Saya, S.Arutchelvan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia(PSM) dengan ini membuat aduan polis terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin , Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar kerana membuat tohmahan palsu, berniat jahat dan menyeleweng rakyat Malaysia dengan cerita-cerita karut dan fantasi..
1) Pada awalnya, kesemua enam orang aktivis PSM – Dr. Jeyakumar, R.Sarat Babu, M.Saraswathy, M.Sukumaran, A.Letchumanan dan Choo Chon Kai dituduh dan disiasat dibawah Seksyen 122 Kanun Kesiksaan iaitu melancarkan perang keatas Yang Dipertuan Agung. Tetapi semalam 2hb. Julai 2011, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Encik Al Zafny dari IPD SPU telah mengatakan bahawa semua siasatan polis IPD SPU sudah selesai dan mereka telah dibebaskan dari semua tuduhan tersebut.
2) Kemudian, semalam Polis telah membuat tangkapan semula dibawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 5/69 (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana kini kononnya terdapat sebab-sebab untuk mempercayai yang mereka telah bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan ketenteramana awam. Ini adalah tindakan salahguna kuasa dimana polis bersembunyi dibelakang undang-undang zalim ala ISA. Polis dan KDN juga tahu bahawa ISA tidak lagi popular (kini hendak dipinda)sehingga terpaksa mengunakan undang-undang darurat yang ramai orang tidak mengetahuinya. EO ini pula biasa digunakan terhadap kumpulan-kumpulan yang melakukan jenayah berat dan bukan berunsur politik. Mereka berenam ini adalah tahanan politik pertama dituduh dibawah Ordinan Darurat yang masih digunakan di zaman tidak ada darurat.
3) Mereka yang ditahan kemudiannya telah diberikan satu pemberitahuan penangkapan dibawah Sekyen 3/1 Ordinan Darurat 5/69 sebab penahanan dimana ada ditulis bahawa anda telah di tahan. ............. Pergerakan Bersih adalah satu pertubuhan tidak berdaftar dan akan menganjurkan satu perhimpunan pada 9-7-2011 di Kuala Lumpur. Perhimpunan ini membawa kemudaratan awam dan banyak aduan polis telah di buat terhadap perhimpunan itu. Anda di syaki akan mengambil bahagian dan untuk mencegah dari terlibat anda di tahan. Oleh itu mereka ditahan sebenarnya untuk Bersih tetapi kemudian notis pemberitahuan itu ditarik balik dan telah ditukar kepada kerana terdapat sebab-sebab untuk mempercayai yang beliau telah bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan ketenteramana awam.
Maka tujuan sebenar EO digunakan adalah untuk menghindar orang dari menyertai perhimpunan aman Bersih. Semua alasan dan kenyataan lain adalah tipu muslihat dan
Agenda memperbodohkan rakyat. Kini Timbalan IGP pula berkata , mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif. (ini sekarang mirip tuduhan ISA pula). Maka semua tindaktaduk pihak PDRM dibawah arahan Menteri Dalam Negeri menunjukkan semua undang-undang Negara disalahguna dan disalahpakai untuk tujuan kepentingan UMNO dan BN. Campurtangan Politik dalam pentadbiran PDRM seperti yang pernah didakwa oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan kini nampaknya semakin nyata..
4) Polis juga mempunyai agenda yang cukup busuk dimana orang-orang “hardcore” seramai orang yang ditahan EO tetapi telah dibebaskan dari tuduhan 122 manakala bagi 24 lagi tahanan , polis masih meminta tambahan masa reman semalam untuk membuat siasatan dibawah seksyen yang sama . Ini adalah satu penganiyaan dan pencabulan yang cukup serius.
Selain daripada itu, Pihak PSM juga berpendapat pihak Timbalan Ketua Polis Negara mempunyai agenda peribadi terhadap YB Jeyakumar yang sebelum ini beliau cuba sabitkan kesalahan semasa kempen Basikal yang dilakukan oleh JERIT & PSM . Kini beliau telah melaksanakan niat jahat dengan membuat penahanan tanpa bicara.
PSM membuat aduan polis ini dan mempertanggungjawabkan KDN, KPN dan Timbalannya, andaikata enam orang tahanan dibawah EO dicederakan atau nyawa mereka terancam.
Sumber: Wasiat Pejuang
No comments:
Post a Comment