sudah tidak peduli dengan rakyat.
“Bagaimana kita nak kata ‘janji ditepati’ atau ‘merakyatkan pentadbiran dan pembangunan’ sedangkan wakil-wakil rakyat boleh tanah seluas-luasnya,
“pada masa yang sama tanh-tanah rakyat dirampas atas kepentingan peribadi, individu dan syarikat kroni,”tegasnya ketika ditemui.
Beliau berkata kerajaan telah meluluskan tanah seluas hampir 30 hektar untuk diberikan kepada Syarikat Imbuhan Pelangi, sebuah syarikat milik ‘orang kuat Umno’ Kuala Nerus.
Sumber: BuletinOnline
No comments:
Post a Comment