Tuesday, July 19, 2011

Kalau tak melutut kepada MCA, kenapa dulu UMNO tak buat?


JAWAB UMNO... JAWAB!!!

Oleh: Tok Senapi


Enakmen Hiburan di Kedah yang tidak benarkan operasi pusat hiburan di bulan Ramadhan diluluskan di zaman BN tahun 1997 dan diwartakan pada Februari 1998. Daripada tarikh tersebut sehingga tumbangnya BN pada 2008 (10 tahun) tidak ada satu bulan Ramadhan pun kerajaan BN kuatkuasakan enakmen tersebut. Mengapa ia tidak dilaksanakan? Adakah kerana mereka takut dan terus melutut kepada MCA? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)

Sekarang kerajaan PAS hanya mahu menguatkuasakan saja undang-undang yang telah dibuat tetapi dengan beberapa pindaan. Antaranya peraturan tersebut dikuatkuasakan untuk Muslim sahaja, berbanding peraturan dibuat BN dulu yang mahu menguatkuasakan untuk semua, termasuk bukan Muslim.

Sekarang UMNO mengecam PAS kerana kononnya takutkan masyarakat bukan Islam, soalnya bolehkah peraturan Islam dipaksakan terhadap bukan Muslim? Nak paksa mereka tutup aurat, jangan minum arak, jangan sembah tokkong, jangan main judi... bolehkah? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)

UMNO persoalkan sejauhmana penguatkuasaan terhadap umat Islam supaya tak masuk pusat hiburan boleh dilakukan? Penguatkuasaan melalui dua cara: pertama kalau ada sorang pun orang Islam dibenarkan masuk oleh pengusaha maka lesen akan ditarik, jadi terpulang kepada pengusaha kalau dia mahu terus berniaga sekat orang Islam masuk ke situ. Keduanya di samping penguatkuasaan oleh pejabat daerah, sapa-sapa pun boleh pi buat report kat pejabat agama jika ada orang Islam masuk. Tindakan tidak boleh diambil terhadap orang Islam yang masuk tetapi pengusaha pusat hiburan.

Tak apa itu penguatkuasaan cara kita, nak tanya balik sepanjang 10 tahun zaman BN dulu tak kuatkuasakan enakmen tu... macam mana pula caranya depa halang orang Islam masuk pusat hiburan bulan Ramadhan? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)

Soalan maut terakhir ialah, UMNO dok kecoh-kecoh sangat bantah pusat hiburan tu... adakah jika UMNO kembali berkuasa di Kedah maka mereka akan laksanakan peraturan tutup terus pusat hiburan tak kira pengusaha bukan Muslim dan pelanggan bukan Muslim? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)


Sumber: KedahLa

No comments:

Post a Comment