Wednesday, April 11, 2012

Mengapa Najib Altantuya Lari Lintang Pukang Dari "Bapa Mertuanya" Sendiri?


Kali pertama bertentang mata di Parlimen pada 2008, Najib Altantuya memilih untuk mengelak bapa "mertuanya" sendiri.

Dan semalam, insiden itu berlaku lagi, kali ini Shaaribuu Setev mengejar Najib Altantuya tetapi ketika itu perdana menteri itu sudah berada di dalam lif bersama pengawal peribadinya, satu lagi peluang seorang "bapa mertua" untuk menyapa "menantunya" di negara sendiri, gagal.

Lalu apakah Setev sekali lagi akan dipersalahkan, atau Najib Altantuya yang tidak mahu berjumpa takut persoalan yang akan dikemukakan tidak mampu untuk dijawabnya di hadapan pegawainya sendiri?

Bapa Altantuya Shaariibuu yang dibunuh mungkin ingin bertemu dengan Najib Altantuya, tetapi oleh kerana Najib Altantuya telah dituduh mempunyai hubungan dengan gadis Mongolia yang cantik tersebut sebelum memberikannya kepada teman rapatnya Baginda Razak, tidak mungkin mahu bertemu dengan bapa Altantuya.

Malah, Setev, seorang profesor universiti, berkata sebegitu apabila beliau mendedahkan bahawa Najib Altantuya telah "melarikan diri" kali terakhir beliau meminta untuk bertemu dengannya.

"Kali terakhir saya mahu berjumpa dengannya tetapi dia melarikan diri. Rakyat Malaysia menyokong saya dan saya sanggup berusaha lebih bagi memastikan kes ini dipercepatkan," Setev memberitahu sidang akhbar di lobi Parlimen semalam.

Setev berada di sini bagi lawatan 3 hari untuk mendapatkan keadilan bagi anak perempuannya, yang telah dibunuh dengan kejam dalam kawasan hutan di Puncak Alam, Selangor pada tahun 2006 dan badannya diletup dengan bahan letupan gred tentera C4 bagi mencegah pengenalan.

Sehingga kini, keluarga Shaariibuu tidak dibenarkan membawa abunya pulang ke rumah untuk dikebumikan kerana dua bekas pengawal peribadi Najib Altantuya dan isterinya Rosmah Mansor yang didapati bersalah kerana membunuh beliau telah merayu terhadap hukuman mati mereka.

Bekas pengawal peribadi Najib: Semua penunjuk menuju kepada PM

DSP Musa Safri, ketua pengawal
keselamatan Najib Altantuya
Dua bekas polis elit telah dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya pada bulan April 2009, dan rayuan mereka, seperti kebanyakan aspek kes misteri ini, telah ditangguhkan dan diselubungi rahsia. Najib Altantuya dan parti pemerintah telah dituduh menggunakan semua pengaruh mereka untuk menutup kes itu.

Walaupun kedua-dua polis tersebut yang telah membunuh Altantuya, tidak ramai rakyat Malaysia yang percaya bahawa mereka bertindak sendiri dan seperti Setev, mereka telah memaksa kerajaan untuk mengadakan suatu penyiasatan sepenuhnya mengenai kemungkinan bahawa seseorang telah memerintahkan pembunuhan itu.

Altantuya dipercayai telah bertindak sebagai penterjemah kepada Razak Baginda dalam pemerolehan RM7 bilion kapal selam Scoprene oleh kerajaan Malaysia di mana Najib Altantuya telah dituduh menerima sogokan sebanyak EUR114 juta (RM570 juta).

Dia telah memeras ugut Razak Baginda untuk bahagian komisennya sebanyak USD500 ribu (RM1.7 juta) apabila dia dibunuh.

Razak Baginda, yang mengakui bahawa dia kekasih Altantuya, turut didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi telah dibebaskan.

Beliau mengakui ia adalah Najib dengan pertolongan Musa Safri, yang telah mencadangkan dua polis tersebut untuk membantunya menghalang Altanutya daripada mengganggu beliau dan keluarganya.

Tidak, saya tidak dibayar untuk berdiam diri

Semalam, Setev sekali lagi merayu kepada Najib Altantuya untuk membantu menyelesaikan pembunuhan anak perempuannya.

"Sebagai seorang bapa, dia lebih memahami kesedihan saya kerana kehilangan seorang anak. Saya ingin katakan kepadanya - saya tidak bertemu dengan anda sebagai PM. Saya bertemu dengan anda sebagai seorang bapa, sebagai seorang lelaki. Bapa dengan bapa, anda boleh memahami apa yang saya rasa," katanya.

Setev juga menegur pentadbiran Najib kerana tidak bertindak balas kepada pelbagai nota diplomatik yang dihantar oleh kedutaan Mongolia supaya siasatan dibuka semula. Setev menafikan kata-kata bahawa beliau telah dibayar oleh kerajaan Najib supaya berdiam diri tentang kes itu.

"Saya amat terkejut bahawa kerajaan Malaysia, dalam enam tahun yang lalu, tidak memberi respon kepada nota tersebut. Ia tidak mungkin mereka tidak menerimanya," kata Setev.

Pengakuan Bersumpah Raja Petra Kamaruddin kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu - 18 Jun 2008




Sumber: Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment