Wednesday, May 11, 2011

Ayatullah Sofi Gulpaighani: Al Saud melakukan antara jenayah kemanusiaan paling kejam.


Al Saud yang mengaku khadam Haramain, namun keadaan warga Bahrain menunjukkan Al Saud melakukan antara jenayah kemanusiaan paling kejam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menjelang ulang tahun Syahadah Fathimah Az-Zahra, Ayatullah al-Uzma Sofi Gulpaighani dalam forum Fatimi telah mengecam pembunuhan warga Bahrain yang dilakukan oleh Rejim Al Saud. Beliau berkata, "Al Saud yang dilindungi oleh Amerika telah menyerang Syiah Bahrain, ini merupakan antara jenayah kemanusiaan paling kejam".

Beliau sambil menceritakan kisah menyayat hati pembunuhan rakyat Bahrain menegaskan, "Keadaan di Bahrain adalah musibah yang besar, aksi-aksi keji dan mengerikan ini biasanya terjadi terhadap mereka yang terawal dalam pengaruh kewujudan Imam Zaman (a.j).

"Sekarang ini, belum ada musibah yang lebih besar berbanding musibah pembunuhan Syiah Bahrain serta musibah jenayah Al Saud dan Al Khalifah".

Guru vateran Hawzah Ilmiyah Qom ini mendedahkan pembohongan Al Saud yang membela Al Khalifah menegaskan, "Al Saud adalah jentera yang dirintis Inggeris, sekarang mereka membunuh warga Bahrain sambil disokong oleh Amerika".

No comments:

Post a Comment