Friday, March 30, 2012

UMNO rayu bantuan tuannya Zionis Israel.. ni dia bukti, nak kata apa lagi





Tuan rumah sidang gas dunia, M’sia rayu Israel

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 29 Mac: PKR mendedahkan bahawa Umno BN memohon bantuan dari Israel sewaktu melobi untuk menjadi tuan rumah Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung pada 4 hingga 8 Jun depan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendekatan merayu bantuan Israel itu turut mendapat restu dan nasihat Wisma Putra.

"Keadilan mempunyai bukti yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara malaysia dan Israel sedang ia menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. (Gambar Suara Keadilan)

Beliau turut menunjukkan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa.

Penganjuran persidangan itu, kata Saifuddin dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh Petronas dan dinasihati mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Persidangan itu adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh negara.

Justeru, Saifuddin mendesak Wisma Putra dan Tun Mahathir menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara itu kerana ia bertentangan dengan solidariti rakyat malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin.

"Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomat menentik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Sumber: Kedah La

Komen Lim Guan Eng..atas Temberang UMNO MamakLayu Penang..

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 29.3.2012
Tidak Akan Komen Mengenai Fitnah Pemuda UMNO Pulau Pinang Yang Berulang-Ulang Tetapi Akan Mengambil Tindakan Mahkamah Untuk Mencegah UMNO, Utusan Malaysia Dan Akhbar-Akhbar Lain Daripada Mengapi-Apikan Sentimen Perkauman Dan Agama Untuk Melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang.
Saya tidak akan memberi komen mengenai fitnah Pemuda UMNO Pulau Pinang yang berulang-ulang tetapi akan mengambil tindakan mahkamah untuk mencegah UMNO, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar lain daripada mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama untuk melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang. Saya telah cuba untuk sabar apabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid.
Utusan Malaysia telah menyiarkan kata-kata tidak beradab yang menyerang saya dengan fitnah bahawa saya telah menggadai tanah masjid. Ini bukan kali pertama UMNO membuat dakwaan fitnah terhadap saya. Sebelum ini, Shaik Hussein dengan pemimpin-pemimpin UMNO lain telah menyerang saya dengan fitnah bahawa saya tidak menjual tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara melalui tender terbuka. Beliau terus memfitnah demikian walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak pemaju sudah mengemukakan bukti bahawa tanah tersebut telah dijual melalui tender terbuka.
Shaik telah meneruskan fitnahnya dengan menuduh bahawa saya menyatakan tidak perlu sokongan kaum India. Apabila fitnahnya dibuktikan salah, Shaik bukan sahaja enggan memohon maaf seperti yang dijanjikan tetapi beralih kepada fitnah lain bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid. Fitnah kali ini sangat bahaya kerana ia menyentuh sentimen agama dan bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Islam terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam.
Apabila tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara telah dijual melalui tender terbuka, geran tanah tidak dipecah sempadan tetapi dijual secara menyeluruh. Pihak pemaju hanya akan memecah sempadan geran selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP untuk kelulusan. Apabila pelan baru dan pemecahan sempadan geran belum lagi dibuat, bagaimana UMNO boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan? UMNO mesti ingat bahawa syarat-syarat biasa untuk sekolah dan tempat-tempat beribadat seperti surau atau masjid yang diwajibkan oleh pihak berkuasa tempatan semestinya akan termasuk dalam apa-apa projek pembangunan.
UMNO hanya boleh mengatakan bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan jika pelan baru oleh pemaju telah diluluskan oleh MPPP tanpa ada tanah masjid atau sekolah. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegang kepada prinsip asas untuk TIDAK membenarkan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atau Buddhist untuk hilang begitu sahaja.
Dengan mengulangi fitnah dan mengapi-apikan ketegangan kaum dan agama, UMNO ingin menimbulkan kebencian perkauman dan agama terhadap saya sebagai Ketua Menteri dan juga Kerajaan Negeri PR. Fitnah yang berasaskan kepalsuan ini terhadap seorang bukan Melayu dan bukan Islam menunjukkan bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang bertujuan untuk menipu rakyat untuk mengundi parti-parti perkauman ekstrim BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
 
Sumber: Bijan

Wednesday, March 28, 2012

Nak Tanya Bang Najib.. Ini Fakta @ Auta..??


 Anak perempuan Tan Sri Abu Taib, Nor Anita Abu Taib 680,334 saham dalam Genting     Berhad.


Yayasan Noah Memegang  saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad.  Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammudin.

Sport Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, Tun Dr Mahathir Mohamad Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Sri Tengku Adnan Mansor, memegang 3.5 juta saham dalam Sports Toto melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees.

Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn. Berhad, Tan Sri Khir Johari memiliki saham sebanyak 40,843 dan 6,666 saham dalam Magnum 4D.

Bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Mohamed Al Amin Al Haj memiliki 1,900,000 saham magnum.

Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman memiliki 1,666,666 saham magnum.

Sumber: KedahLanie. info



Orang Asli nafi Kelantan rampas tanah

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR, 27 Mac:Masyarakat Orang Asli Kelantan hari ini melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan pihak tertentu yang menuduh kerajaan negeri pimpinan PAS telah merampas tanah mereka sedangkan ianya sama-sekali tidak berlaku.

Sekumpulan 10 orang mereka yang hadir ke Parlimen hari ini menafikan tuduhan tersebut malah menganggapnya sebagai fitnah didalangi pihak berkepentingan.

Malah kata wakil Orang Asli Kelantan Ajom Alang, Kerajaan Kelantan yang diterajui PASlah satu-satunya kerajaan negeri yang berusaha untuk memberi hak milik tanah kepada mereka.

"Bermacam-macam tomahan dan tuduhan fitnah bahawanya kerajaan negeri di bawah YAB Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz) merampas tanah-tanah Orang Asli.

"Fitnah itu tak betul, sebenarnya kerajaan negeri pimpinan tuan guru pada hakikatnya telah meluluskan dan mewartakan tanah-tanah itu untuk memberi hak milik kepada sebahagian masyarakat Orang Asli di Gua Musang," katanya pada sidang media di lobi parlimen (gambar).

Turut serta pada sidang media itu Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Mohammad Husin (Pasir Putih) Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh).

Sebelum ini, banyak pihak termasuk Umno Kelantan menuduh kerajaan negeri yang diterajui PAS merampas tanah daripada Orang Asli Hulu Kelantan untuk tujuan pembangunan.

Ianya termasuk tanah Orang Asli di Sendrop dan Blau.

Kerajaan negeri bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan mendakwa tanah yang dibangunkan di kawasan itu adalah milik kerajaan.

Menurut Ajom lagi, di Kelantan tidak ada tanah adat untuk Orang Asli mahupun tanah wilayah, cuma yang ada adalah tanah yang mahu digazet untuk Orang Asli pada zaman BN yang tidak selesai-selesai.

Maka katanya, tidak timbul langsung soal kerajaan negeri merampas tanah mereka.

"Zaman BN dulu mana ada org asli dapat hak milik. Adakah sekarang ini di negeri-negeri BN Orang Asli dapat hak milik? Saya rasa belum ada," katanya.

Beliau turut menyelar pihak tertentu yang mempengaruhi Orang Asli untuk berdemonstrasi Januari lalu bagi membantah kerajaan negeri yang mahu membangunkan projek Ladang Rakyat di tanah-tanah Hulu Kelantan.

Malah kata mereka, Orang Asli sangat-sangat mengalukan Projek Ladang Rakyat dibuat kerana mereka akan mendapat banyak kebaikan dari projek itu.

Selain kebaikan dari sudut ekonomi mereka, projek itu juga akan mebawa kepada pembukaan jalan yang bekal memudahkan mereka.

"Saya rasa ini (demonstrasi) bukan tindakan Orang Asli sendiri tapi kemungkinan ada konco-konco lain dari belakang yang menghasut Orang Asli bertindak liar. Kita dari dulu lagi tak pernah demonstrasi bantah kerajaan negeri.

"Bahkan kita sebenarnya merayu kepada kerajaan negeri supaya selesaikan segera masalah tanah bagi membuktikan Kelantan negeri yang pertama berusaha memberi hak milik kepada Orang Asli di Malaysia," katanya.

Sunday, March 25, 2012

Lama dah tak layan Kedah Times, sekali sekala layan syok jugak...



Pulun putag belit kenyataan TG Nik Aziz pasai isu Yahudi

Oleh: Saiburi Sudin

SS agak lama tak melayan blog UMNO pro Mukhriz iaitu Kedah Times. Antara sebabnya ialah posting yang dibuat macam orang terencat akai, merapu meraban tak sudah-sudah. Paling boring SS nak baca (sekadar tengok tajuk jer) ialah isu Anwar. Tiap2 hari mesti ada 4,5 fitnah terbaru terhadap Anwar sampai orang ramai tengok pun macam tengok kapai terbang lalu ataih langit. Yeelah kalau tahun 30an dulu (tok nenek kita dok citer) tengok kapai terbang pakat lari masuk dalam rumah, sebab terkejut tak biasa. Laa ni tara apa-apa dah, sebab tiap2 hari dok tengok. Macamlah isu Anwar, hangpa bangkitlah isu apa pun terhadap dia laa ni rakyat buat tak peduli dah sebab tahu itu itu semua propaganda BN.

Tapi bila SS terbaca fitnah dibuat terhadap Tok Guru Nik Aziz, maka adalah sikit rasa mau layan.. Mai kita baca fitnah Kedah Times terhadap tok guru dan SS jawab terus persoalan dibangkitkan:


"Kerjasama dan berurus niaga dengan golongan Yahudi tidak diharamkan dalam Islam selagi mereka tidak ada agenda jahat". Itu kata Nik Aziz. Kedah Times tidak boleh bayangkan jika DS Najib yang mengeluarkan kata-kata sebegitu. Sudah tentu puak-puak PAS tuduh DS Najib sokong Yahudi/Israel/Zionis.

SS: Najib tak payah kata pun memang ternyata Najib, UMNO, BN bersama Israel dah lama dah. Buktinya berdagang dengan syarikat dari negara Zionis Israel, 'sedekah' duit rakyat RM77 juta dekat syarikat Yahudi APCO untuk pulih imejnya, sumbat Mahfuz, Salahudin dan Amjal dalam penjara kerana menentang Israel - adalah antara bukti BN bersama Yahudi/Israel/Zionis.


1. Sudah tentu Nik Aziz tidak rujuk kepada Yahudi yang dulu yang dah lama meninggalkan kita. Nak berurus niaga apa dengan Yahudi yang telah tiada. Jadi Yahudi yang tinggal di Israel lah maksud Nik Aziz.

SS: Tengok! Kedah Times tolong bagi maksud isi hati Tok Guru Nik Aziz sedangkan Tok Guru tidak bermaksud macam tu pun. Apa punya busuk ati perot UMNO ni suka buat fitnah. Pengetahuan amnya KT pun dangkal, dia ingat semua Yahudi ada kat Israel saja, berlambak2 lagi Yahudi yang ada seluruh dunia ni. Haram hukumnya kerjasama dengan Yahudi yang ada agenda jahat, tak kiralah di mana mereka berada pun.

2. Hampir 99.98% Yahudi yang tinggal di Israel adalah mereka yang mendokong dan menyokong Israel dan Zionis yang membentuk Israel. Hanya segelintir Yahudi Orthodoks saja yang tidak mengiktiraf Israel. Terlalu sedikit berbanding dengan yang menyokong kewujudan Israel.

SS: Jika demikian, maka haramlah berurusan dengan 99.98% Yahudi yang tinggal di Israel. Kenyataan tok guru Nik Aziz sangat jelas orang yang terencat akal macam KT saja yang sukar nak faham.


3. Sudah tentu yang menyokong Israel itu menyokong agenda jahat Zionist.

SS: Sudah tentu! Sebab tu tok guru tak setuju dengan sapa2 yang menyokong Israel.

4. Jadi apa yang Nik Aziz cuba katak disini? Berurus niaga dan bekerjasama dengan Yahudi yang sudah tidak wujud?

SS: Andaikata semua Yahudi dalam dunia ini adalah Zionis atau 'ada agenda jahat' maka haramlah kerjasama dengan mereka! Tok guru tak pernah sebut pun: halal kerjasama apabila Yahudi 'yang tidak berniat jahat' sudah tiada.. Contoh senang saja. Ulamak kata, halal atau boleh makan ikan yang tidak beracun, tiba2 dlm dunia ni semua ikan beracun. Jawabnya toksah dok makan laa ikan. Berlambak lagi makanan lain yang ada dalam dunia ni boleh dimakan, dok kalut nak metekedarah ikan beracun tu jugak buat apa? Ish ishh awat laa hang bengap sangat, SRP dulu dapat berapa BM?


5. Atau Nik Aziz hanya nak mempertahankan kata-kata Hadi Awang yang bekerjasama dengan Yahudi adalah dibolehkan tetapi dalam perkataan yang lebih membawa kesalahafahaman pengikut mereka. Apabila pengikut mereka dengar ianya boleh membawa maksud yang Nik Aziz maksudkan ialah bukan Yahudi yang wujud sekarang di Israel.

SS: Tak salah faham tang mana aihh, maksudnya dua-dua tok guru jelas, KT saja yang nak kelirukan orang untuk cari untuk politik UMNO yang dah nak mampus tu.


6. Nik Aziz cuba bermain dengan perkataan-perkataan yang melihatkan PAS tidak sokong Yahudi yang wujud di Israel sekarang, sebaliknya ayat-ayatnya bermaksud mempertahankan statement yang dikeluarkan Hadi Awang mengenai Israel. Dan secara otomatik mempertahankan kata-kata Anwar pada temuramah WSJ.

SS: Kata-kata Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi Awang jelas menolak negara haram Israel dan menolak apa-apa kerjasama dengan Yahudi yang berada di Israel kerana mereka adalah Zionis. Mereka tidak pernah pertahan Anwar yang sedia iktiraf kewujudan Israel jika Israel iktiraf kewujudan negara Palestin yang asal. PAS tegas dengan prinsip bahawa sekalipun Israel iktiraf Palestin, negara Israel tetap haram sebab ia diwujudkan atas tanah Palestin yang dirampas, serta mereka merampas Masjidil Aqsa! Anwar berpegang dengan prinsip yang dipelajarinya sewaktu dalam UMNO dulu, berhubung isu Israel. Kena baca Harakah lidah rasmi PAS, bukan Utusan Meloya akhbar pemfitnah dan pemutarbelit.


Nik Aziz yang pemutarbelit dan hipokrit!

SS: Saya tak mau kata KT pemutarbelit dan hipokrit.. tapi KT akai kurang, bengap, dia sendiri tak paham apa dia tulis, bodoh, baghal, kelabu asap...!!!

Sumber: Kedah La

Wanita Umno Berpecah Kepada Dua Kumpulan Tudung Inggeris Dengan Tudung Arab


Gelora yang melanda wanita Umno hari memberi suasana yang tidak kondusif kepada UBN amnya dan Najib Razak khasnya. Adalah satu kesilapan besar... umpama menyimpan kudis yang akan menjadi barah kalau Umno atau Najib menolak hakikat wanita Umno kini berpecah kepada dua puak; puak menyokong Shariat Abdul Jalil dan yang tidak menyokong yang dilambangkan oleh naibnya, Kamalia Ibrahim.

Kalau tidak berpecah dua dan wanita Umno dalam keadaan keliru, tidak mungkin diadakan himpunan wanita Umno semalam untuk memberi 'pencerahan' terhadap beberapa isu yang timbul. Pencerahan itu bererti ada ruang-raung temaram dan gelap di dalam wanita Umno pada masa ini yang perlu dibersihkan. Keadaan kini tidak wajar berlaku dan sesuatu menyedih lagi menakut kerana ia menjelang pilihan raya.

Wanita adalah agen terpenting dalam Umno. Wanita menjadi tenaga utama dalam jentera Umno kerana kesungguhan dan keseriusan mereka setengahnya sehingga ada melupai suami dan anak-anak dalam berkerja untuk kemenangan Umno. Apabila fraksi itu sudah berpecah dan tidak sekata ia memarahkan Umno.

Selepas majlis semalam diadakan pula sidang akhbar untuk kesemua pihak terkhusus Sharizat dan Kamalia membuat penjelasan. Sharizat cuba menunjukkan akan dirinya tidak berubah walaupun dia sudah pasti tidak akan menjadi menteri selepas ini. Jaminan Najib agar wanita bersama Sharizat juga memberi kekuatan kepadanya dan eksploit olehnya kononnya ia masih ada sokongan. Tetapi apa guna kekuatan kalau jawatan tidak ada. Dalam Umno jawatan mengatasi segala-galanya. Seseorang itu menjadi kuat, disayangi dan dihormati kerana adanya jawatan.

Sidang akhbar itu banyak disuluh dan ditumpukan kepada Kamalia sebab Kamalia yang menonjol dalam mengkritik dan tidak senang dengan Sharizat ekoran terpalit tahi lembu cair dari lembu gembuk milik suaminya.

Kamalia tidak senang dengan isu itu. Pengumuman Sharizat untuk berundur dari kabinet dilihat sebagai tidak menyelesaikan masalah atau kemelut dalam wanita Umno kerana pengundur itu bukan ikhlas dan suci. Ia dibuat Sharizat setelah beliau terhidu yang kouta senatornya yang tamat 8 April tidak akan disambung lagi. Bagi Kamalia keikhlasan Sharizat boleh diterima kalau beliau berundur sekarang.

Mengenang saya nampak Kamalia ikhlas dan bukan dia berbuat untuk mendapat sesuatu. Beliau bimbang kerana isu projek lembu gemuk (NFC) akan memakan Umno. Lagi pun isu lembu gemuk menyulitkan untuk wanita bergerak kerana mereka turut dipalitkan sama apabila ketua mereka Sharizat ditengok terlibat.

"Hari ini kami (wanita Umno) dipanggil lembu," demikian kata Kamalia dipetik dari satu laporan protol. Jadi untuk melincinkan tugasan wanita maka bau hampak lembu hendaklah dibuang dari wanita Umno. Kamalia merasakan bahawa projek lembu gemuk turut terpalit ke kelubung merah dia sendiri dan wanita lain juga. Desakan itu pastinya demi menjaga maruah wanita Umno seluruhnya.

Alasan Kamalia itu memang betul dan tepat. Apa yang menimpa Sharizat itu seolah-olah setitik nilai yang jatuh ke dalam susu sebelanga. Maka walaupun dia tahu penyokong setia Sharizat akan marah kepadanya, tetapi demi tanggungjawab dan amanah parti dia terpaksa cakapkan juga tanpa memperdulikan suara cemuha sang setia Sharizat.

Gara-gara isu dialami Sharizat menyebabkan timbul suasana berbelah bagi dalam wanita Umno. Ada bersetuju kalau Sharizat bukan saja melepas jawatan menteri tetapi jawatan ketua wanita juga. Mereka yang selama ini bergantung hidup mendapat ehsan dari kedudukan Sharizat sebagai menteri akan menyokong habis-habisan. Manakala yang benar-benar menjaga nama baik dan maruah parti bersetuju dengan saranan Kamalia itu.

Media massa tidak cuba highligt keadaan ini dan cuba diselindungkan perbalahan itu. Namun apa yang wujud dihati tidak dapat disembunyikan. Di dalam lensa kemera dan gambar-gambar dipaparkan menjelaskan bahawa tidak ada gambar Kamalia bersama Sharizat. Tidak ada propaganda kemesraan di antara mereka berdua. Ketiadaan gambar ini menunjukkan kedua pihak sedang berperang. Sebelum ini pun perang dingin keduanya sudah berlaku. Perkara paling jelas perwatakan, peribadi dan pemikiran keduanya jauh berbeza.

Umum sudah tahu mereka tidak dari satu rahim pemikiran. Usah melihat jauh, tenguk sahaja kepada bentuk tudung yang mereka pakai sudah menjelaskan perbezaan itu. Sharizat pakai tudung stail Inggeris manakala Kamalia memakai tuduh stail Arab. Tudung Sharizat nampak ekor lembu di dahi manakala tudung Kamalia menutup rambut dan aurad.

Pakaian dan syaksiah mereka menunjukkan perbezaan dan keperibadian ini. Pakaian juga tercermin dalam wanita seluruhnya. Mana-mana wanita yang bertudung Inggeris adalah penyokong Sharizat manakala yang bertudung Arab adalah penyokong Kamalia.

Apa yang tercermin dari keperbadian dan fesyen ini ia tidak boleh dibohongi. Pakaian mencerminkan apa yang terlindung di dalam. Besar atau leper di dalam akan digambar menerusi pakaian!

Dalam melihat perbalahan di antara Sharizat dengan Kamalia ini ia tidakakan reda walaupun ia diminta oleh Najib. Sama ia akan menjejaskan persiapan Umno untuk menghadapi pilihan raya atau tidak, tetapi yang nyata dalam pertandingan akan datang ada perebutan hangat dalam pergerakan wanita sayap kiri Umno. Perang itu juga sedikit sebanyak akan menjejaskan Umno menghadapi pilihan raya. [wm.kl.10:10 25/03/12]

Sumber: msomelayu

Tuesday, March 20, 2012

Selepas 20 tahun masih mengeluarkan radiasi


IPOH, 20 Mac: Walaupun sudah 20 tahun ditutup, tapak kilang memproses nadir bumi di Bukit Merah masih mengeluarkan sinaran radioaktif merbahaya dan melebihi paras selamat yang sepatutnya.


(Ini dia bacaannya...selepas 20 tahun masih bahaya)

Gabungan aktivis anti-Lynas, Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) ketika berkunjung ke tapak kilang yang ditutup sejak 1992 itu baru-baru ini mendapati, tahap radioaktif di kawasan tapak itu melebihi tahap selamat yang ditetapkan iaitu 1 Bq/g setahun.

Ketika menguji sampel tanah yang diambil di hadapan pintu pagar kilang itu, pasukan pengkaji SMSL meperoleh beberapa bacaan dan paling tinggi 0.191 micronSievert untuk 24 jam atau pada kadar 1.7 Bq/g setahun iaitu lebih 0.7 Bq/g berbanding tahap selamat.

"Bayangkan tapak ini sudah 20 tahun ditinggalkan, malah didakwa tanahnya sudah dikorek 8 meter dan dibuang ketempat lain, tapi sinaran radioaktifnya masih merbahaya kepada mereka yang tinggal di sekitar sini.

"Bayangkan potensi ancaman di Gebeng, Kuantan jika di sana keluasan tapaknya adalah 10 kali ganda dari Bukit Merah ini," kata Pengerusi SMSL Tan Bun Teat.

Sabtu lalu, kumpulan 50 aktivis anti-Lynas dari Kuantan mengadakan lawatan sehari ke tapak kilang dan tapak pembuangan sisa kilang nadir bumi di Bukit Merah di sini.

Selain melawat tapak mereka turut bertemu penduduk di situ bagi mendapat pandangan dan maklum balas berhubung isu itu yang pernah menghantui penduduk sekitar di situ.



(Anggota rombongan bergambar dengan sempel tanah yang diambil di Bukit Merah)

Kilang ini telah ditutup 20 tahun lalu hasil bantahan penduduk dan keputusan mahkamah. Namun kes itu tersangkut di Mahkamah Persetuan sehingga sekarang.

Difahamkan selepas kilang Lynas Advance Material Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang mula beroperasi ianya akan menjana sisa dalam kuantiti yang banyak ke perkarangan kilang dalam pelbagai bentuk.

Ianya termasuk Flue gas desulfurization Residue (FGD), Neutralization Underflow Solid (NUF), Water Leach Purification Solid (WLP) dan lain-lain.

Kebanyakan daripada bahan-bahan beradioaktif (Torium (Th-232) dan Uranium (U-238)) akan disalurkan ke saluran sisa tunggal yang dipanggil WLP dengan jumlah kadar radioaktiviti 62.3 Bq/g.

Selain itu, 64.000 tan sisa WLP akan dijana setiap tahun, bersamaan dengan saiz 63 kolam renang Olimpik dan sisa-sisa berkenaan mengandungi 106 tan Torium dan 5.6 tan Uranium.

"Kalau orang kata kilang LAMP di Gebeng ini selamat, saya cabar mereka itu datang di kawasan kilang (nadir bumi) di Bukit Merah ini dan tinggal di sini beberapa tahun," tegas Bun Teat.

Harakahdaily

PHAHROLRAZI SILA TUTUP MULUT



Sudah-sudahlah tu Phahrolrazi SILA TUTUP MULUT. Jangan dok beri peluru dekat musuh. Jangan buat lagi kenyataan akhbar yang memberikan keuntungan kepada BN. Takkan hang tidak faham politik.........
Berita Hairan menyiarkan kenyataan Phahrolrazi yang menuduh Dewan Pemuda Kedah cuba menggulingkan beliau dan Dr Ismail Salleh dari kepimpinan PAS Kedah.
Hal-hal dalam kelambu, suami isteri sebegini jangan dibongkar dan diceritakan kepada orang lain malah kepada masyarakat umum. Tambah lagi buat kenyataan media di media massa musuh ........punah.
Takkan dengan budak-budak pun hang hendak bergaduh.....kalau nak bergaduh juga bergaduhlah dalam kelambu jangan bergaduh di 'Pekan Rabu' malulah kat orang. Macam laki bini bergaduh ditengah-tengah pasar malam kan malu ...........itu pun tak reti ke.
Hari ini media melaporkan bahawa Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah itu mendakwa bahawa Dewan Pemuda PAS Kedah yang didalangi pihak ketiga cuba menggulingkan beliau dan dan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Dr Ismail Salleh daripada barisan kepemimpinan PAS negeri itu.

Akhbar Berita Harian memetik beliau sebagai berkata, usul untuk merombak semula Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Kedah itu dibawa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahya.

“Saya fikir Dewan Pemuda PAS tidak memahami apa yang berlaku dalam isu ini dan saya juga berasakan tidak semua pemimpin kawasan yang benar-benar faham. Usul ini dibawa hasil perancangan pihak ketiga yang mahu ia berlaku,” katanya dipetik akhbar berkaitan Umno itu.

NONEMenurut Phahrolrazi, beliau juga menyanjung tinggi sikap ditunjukkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mahu supaya jawatannya dan Dr Ismail dalam PAS Kedah dikekalkan.

Beliau menyifatkan, menteri besar sebagai seorang pemimpin berjiwa besar kerana menolak desakan itu dan sanggup menerima perbezaan pendapat.

“Bagi saya Menteri Besar berjiwa besar kerana isu ini berlaku atas perbezaan pendapat antara saya dan beliau dalam soal pentadbiran negeri ini, bukan hal peribadi,” katanya lagi kepada Berita Harian

Saturday, March 17, 2012

Ceramah PAS di Pekan disambut gangguan dan provokasi



Khairil Abd. Rahim






(Orang ramai yang memenuhi program ceramah PAS di Pekan)

PEKAN, 17 Mac: Provokasi Umno dengan mengadakan ceramah bersebelahan ceramah PAS dan perbuatan memekik-melolong tidak sepatutnya berlaku di kawasan yang diketuai Presiden Umno yang juga Perdana Menteri jika penyokong parti itu berpolitik dengan matang.

Malangnya setelah pelbagai slogan dilaungkan seperti transformasi, wasatiyah dan rakyat didahulukan cara berpolitik kuno juga menjadi pilihan konco-konco Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

Serentak dengan itu, PAS Pahang melahirkan rasa kesal, kecewa dan tidak puas hati yang tidak terhingga dengan kejadian gangguan ceramah di Sungai Miang di sini kelmarin yang melibatkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Turut berceramah ialah bekas Adun (BN) Pulau Manis yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Pekan Datuk Mohd Ariff Sabri, bekas bloger Umno Aspan Alias dan Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan Ustaz Abu Kasim Manaf.

(Antara yang membuat kacau di majlis ceramah PAS)

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad yang turut berada di pentas ceramah berkata, bukan sahaja ceramah Umno dibuat saat akhir dalam jarak tidak sampai 100 meter dari lokasi ceramah PAS, pembesar suara pula dihalakan dengan kuat walaupun ceramah mereka tidak ramai yang hadir.

“Malah sekumpulan pemuda Umno yang diketuai timbalan ketua pemudanya sendiri memekik dan melolong macam orang gila dan disampuk hantu mengganggu ceramah Mat Sabu.

“Lebih mengecewakan kami, pihak polis yang sepatutnya bertindak menjaga keamanan hanya melihat aksi provokasi melampau itu seolah-olah mahu melihat pergaduhan sesama Melayu pada malam itu,” ujarnya kesal.

Tambah Suhaimi, pihak keselamatan sepatutnya bertindak profesional dan mesti berani bertindak demi keamanan, bukan dilihat "takut" apabila berhadapan dengan samseng Umno.

Serentak dengan itu, Suhaimi berkata PAS Pahang akan menghantar surat bantahan mengenai perangai Umno dan pasukan polis Pekan kepada Perdana Menteri dan menteri berkaitan dalam masa terdekat ini.

(Ceramah Umno yang kosong tetapi pembesar suara dipasang secara maksima)

“PAS Pahang juga memuji penyokong Pakatan Rakyat dan Unit Amal yang dilihat tenang berhadapan dengan provokasi itu dan mujurlah tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

“PAS beranggapan gangguan ini hasil daripada ketakutan Umno yang sarat dengan masalah dan rasuah sehingga amat takut apabila mahu dibuat pendedahan walaupun mereka sudah menguasai media cetak dan elektronik.

“Jadi gangguan dan provokasi melampau ini berlaku kerana Umno Pekan dilihat semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa sebab kalau Umno cukup kuat di Pekan apa perlunya ceramah PAS diganggu,” jelasnya.

sementara itu seorang ahli PAS Pekan yang dikenali sebagai Rahim, berpendapat sudah sampai masanya pimpinan tertinggi PAS Pahang bertemu dengan pemimpin Umno negeri ini bagi membincangkan supaya tidak akan terjadi lagi gangguan yang sedemikian rupa kerana boleh mendatangkan kesan yang amat negatif kepada demokrasi dan keharmonian penduduk setempat.

Tambahnya, cukuplah Umno Melaka yang suka mengganggu ceramah PAS dan kejelekan itu tidak sepatutnya berlaku di negeri ini dengan berpolitik secara matang apatah lagi di kawasan Perdana Menteri.

Bulan lalu ceramah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di Felda Lepar, Kuantan kecoh setelah diserbu oleh samseng Umno tempatan sehingga hampir mencederakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Sebelum itu beberapa ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pahang turut diganggu oleh penceramah Umno Umi Hafilda Ali.  - Harakah


Mursyidul Am lawat Sabah

Harakahdaily   


TAWAU, 17 Mac: Setelah sekian lama tidak mengunjungi Negeri Sabah, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat akan datang ke negeri di bawah Bayu dan mengikuti beberapa program di negeri ini.

Antaranya yang diatur oleh PAS Kawasan Tawau dan Persatuan Anak Kelantan Perantaun Malaysia (Perakan).

Tuan Guru dan rombongan dijangka tiba pada 17 Mac 2012 jam 2.30 petang di Tawau.

Beliau dan rombongan kemudian akan mengikuti beberapa program yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Tawau dan Perakan Tawau.

Pada pukul 4.30 petang Hi-tea bersama Datuk Abd Fatah Mahmood dan Pemangku Presiden Perakan Malaysia di Kawasan Ranggu Batu Lapan Tawau yang dianjurkan oleh Pas Cawangan Ranggu.

Sebelah Malam pula, Tuan Guru akan menyampaikan Kuliah Maghrib di Masjid Quba Taman Wawasan sempena program Ramah Mesra Bersama Ulamak.

Dijangka ribuan akan mendengar kuliah magrib yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Seusai program ramah mesra bersama ulamak, Tuan Guru akan menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Pimpinan Pas Kawasan Tawau, Pas Kawasan Kalabakan, Perakan Tawau dan Masyarakat Tawau yang akan diadakan di Hotel Emas Tawau.

Tuan Guru akan menyampaikan ceramah bersama Exco Belia, Sukan dan Ngo Kelantan Datuk Abd Fatah Mahmood dan Pemangku Presiden Perakan Malaysia.

Keesokan harinya Tuan Guru akan menyampaikan tazkirah subuh di Masjid Tawau dan akan bertolak ke Kota Kinabalu pada pukul 7.00 pagi.

Friday, March 16, 2012

Mat Zain sedia beri keterangan terhadap AG, Musa

 
Musa adalah pegawai penyiasat dalam kes liwat I manakala Gani mengetuai pihak pendakwaan. Mat Zain merupakan pegawai penyiasat inside mata lebam.
Tekanan semakin meningkat terhadap perdana menteri supaya menubuhkansebuah tribunal bagi menyiasat dakwaan salahlaku terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Ini ekoran seorang lagi bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang salinannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini,  menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan jika tribunal itu ditubuhkan.

Katanya, terdapat cukup justifikasi untuk menubuhkan tribunal tersebut, sambil menambah bahawa perdana menteri boleh
dikaitkan dengan salahlaku jenayah, jika terus menyembunyikan salahlaku jenayah seseorang (yang telahpun berada dalam pengetahuannya).

Bukti yang dirujuk oleh Mat Zain ialah mengenai tingkahlaku Musa dan Gani dalam insiden 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Musa adalah pegawai penyiasat dalam kes liwat I manakala Gani mengetuai pihak pendakwaan. Mat Zain merupakan pegawai penyiasat insiden mata lebam itu.

Mat Zain, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, adalah bekas pegawai kanan polis kedua yang menggesa ditubuhkan tribunal untuk menyiasat Gani dan Musa.


Sumber: malaysiakini

Thursday, March 15, 2012

Berita Semasa Dari Kedah: Menjelang PRU13

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8xpQyroqYEJI1wKHyM1xNwwpVTx0CJJPS6CUbmmoOHzWtrvUYQ9rf1Rnhvh3zK8uaoRaQ0qO9wlZFvcPU0Qs46XZkAUuYu63K9WXfShOgK49mtJAMFnGVpY8O955QXhe8y6clI-yS/s1600/isu-exco-kedah-pas-kedah-azizan-phahrol-ismail.png
Sekarang musim cuti sekolah, kalau hangpa lajak mai ke Kedah jangan terkejut kalau tengok kat mana-mana daerah di Kedah sekarang ini gelap dengan bendera BN/UMNO. Bendera PAS pi mana habis? – entahlah mungkin depa tengah dok tunggu arahan dari Jawatankuasa Pemandu kot -bila nak bawa naik dan di mana nak pasang bendera-bendera itu?

Itulah keadaan PAS di Kedah sekarang ini. TG Haji Hadi pernah bermadah, kata dia Pilihanraya ini adalah umpamakan Peperangan – kalaulah PRU nak mai ini ibaratkan perang, maka ketahuilah apa yg kita dok nampak di Kedah ini orang-orang PAS dan penyokong-penyokong PAS macam dah hilang selera dah, macam dah tak berminat dah nak turun berperang.

Suka ka tak suka ka, krisis antara MB dan 2 org EXCO dia hari itu benar-benar memberi kesan. Saya sendiri ada menerima SMS daripada seorang sahabat, org kuat PAS cawangan yg mana waktu PRU dulu dialah yang jadi PANGLIMA kami, dialah yg susun bila nak pi tebang buluh, kat mana nak pacak bendera, tang mana nak boh poster, sapa kena jaga peti undi, sapa kena iring penceramah, tukang masak, jaga keselamatan dan sebagainya. Kali ini, dia SMS ringkas saja, dia tulis:

"PRU ni kalau umoq panjang turun mengundi je la...Itu pun kalau rajin...Malas dah nak pikiaq..Bye2 UPU (Unit Peti Undi), bye2 MTD (Majlis Tindakan DUN)”

Tergamam juga bila saya terima SMS ini, sebab ini suara hati orang kuat cawangan; dan PAS ni kalau hangpa nak tau rahsia dia: KUATnya PAS adalah kerana KUATnya org2 bawah kat cawangan ini. UMNO kuat sebab orang ATAS ada duit banyak boleh turun tabor duit mcm orang tabor baja kat bendang, tapi PAS kuatnya adalah kerana istiqamah dan kerja buat org2 bawah ini. Walaupun depa duduk di DUN yg bukan PAS bertanding, tapi depa tetap buat kerja sebab dok ingat arahan dari pucuk pimpinan. Jadi, kalau kat Cawangan ini dah patah, PAS tunggu masa saja nak tumbang kat Kawasan dan juga Negeri.

Nak habag katanya – kalau moral dan semangat org2 bawah ini tidak dibasuh dan dibakar semula, PRU13 ini Nampak jelas sangat kerajaan Kedah akan berubah PARTI.

Orang dok kata, Munir – hang dok kalut apa haih, orang-orang Cina sekarang ini depa anti-UMNO tahap gaban punya; insyaallah depa tetap bersama kita, tak dak masalah haih PAS terus kekal di Kedah.

Nak habag kat hangpa, saya dah buat survey merata; rata-rata org Cina yg saya temui berat rasanya kali ini depa nak terus sokong PAS di Kedah ini.

Nak tau pasal apa? – ini semua sebab kerja GILA MB dan EXCO dok pi berkelahi baru-baru ini.

Sebaik saja krisis itu meletus, saya ikut dengan penuh teliti berita-berita yg dipaparkan di Utusan Malaysia dan juga The STAR. Saya dah nampak, dan ada habag kat beberapa org sahabat hari tu, tapi tak sangka pula apa yg saya nampak itu menjadi kenyataan.

Saya Nampak UTUSAN dan The STAR dalam setiap laporannya mesti tak akan terlepas untuk menulis bahawa krisis ini adalah usaha kumpulan ANWARINAS (pro-Anwar) untuk menjatuhkan Azizan di Kedah; dan di setiap berita itu juga mereka tak akan lupa mengaitkan Azizan dengan Hassan Ali yg walaupun PAS tapi punya ideology yang tidak sehaluan dengan perjuangan PAKATAN di peringkat nasional.

Bagi org2 PAS piang, mereka jadi simpati dengan Azizan sekiranya benar PAS Kedah cuba diresapi oleh pengaruh PKR, tapi kerana majority org2 PAS adalah WALA (taat 1000%) kpd pimpinan, bila Pusat masuk tangan semuanya selesai mcm petik jari saja; tapi bagi org2 bukan Islam khususnya penyokong/pengundi Pakatan dari golongan Tionghua, mereka mula “buka mata”; membaca ulasan2 dalam the STAR menyebabkan mereka tanpa sedar telah “dibrain-washkan” bahawa AZIZAN itu Anti-Anwar, mengundi PAS di Kedah bermakna mengundi untuk AZIZAN, mengundi AZIZAN sama maknanya dengan mengundi untuk Anti-Anwar, anti-PAKATAN. Jadi, buat apa nak undi PAS?

Lantas itu, tidak hairanlah salah seorang sahabat saya berbangsa Cina pengundi Pakatan menyatakan secara terbuka bahawa beliau menyokong Pakatan tetapi kali ini tidak pasti sama ada akan mengundi PAKATAN di Kedah kerana faktor AZIZAN ini.

Secara terus-terang beliau menyatakan bahawa AZIZAN ini seperti HASSAN ALI. Kata beliau, kalaulah AZIZAN macam NIK AZIZ, lainlah sikit! (Ini semua angkara The STAR yg berjaya mem-brainwash mereka).

Sembang pi sembang mai, beliau cakap, jangan terkejut kalau di PRU kali ini orang-orang Cina akan melakukan apa yg pernah mereka lakukan di Penang sekitar tahun 1999/2003 dulu – PARLIMEN depa pangkah pembangkang (PAKATAN) tapi NEGERI depa bagi kat BN.

Masalahnya, jika PAS memilih untuk mengenepikan AZIZAN dlm PRU kali ini, maka perpecahan besar akan berlaku bukan saja di kalangan penyokong2 PAS tetapi juga akan terus menghakiskan saki baki kepercayaan yang masih ada di kalangan golongan atas pagar yang mengundi PAS pada tahun 2008 hari itu. Depa akan kata kita undi PAS bagi depa perintah Kedah, ada MB, satu penggal pun tak dan nak sudah.

Itulah Dilema PAS di Kedah hari ini. Kekal Azizan pun tak kena, Ketepikan Azizan pun tidak membantu juga. Semuanya angkara krisis dalaman yg tidak matang itu hari.

Lantas, persoalannya sekarang, dalam keadaan tersepit ini, dalam keadaan ditelan mati anak dan diluah mati bapa ini, apa yang PAS Kedah boleh lakukan sementara masih ada sebulan dua lagi menjelang PRU nak mai ini?

Kita merasakan satu-satu cara yang TERBAIK: sama ada suka ka tak suka ka - ketiga-tiga orang ini, Azizan Razak, Phahrorazi dan Dr Ismail kena berganding bahu; mereka tiga-tiga orang ini kena naik SATU PENTAS yang sama menjelajah seluruh negeri Kedah daripada Bandar Bharu Kulim sampai la ke Bukit Kayu Hitam, daripada Baling sampai lah ke Kuala Kedah sana; berjabat tangan pi habag kat rakyat yang masalah kecil ni dah selesai dan tak ada apa yang perlu dirisaukan.

Di samping itu MB sendiri kena jelaskan kepada pengundi2 bukan Islam yang turun mai dengar ceramah perdana itu nanti bahawa beliau Azizan Razak bukanlah Hassan Ali dan bukanlah anti Anwar anti Pakatan seperti yang digambarkan oleh The STAR.

Bayangkan jika ketiga-tiga orang Tokoh ini boleh naik satu pentas yg sama di setiap kawasan Parlimen di Kedah ini; katakan depa mai Stadium Keladi Kulim, sure jem jalan ke pekan Kulim. Kalau depa turun pi Baling, sure meriah Pekan Baling untuk satu hari itu, kalau depa mai Sg Petani lagilah jem Sg Petani yg sudah sedia jem ini. Nak habag kata, berduyun-duyun rakyat Kedah akan turun nak tau cerita sebenarnya daripada mulut depa bertiga ini.

Insyaallah kalau kena gayanya, pengundi2 Pakatan, pengundi2 atas pagar hatta pendokong2PAS yang merajuk dan patah semangat seperti sahabat saya yg hantar SMS itu tadi akan kembali bersama-sama dengan PAS dan PAKATAN seperti di bulan March tahun 2008 itu hari.

Ini cuma pendapat org bawah tukang pacak bendera saja ini, kalau tak terima pun tat pa, mai P.Raya ini pakat-pakatlah tunggu nak jadi apa.

Sumber: minda politik moniermatdin

Krisis Kedah & Kemelut Hassan: PAS harus salahkan diri sendiri

Dalam perkembangan terkini Azizan mempertikai peranan jawatankuasa pemandu yang menurut beliau tidak termaktub dalam Undang-Undang Kanun Negeri Kedah.

Kepimpinan PAS pusat harus menyalahkan diri sendiri dalam krisis kepimpinan PAS Kedah di antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Dato’ Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Ini kerana menurut Phahrolrazi dalam kenyataan terbuka dalam media minggu lepas, beliau menyatakan bahawa beliau pernah membangkitkan dan membawa masalah yang melanda pentadbiran kerajaan negeri Kedah membabitkan Azizan ke pengetahuan pemimpin PAS pusat.

Bagaimanapun menurut beliau tiada sebarang tindakan berkesan diambil dan beliau melahirkan rasa lega apabila akhirnya PAS pusat campur tangan dalam menyelesaikan kemelut tersebut dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa pemandu (steering committee).

Namun begitu, dalam perkembangan terkini Azizan mengeluarkan kenyataan mempertikai peranan jawatankuasa pemandu yang menurut beliau tidak termaktub dalam Undang-Undang Kanun Negeri Kedah.
Ini menunjukkan krisis di Kedah masih belum menemui jalan penyelesaian dan dijangka akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Azizan dilaporkan semakin uzur dan sering kurang sihat namun beliau nampaknya nekad tidak mahu melepaskan jawatan Menteri Besar.

Pendirian di kalangan pemimpin dan ahli PAS di seluruh negara adalah 50/50.

Walaupun diakui Azizan lemah dalam pentadbiran kerana masalah kesihatan dan tidak efisyen dalam pelbagai isu termasuk isu lima pelajar Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN) di gantung; pemimpin dan ahli PAS berpendapat masa dan ketika Phahrolrazi memberontak adalah tidak sesuai.

Ini memandangkan semboyan PRU akan dibunyikan pada bila-bila masa sahaja. Mereka berpendapat kalau inginkan perubahan pun biarlah selepas PRU ke-13.

Tetapi seorang ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata kemelut di Kedah boleh dielakkan seandainya PAS pusat melakukan rombakan kepimpinan di Kedah sejurus selepas muktamar PAS berakhir pada Jun 2011.
“Masalah kesihatan Azizan bukan perkara baru. Sepatutnya Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru dilantik selepas muktamar PAS dan ini akan memberikan laluan yang mudah agar jawatan Menteri Besar juga diisi dengan calon baru.

“Andai berlaku rasa tidak puas hati oleh Azizan pada ketika itu sekali pun ia akan menjadi sejuk kerana tempoh untuk PRU ke-13 agak lama jika rombakan itu dilakukan pada ketika itu,” kata pemimpin tersebut.

PAS harus berani melakukan perubahan
Isu pokoknya di sini PAS harus berani melakukan perubahan dan pembaharuan dan tidak boleh mengamalkan pendekatan menyembunyikan sesuatu isu atau masalah atas alasan akan diketahui umum dan boleh menjejaskan imej parti.

Barangkali kerana mahu menjaga imej parti yang dianggap terbersih dalam Pakatan Rakyat berbanding PKR dan DAP maka PAS dilihat begitu liat untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sama ada dari konteks disiplin atau pun rombakan kepimpinan di sesebuah negeri.

Selepas kemenangan besar PAS, PKR dan DAP dalam PRU ke-12, imej PKR terjejas teruk apabila beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang bertanding atas kerusi PKR melompat menjadi wakil rakyat bebas tetapi pro- Barisan Nasional (BN).

Imej DAP juga tercalar dek kerenah dua Adun parti tersebut juga melompat menjadi Adun bebas di Perak.  Insiden lompat melompat membabitkan wakil rakyat PKR dan DAP ini secara tidak langsung memberikan imej yang amat positif dan meyakinkan pengundi pro-BN.

Selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak, di sana sini pemerhati politik berkata hanya wakil rakyat PAS sahaja yang benar-benar setia kepada perjuangan parti masing-masing apabila terbukti tidak ada seorang pun dari PAS yang melompat selepas PRU ke-12.

Sungguhpun begitu, ini tidak bermakna tidak ada masalah dalaman PAS atau tidak ada wakil rakyat PAS yang menimbulkan suasana tidak harmoni selepas PRU ke-12.

Gagal bertindak terhadap Hasan sejak 2008

Contoh paling klasik ialah apabila bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali sering menimbulkan kontroversi dan memberikan kenyataan yang mengkritik kerajaan negeri. Hasan sering kali mengeluarkan kenyataan dan mengambil pendirian yang tidak selari dengan pendirian kerajaan negeri.

Walaupun beliau mempunyai peluang untuk mengutarakan rasa tidak puas hati beliau dalam mesyuarat Exco sebaliknya beliau menggunakan media untuk melahirkan rasa tidak puas hati tersebut terhadap sesuatu polisi kerajaan negeri.

Walaupun ada desakan agar tindakan atau paling tidak teguran di buat ke atas Hasan agar tindakan Hasan tidak menjadi beban kepada Pakatan Rakyat tetapi Kepimpinan PAS Pusat tidak mengambil sebarang tindakan drastik terhadap Hasan.

Perkara ini berterusan sehingga pada tahun lepas apabila Hasan mengeluarkan satu lagi kenyataan kontroversi mempertikaikan konsep Negara Berkebajikan oleh PAS.

FMT difahamkan dalam PAS Selangor sendiri terutama di Dun Gombak Setia yang mana Hasan adalah Adun kawasan tersebut, telah berlaku angin perubahan di kalangan kepimpinan kawasan, cawangan dan ahli yang inginkan Hasan diganti dengan calon yang lebih berwibawa.

Cetus kontroversi

Mereka kurang senang dengan tindakan Hasan yang sering mencetuskan kontroversi dalam acuan Umno yang dilihat amat tidak menguntungkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Prestasi Hasan juga dikatakan tidaklah begitu cemerlang di Gombak Setia walaupun beliau mempunyai kelebihan sebagai Exco berbanding Adun lain.

Maka tidak hairanlah jika Hasan tidak dicalonkan oleh mana-mana cawangan PAS di Dun Gombak Setia sebagai calon pada PRU ke-13 nanti.

Jika “track record” beliau cemerlang di Dun beliau sendiri, sudah tentu beliau mendapat pencalonan yang banyak untuk terus mewakili PAS pada PRU ke-13 nanti. Tetapi keadaan ini tidak berlaku dan ini membuktikan bahawa beliau telah ditolak oleh ahli PAS sendiri di Dun Gombak Setia.

Kepimpinan PAS Pusat sudah semestinya menyedari permasalahan ini yang melibatkan Hasan sejak Mac 2008 lagi malangnya PAS pusat gagal menangani permalahan tersebut dan membiarkan ia berlarutan.

Jawatan Exco yang dipegang oleh Hasan “carry weight” apabila beliau menyatakan apa jua pendapat dan kritikan terhadap kerajaan negeri mahu pun kepimpinan PAS pusat sendiri. Sebagai seorang ahli politik berpengalaman, semestinya Hasan sendiri menyedari perkara ini.

Kepimpinan PAS pusat mempunyai peluang keemasan untuk menggugurkan Hasan sebagai Exco pada Jun 2011 selepas muktamar PAS pusat berlangsung. Selepas muktamar PAS tersebut, Adun Meru, Dr Abdul Rani dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.


Peluang terbaik

Sepatutnya situasi ini menjadi peluang terbaik untuk PAS menggugurkan Hasan dan menggantikan dengan Dr Rani atau Adun PAS yang lain sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.

Jika rombakan tersebut dilakukan segera selepas muktamar PAS, tidak ada ruang untuk Hasan mahu pun Umno untuk menuduh kononnya PAS menindas seorang yang dilabelkan sebagai pejuang Islam oleh media arus perdana.

Jika Hasan digugurkan sebagai Exco pada ketika itu, orang ramai akan berpendapat itu hanyalah rombakan politik yang biasa kerana Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru bukan Hasan lagi.

Namun PAS gagal mengambil kesempatan itu dan terus mengekalkan Hasan sebagai Exco. Jika Hasan diganti dengan Adun PAS lain sebagai Exco pada bulan Jun tahun lepas, ada kemungkinan portfolio Agama Islam, Adat Istiadat Melayu dan Infrastruktur akan terus dipegang oleh Exco PAS kerana masa untuk menyesuaikan diri dengan portfolio yang paling mencabar itu agak banyak.

Tetapi PAS pusat memilih jalan yang lebih berliku dan terdesak apabila terpaksa memecat Hasan kerana mengkritik PAS secara terbuka di dalam media. Semua ini boleh dielakkan atau boleh diminimumkan sekiranya PAS Pusat mengambil tindakan disiplin sejak 2008 lagi.

Apakah selepas ini pemimpin yang lantang akan menerima layanan yang sama? Dalam isu Hasan, PAS pusat bukan beria-ia mengambil tindakan sebaliknya tindakan tersebut lebih kepada seolah-olah Hasan yang mengalu-alukan tindakan diambil.

Ini ialah kerana walaupun selama seminggu Hasan mengkitik PAS dalam media termasuk di TV3, PAS masih seperti memberikan ruang kepada Hasan apabila PAS hanya meminta Hasan dan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa agar diam dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terbuka mengkritik PAS.
Pendirian PAS dalam isu ini amat pelik kerana PAS pusat memberikan mesej bahawa sesiapa sahaja boleh “menghentam” PAS secara terbuka dalam media tetapi kes dianggap selesai jika mereka berhenti dari mengeluarkan kritikan terbuka.

Kaedah PAS menangani masalah disiplin Hasan pada tahap permulaan dan Nasharuddin akan menjadi “precedent” pada masa akan datang dan ada kemungkinan Phahrolrazi menggunakan “advantage” tersebut.
Tiada sebab untuk PAS mengenakan tindakan disiplin terhadap Phahrolrazi kerana membawa isu dalaman PAS Kedah dalam media.

Seperti Nasharuddin, Phahrolrazi juga berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengkritik atau membuka pekung masalah dalaman PAS Kedah.

Maka jika kes Nasharuddin dijadikan rujukan, pada masa akan datang jika ada pemimpin PAS mengkritik kepimpinan PAS pusat, mereka boleh berbuat demikian tetapi selepas seminggu puas mengkritik, mereka cuma perlu senyap dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang berunsur negatif terhadap PAS.

Mengapa PAS berdiam diri?

Dalam isu krisis Azizan dengan Phahrolrazi dan Hasan, Umno dan media pro-Umno menuduh Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menguasai PAS dan merupakan dalang kepada krisis Kedah dan pemecatan Hasan. Malah Hasan dalam sidang akhbar di kediaman beliau beberapa hari selepas beliau dipecat, berkata beliau dipecat oleh PAS kerana Anwar.

Tetapi sehingga ke hari ini Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mahu pun kepimpinan tertinggi PAS pusat tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menafikan tuduhan ini.

Sikap berdiam diri PAS yang tidak mahu menjelaskan kepada umum punca Hasan dipecat dan krisis Kedah akan mengiayakan dakwaan Umno dan media pro-Umno bahawa semua masalah dalaman di dalam PAS adalah berpunca daripada Anwar yang menurut media pro- Umno, Anwar telah menguasai sebahagian pemimpin PAS yang dipanggil Anwaris.

Pemimpin ‘double standard’

Satu lagi elemen yang PAS harus berani melakukan perubahan ialah sikap segelintir pemimpin PAS yang nampak ‘double standard’. Dua contoh paling nyata ialah sikap Ketua Dewan Ulama’ PAS, Dato’ Harun Taib dan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan At Tantawi.

Dalam isu Hasan yang sering mengkritik kerajaan negeri Selangor dahulu yang selalunya bercanggah dengan pendirian Exco DAP, Harun dan Nasrudin merupakan antara mereka yang sering menyatakan sokongan kepada Hasan.

Bagaimanapun dalam isu Hasan melanggar disiplin parti dan menyerang parti secara terbuka, Harun dan Nasrudin menikus dan tidak mengecam tindakan Hasan walaupun Nasrudin ada mengeluarkan satu kenyataan yang bukan mengkritik Hasan tetapi tidak menyokong kenyataan Hasan.

Wala’ keterlaluan


FMT cuba mendapatkan pandangan daripada seorang dua kepimpinan PAS pusat berhubung semua permasalahan yang ditimbulkan di atas.

Bagaimanapun berbanding PKR dan DAP, bukan mudah untuk kepimpinan PAS pusat mengeluarkan sesuatu kenyataan berbentuk kritikan atau membuka pekung parti.

Pun begitu seorang pemimpin senior PAS mengaku bahawa perubahan drastik sukar dilakukan kerana sebahagian besar kepimpinan negeri yang turut memegang jawatan di dalam PAS pusat, kawasan dan ahli PAS sendiri mengamalkan prinsip wala’ (taat setia kepada pemimpin).

“Walaupun menyedari ada pemimpin PAS pusat yang seakan-akan seperti pro-Umno atau seperti kurang mesra dengan PKR dan DAP dalam konsep Pakatan Rakyat dan kurang senang dengan pendirian pemimpin seperti itu, tetapi kepimpinan negeri tidaklah sampai ke tahap memprotes untuk menggugurkan pemimpin dalam kategori tersebut.

Apabila ditanya ada dakwaan dari beberapa pihak terutama blogger pro-PAS yang majoriti kepimpinan dan ahli PAS mengamalkan prinsip wala’ keterlaluan sehingga tidak nampak perkara yang tidak betul di depan mata dan masih terus menyokong pemimpin seperti itu; pemimpin senior PAS tersebut mengaku prinsip wala’ memang wujud di dalam PAS.

Tetapi untuk mengatakan wala’ keterlaluan atau tidak, itu persepsi masing-masing. Beliau juga berkata krisis dalaman adalah perkara biasa di dalam mana-mana parti dan tidak perlu diperbesarkan.

Ditanya adakah disebabkan wala’ ada kepimpinan PAS negeri masih gagal menilai dan terus menyokong seseorang pemimpin PAS secara membuta tuli walaupun terdapat unsur-unsur yang tidak kena berlaku di depan mata apabila pemimpin PAS tertentu mendapat liputan positif dan ruang yang luas di dalam media milik Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3; pemimpin tersebut memberikan respon seperti berikut:

“Saya tidak mahu membuat spekulasi. Saya menyerahkan kepada kebijaksanaan masing-masing termasuk pemimpin negeri dan ahli-ahli. Cuma saya boleh nasihatkan, berfikirlah secara bijak dan logik Fikirlah diluar kotak pemikiran.

“Sudah tentu saya mempunyai persepsi saya sendiri terhadap pemimpin seperti ini tetapi saya tidak boleh kongsi dengan anda. Minta maaf,” kata pemimpin tersebut.

Sumber:  FMT News

Monday, March 12, 2012

Nik Aziz: Saya simpati pada 'tupai' isu Kedah


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau bersyukur kerana krisis pentadbiran Kedah tidak berakhir dengan pentadbiran darurat melalui Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti pengalaman Kelantan pada tahun 1978.

NONENik Aziz berkata, dalam menangani konflik menteri besar dan wakil rakyat negeri itu, Mageran digunakan untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan dan bukan perbincangan seperti yang dilaksanakan di Kedah sekarang ini.

"Berbezanya antara dua penyelesaian membuktikan berbezanya dasar yang digunakan, satu dasar Islam dan satu lagi dasar sekular!" kata mursyidul am PAS itu.

PAS beranggapan pergolakan kepemimpinan Kedah berakhir pada 5 Mac lalu dengan pengumuman dua exco - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh - menerima pelantikan semula ke jawatan mereka.

Dalam kenyataannya semalam, Nik Aziz juga secara sinis berkata, beliau bersimpati terhadap "tupai-tupai" yang melompat keseronokan ketika kemelut itu berputik kerana menjangka dapat "menikmati buahnya".

NONE"Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan," katanya lagi tanpa menamakan dengan jelas pihak terbabit.

Sepanjang krisis Kedah bermula hujung Februari lalu, isu itu menjadi fokus serangan musuh politik mereka daripada Umno dan dikritik hebat di media arus perdana.

Malah, ada yang berspekulasi, krisis itu jika berpanjangan mampu menggoyahkan kestabilan pentadbiran PAS dan bakal memastikan kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Nik Aziz juga menganggap kemelut itu istimewa kerana pertelagahan berlaku untuk menolak jawatan dan bukan merebutnya seperti apa yang disifatkannya berlaku dalam " silibus pengajian sekular".

"Bahkan jika terbukti melakukan penyelewengan sekalipun, masih enggan untuk meletakkan jawatan!" katanya membuat perbandingan.

Beliau juga menganggap kesediaan kedua-dua orang exco untuk menggalas tugas yang sebelum ini ditolak merupakan titik noktah terhadap krisis yang melanda negeri itu.
 

Pencerahan : Kenapa PAS bekerjasama dengan DAP , bukan UMNO

 http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs771.ash1/166119_483229922838_177809712838_5828679_1263644_n.jpg
Masih ramai di kalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik bersama parti bukan Islam seperti DAP,  yang dituduh setengah pihak sebagai  fanatik atau chauvinis.

Seterusnya mereka ini bertanya: Mengapa PAS tidak boleh mengadakan persefahaman dengan UMNO yang sebangsa dengan PAS? Tidakkah pendekatan mengadakan persefahaman dengan UMNO akan menjadi lebih mudah berbanding DAP atau PKR?

Lalu penentang PAS yang tidak faham ini menyimpulkan bahawa PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya sebaik sahaja mengamalkan pendekatan Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat!

Persoalan di atas boleh difahami jawapannya dengan mempunyai fikiran yang tenang dan terbuka dalam menekuni tulisan ringkas ini.

Syarat pertamanya ialah kita mestilah memahami kaedah ajaran Islam dalam menangani masyarakat majmuk bersama pendekatannya. Perlu difahami juga bahawa Islam pula bukannya agama yang terikat dan terbelenggu dengan semangat kebangsaan,  walau pun peranan bangsa tidak boleh dinafikan wujudnya.

Dalam amalan politik Islam pula terdapat ajaran dan hukum yang berkait dengan pendekatan yang adil terhadap masyarakat majmuk termasuklah layanan Islam dalam aspek kepelbagaian agama.

Risalah atau mesej Islam adalah bersifat sejagat, kerana kedatangan Nabi Muhammad SAW membawa rahmat kepada seluruh alam, manusia dan makhluk yang lain. Kerasulannya adalah kepada seluruh rumpun manusia, tidak terikat dengan bangsanya sendiri, tanahair dan zaman. Maka yang dikira termasuk dalam kerasulannya juga adalah dalam aspek politik menegakkan dan mentadbir sesebuah negara.

Islam tetap didahulukan, manakala fahaman kebangsaan pula hanyalah satu perasaan yang tidak boleh menjadi akidah. Peranan kebangsaan menjadi baik apabila Islam menjadi akidah dan petunjuknya. Hanya Islam menjadi petunjuk kepada bangsa, hanya bangsa yang berpegang dengan Islam sahaja boleh menunaikan amanahnya.

Adalah menjadi  hikmah terbesar, bahawa musuh pertama Islam di kalangan Nabi Muhammad SAW di Semananjung Tanah Arab ialah dari kalangan bangsa Arab Makkah dan yang awal menerima Islam dan memperjuangkannya pula adalah mereka juga. Rasulullah SAW memulakan kemerdekaan bangsanya dengan menentang kongkongan jahiliyah daripada bangsanya  sendiri, walaupun di masa itu ramai kabilah Arab dan wilayahnya dijajah oleh kuasa besar Rom dan Parsi.
Walaupun mesej Islam itu kepada seluruh manusia, tetapi konsep berdakwah menekankan bahawa kita sekali-kali tidak boleh memaksa pihak lain supaya menganut Islam. Dalam masa yang sama Islam menerima konsep masyarakat majmuk yang menjadi naluri manusia yang menjadikan mereka wajib bermasyarakat madani, walau pun berbeza bangsa dan agama. Di sinilah betapa hebatnya firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13) الحجرات

Maksudnya:
Wahai manusia, Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (hawwaa) dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Meliputi Ilmunya.

Manusia itu wajib bermasyarakat di peringkat setempat dan antara bangsa, kerana mereka tidak mampu menghasilkan keperluan hidupnya secara bersendirian atau individu, satu keluarga dan satu bangsa sahaja tanpa berhubung di antara satu sama lain. Sehelai kain untuk pakaian memerlukan penanam kapas, pelombong besi dan tukang besi untuk alat tanaman, penenun kain dan seterusnya. Begitulah juga keperluan makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

Ibnu Khaldun (1332M – 1406M) menyebut manusia itu bersifat dengan sifat Madani, iaitu kemestian untuk berkumpul dan berhubung secara berpusat dengan adanya penempatan yang memerlukan pertukaran kemahiran dan hasil kerja yang berbeza.

Tempat berhimpun itu dinamakan Bandar (Madinah)  dan pekerjaan mereka mestilah dimajukan secara ilmu, menerusi kajian dan pengalaman dengan menggunakan akal yang berkembang sehingga berlakunya kemajuan dan pencapaian yang dinamakan sebagai “Tamaddun”. Walau pun mereka berbeza agama dan bangsa, namun keperluan berhubung tetap wujud secara fitrah. Dalam masyarakat yang bersifat madani mereka perlu kepada cara hidup berkonsepkan politik dan berekonomi disemua peringkat, negeri dan antarabangsa.

Kedua, bagi merealisasikan aspek ini maka Rasulullah SAW melaksanakan konsep madani dengan mengadakan “tahaluf” atau kerjasama di kalangan yang boleh bekerjasama dari  aspek kemanusiaan  dengan kalangan manusia yang menyedari hakikat ini, dan negara pertama itu dinamakan Madinah.

Rasulullah SAW melaksanakan tugas serampang dua mata yang ditunjuk oleh Allah menjadi tujuan kerasulannya untuk seluruh manusia dengan menyatukan umat manusia yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Pertama - dinamakan ‘umat Ijabah’, mereka ialah penganut Islam yang menyahut seruan menganut agama. Kedua - umat dakwah, mereka termasuk kalangan bukan Islam berbagai bangsa dan agama, namun diajak bersama melihat sifat kemanusiaan sejagat yang ada dalam Islam secara amali (praktikal) bagi menghasilkan keperluan hidup secara nalurinya.

Pelaksanaan secara amali terhadap manusia majmuk itu ditemukan dengan menegakkan keadilan mutlak yang diwajibkan oleh Allah mengikut firman Allah SWT:

Yang bermaksudnya:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu melaksana dan mentadbir dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.

Diriwayatkan dalam  Hadith Qudsi bahawa Allah SWT berfirman:

يا عبادي إني حرمت الظلم على نفسي وجعلته بينكم محرماً فلا تظالموا
(رواية مسلم ).

Maksudnya: (Wahai hamba-hamba ku , sesungguhnya aku telah mengharamkan zalim itu berlaku ke atasku dan aku jadikan ia diharamkan di kalangan kamu, maka jangan sekali-kali kamu berlaku zalim).

Dalam pendekatan yang kedua Rasulullah SAW berhubung dengan kalangan bukan Islam yang ada sifat kemanusiaan, dalam keadaan orang Islam pula kosisten dan iltizam berpegang kepada prinsip dan konsep Islam. Pelaksanaanya dilakukan ketika tanpa negara dan bernegara. Ketika di Makkah, Rasulullah SAW menerima perlindungan bapa saudaranya Abu Tholib yang tidak menganut Islam, dengan konsep yang dinamakan “Himayah” (perlindungan). Ianya juga dilakukan dengan Mut’im bin Adi iaitu seorang bukan Islam, ketika Rasulullah SAW masuk ke Makkah daripada Thaif.  Ciri persamaan adalah kebencian terhadap kezaliman.

Rasulullah SAW juga menggunakan khidmat Abdullah bin Uraiqit, juga seorang bukan Islam bagi memandu unta ketika berhijrah dengan penuh kerahsiaan  dan memerintah menantunya Saidina Ali KWJH supaya memulangkan simpanan amanah kalangan penduduk Makkah daripada kalangan bukan Islam yang mempercayainya.

Ketika di Madinah pula Rasulullah SAW mengadakan Tahaluf (persefahaman politik) dengan pihak kalangan bukan Islam dan melakukan muamalah berhutang dan bergadai dengan mereka, seterusnya menerima beberapa kabilah musyrikin bernaung di bawahnya dalam perjanjian Hudaibiyyah. Dalam kedua-kedua keadaan tersebut Rasulullah SAW teguh dengan dasar dan menunjukkan akhlak mulia Islam terhadap bukan Islam yang ada persamaan dari segi kemanusiaan. Dasar dan konsep ini dilaksanakan oleh sepanjang generasi di zaman keemasan dan kejayaan, ditinggalkan di zaman kelemahan dan kejatuhan sehinggalah Negara umat Islam dijajah.

Pendekatan  PAS yang berdasarkan Islam, dalam hubungan dengan bukan Islam sangat berbeza dengan UMNO yang berfahaman kebangsaan mengatasi Islam secara sekularisme. Di bawah pemerintahan BN, Islam tidak berkuasa mentadbir tetapi berada di bawah tadbir, dalam keadaan menerima hakikat yang sama wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia yang tidak ditangani secara Islam yang sebenarnya.

Lihat sahajalah contoh kejadian terkini yang berlaku terhadap Encik Frusis Lebi, seorang OKU yang juga merupakan seorang pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa dari Bahagian Sri Aman  yang dinafikan bantuan Kerajaan di atas alasan menyokong pembangkang di Sarawak (rujuk Surat Menteri Muda Pertanian Sarawak, KPP/MM/31 bertarikh 8 Disember 2011 yang disiarkan melalui portal berita Malaysiakini). Inilah antara siri ketidakadilan layanan kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat, sedangkan mereka juga adalah rakyat yang turut sama menyumbang kepada pendapatan Negara. Inikah rupa bentuk kerajaan bertanggungjawab yang mahu ditegakkan?

PAS berpegang dengan konsep yang ditunjuk oleh al-Quran, bahawa bumi adalah kepunyaan Allah, bukan kepunyaan mana-mana bangsa.   Seluruh manusia adalah pemegang amanah di mana bumi mereka berpijak, adalah wajib  melaksanakan keadilan Ilahi tanpa mengira bangsa. Apatah lagi, bagi umat Islam tuntukan melaksanakan keadilan adalah tersangat penting untuk dilaksankan kepada semua.

Maka PAS berbeza pendekatan dengan UMNO bagi mengolah politik masyarakat majmuk yang diwujudkan oleh penjajah. Kita mestilah memahami bahawa penjajah telah melonggokkan berbagai kaum untuk diperhamba bagi kepentingan mereka dan di adu domba untuk menjadi lemah supaya terus bernaung di bawah mereka selama-lamanya.

Pendekatan PAS ialah pemimpin Islam teguh berpegang dengan prinsip dan akhlak contoh dan menegakkan keadilan untuk semua tanpa memaksa dalam perkara yang berbeza, serta memanfaatkan kebolehan berbagai kaum secara bersama dan saksama bagi membina negara. Bangsa Melayu ada keistimewaannya dari segi kebolehan, begitu juga bangsa Cina, India dan lain-lain. Kalau diselaras secara saksama nescaya dapat dimanafaatkan untuk membina negara dengan baik.

PAS tidak berganjak dalam perkara halal dan haram, serta perkara wajib, dalam semua urusan peribadi dan cara hidup tanpa memaksa penganut agama lain. PAS mewajibkan sifat Islam itu bermula dengan peribadi pemimpin. Dalam hal ini sesiapa sahaja ahli PAS yang mengerjakan perkara haram dipecat daripada parti. PAS pernah memecat ahli Parlimen yang menari dan sebagainya. Ada pun pihak lain terpulang kepada anutan yang tidak boleh diganggu gugat dengan kawalan yang tidak merosakkan hubungan masyarakat majmuk . Apabila memerintah kerajaan negeri dan PAS memimpinnya, maka pendekatan Islam mengikut bidang kuasa negeri dilaksanakan dengan batas hukum Syarak. Penganut agama lain wajib diberi hak yang adil tanpa fanatik perkauman.

UMNO pula tidak konsisten dan iltizam apabila menunjukkan Islam secara terpilih dan tidak ada peraturan boleh memecat ahli UMNO yang mengerjakan maksiat, kerana sifat kebangsaannya sahaja mengatasi sifat Islamnya. Pelaksanaan Islamnya juga tidak istiqamah, contohnya dalam  kawalan terhadap arak dan judi pula secara berlesen yang tidak ada sempadan kukuh bagi penganut Islam, bukannya  kawalan secara hukum Islam yang sebenar sehingga penganut Islam dalam UMNO tidak mampu menjadi model Islam dan UMNO gagal mendidik melayu Islam menjadi contoh yang baik. PAS pernah bersama kerajaan campuran dengan UMNO diawal tahun tujuh puluhan dan bersama menubuh BN dipertenghannya, dengan syarat PAS tetap dengan dasarnya, kemudiannya berlaku pertembungan kefahaman.

Presiden MCA secara terbuka dalam debatnya menyatakan kejayaannya menundukkan UMNO dalam isu pelaksanaan hukum hudud, sebaliknya Sdr. Lim Guan Eng menegaskan itu adalah hak PAS yang berbeza dengan DAP.

UMNO tidak konsisten dalam mempertahankan kawasan Melayu dan Islam apabila sanggup menyerahkan kawasan majoriti melayu Islam kepada MCA, Gerakan dan MIC bagi menyelamatkan rakannya  yang kalah di kawasan majoriti bukan Islam.

PAS telah berjaya mengubah sentimen perkauman apabila berjaya memenangi hati penganut bukan Islam ketika menentang calon bukan Islam daripada BN. Contohnya YB Dr Mariah Mahmud mengalahkan calon MIC dengan mendapat sokongan dan kegembiraan kaum India bukan Islam dan kesedihan penyokong UMNO melayu yang dikatakan kuat semangat kebangsaannya tetapi bermatian mempertahankan MIC. Begitulah juga juga kemenangan Datuk Kamarul Baharin di Teluk Kemang. DAP pula tetap bertahan di kawasan majoriti kaum bukan Islam tanpa berpindah.

PAS juga berjaya menunjukkan kerajaan bersih secara bersendirian dan bersama Pakatan Rakyat walau pun berdepan dengan layanan tidak menghormati sistem federalisme dan akhlak amalan demokrasi.

Dua pendekatan yang berbeza cara dalam menangani masyarakat majmuk telah diberi selama lebih 50 tahun kepada UMNO memimpin negara dengan gagasan Barisan Nasional yang banyak kelemahan dan penyelewengan, serta mencetuskan masalah rakyat berbagai kaum yang masih belum selesai dalam tempoh yang bagitu panjang, dan penganut Islam menjadi larut pegangan agamanya.

Sudah tiba masanya khususnya melayu Islam memberi kepercayaan kepada PAS menggantikan UMNO dengan konsep Islam menyelesaikan masalah masyarakat majmuk, menerusi gagasan Pakatan Rakyat.

Presiden PAS