Tuesday, January 31, 2012

NFC: SPRM digesa siasat polis elak rasuah



KUALA LUMPUR, 31 Jan: PKR hari ini menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan institusi awam seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bebas dari unsur rasuah bagi menjamin ketelusan siasatan terhadap skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Jelas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pada sidang media di Pejabat SPRM Kuala Lumpur, pihaknya menerima salinan laporan polis yang telah dibuat oleh Datuk Samsubahrin Ismail pada 27 Januari yang lepas terhadap Pengerusi NFC Datuk Seri Dr. Salleh Ismail.

"Kita telah menerima salinan laporan polis tersebut dan kita dapati bahawa dalam laporan polis itu, Shamsubahrin didakwa berkata beliau menerima mesej dan tekanan dari Salleh yang memintanya supaya kes NFC dengan pihak polis ditutup.

"Salleh, melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mendesak saya untuk memberi rasuah kepada polis untuk menutup kes itu," jelasnya yangmemetik kandungan sms itu.

Zuraida juga memberitahu melihat kepada apa yang dilaporkan itu jelas wujud arahan rasuah yang dilakukan oleh Salleh bagi memastikan skandal tersebut dapat dilindungi serta tiada tindakkan diambil.

"Kita mahu siasatan dilakukan oleh SPRM berhubung dengan laporan tersebut dan saya pasti pihak SPRM di Putrajaya juga mengetahui kandungan SMS itu kerana salah satu telefon milik Samsubahrin telah disimpan di sana sebagai bahan bukti.

"Apa yang kita kesalkan mereka yang mengarahkan rasuah masih lagi terlepas manakala yang Samsubahrin pula diambil tindakan segera malah juga telah didakwa," sambungnya.

Tambahnya yang juga Ketua Wanita PKR, SPRM perlu bertindak keatas Ismail yang jelas mengarah agar membayar (rasuah) kepada pihak polis bagi menutup kes skandal NFC.

Sementara itu, R Sivarasa memberitahu perkara itu amat serius malah ia merupakan satu jenayah rasuah yang perlu diambil tindakan segera oleh SPRM.

"Saya tegaskan kepada pegawai SPRM tadi bahawa tuduhan tersebut amat serius iaitu ada arahan dilakukan oleh Salleh kepada Samsubahrin yang mengarah agar merasuah pihak polis, dalam selain SMS dari Salleh terdapat juga SMS yang dihantar oleh pegawai NFC mengarahkan Samsubahrin merasuah pihak polis.

"Kita tidak nyata ini satu fitnah kerana beliau berani serta cakap mempunyai bukti dan sanggup hadapi tuduhan tersebut, SPRM perlu segera siasat Salleh yang bertindak mengarah beliau (Samsubahrin) merasuah pihak polis," katanya.

Ahli Parlimen Subang itu juga menyatakan kekesalan bagaimana Salleh sehingga sekarang tidak dikenakan apa-apa tindakan tetapi tindakan sebaliknya pula berlaku.

"Mereka yang mengarah terlepas tepati yang tidak pula sebaliknya, keadaan ini seolah-olah SPRM mahu memberi perlindungan kepada NFC.

"Kita mahukan Salleh ditahan serta dibawa ke mahkamah dengan segera bukannya lepas begitu sahaja, jika SPRM tidak bertindak dalam masa dua minggu, kita akan mendesak agar Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh," jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, Zuraida dan juga Sivarasa berharap jika kes itu disiasat di bawah SPRM soal keselamatan Samsubahrin perlu diperketatkan agar apa yang berlaku kepada mendiang Teo Beng Hock dan juga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamad tidak akan berulang.

Sebelum ini, dalam laporan polis Shamsubahrin mendakwa beliau telah dilantik oleh NFC sebagai penasihat korporat dan perunding untuk "membersihkan" masalah dalaman NFC.

Beliau menambah bahawa telah bertemu dengan pihak polis untuk membantu siasatan mereka tetapi memaklumkan kepada Salleh bahawa beliau tidak akan memberi rasuah.

Pegawai SPRM yang menerima laporan daripada Zuraida dan Sivarasa ialah Penolong Kanan Penguasa, Norshimah Abd Ghani dan juga Ketua Unit Siasatan, Maznah Che Muda.

Harakah

Monday, January 30, 2012

Mat Sabu secara tegas tak setuju pendirian Anwar Ibrahim



Harakahdaily melaporkan kenyataan Anwar Ibrahim:
Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. - Hrkh.
Itu kenyataan Anwar Ibrahim, bukan kenyataan Pakatan Rakyat.

Apa pun, aku bersyukur, dalam menangani isu negara haram Israel, PAS ambil pendirian untuk secara tegas tak setuju dengan pendirian Anwar Ibrahim.

Harakahdaily melaporkan:
Ketika dihubungi Harakahdaily, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pendirian PAS yang tidak mengiktiraf kewujudan Israel.

“Mereka mendapat tanah itu secara kejam, membunuh dan menghalau rakyat Palestine daripada buminya sendiri. Bukan menjajah, tapi secara merampas secara kejam bersama tentera Haganah pada tahun 1948.

PAS tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel,” tegas beliau. - Hrkh.
Kenyataan yang tegas tanpa perlu cari alasan untuk jaga hati dan tak perlu tergeliat lidah.

Puak-puak penchachai tentu seronok nak terus spin isu ni. Sebelum ni depa spin macam United Malay National Organisation penentang hebat Israel.

Depa ingat rakyat senang-senang boleh lupa pasai skandal Umno-Apco. Kalau pun betul "melayu mudah lupa" akan ada orang yang akan sentiasa mengingatkan orang melayu Islam berkenaan skandal RM77juta tu

Lepas ni mungkin depa akan spin kata Pakatan Rakyat bertelagah sesama sendiri pulak.

Yang pentingnya, episod ni membuktikan yang PAS memang berpendirian teguh. Mempertahankan warga palestin dan kedaulatan Baitul Muqaddis adalah pendirian PAS sejak dulu, kini dan insyaallah selama-lamanya.

Sebelum ni The Wall Street Jurnal melaporkan Anwar berkata:
"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries. - WSJ.
Sumber:Cenangau

Sunday, January 29, 2012

Jangan biarkan AUKU jadi bahan kelakar Umno/BN


Azizan, pemimpin kanan PAS , MB Kedah, mempertahankan tindakan kolej negeri, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima pelajarnya di bawah AUKU pada Mei tahun lepas.

"Bagaimana beliau (Aziz) boleh menyuruh saya untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran universiti? Keduanya, perkara itu sudah di bawa ke mahkamah ... Apa nak dikecohkan lagi," katanya.

"Menteri Besar tidak seharusnya berselindung di sebalik semua isu teknikal. Sebenarnya, terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan.”balas Aziz Bari pula.

Aziz turut mengkritik Azizan kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk melantik peguam mewakilinya di mahkamah.

Difahamkan bahawa kerajaan negeri telah melantik peguam terkemuka negara, Karpal Singh, yang juga Pengerusi DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat, mewakili KUIN sementara penasihat undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin, akan mewakili mahasiswa berkenaan.

Demikian antara isi pertelingkahan antara Aziz dan Azizan. Pertelingkahan ini akan diheret ke mahkamah dan akan melibatkan dua loyar yang sama-sama dari Pakatan Rakyat.

Dua-dua loyar ini menentang AUKU.Tapi dalam proses mahkamah nanti, seorang akan membela AUKU, sementara yang lagi satu akan menentangnya.Maka gelaklah Umno/BN melihatkan Pakatan Rakyat bertelagah sesama sendiri. Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.

Kenapa mereka ini tidak mahu cari jalan menyelesaikan pertelingkahan ini diluar mahkamah?

Penyelesaian diluar mahkamah tentunya tidak memerlukan kos yang tinggi. Azizan pun tidak perlu bersusah payah menggunakan dana kerajaan negeri. Apatah lagi budak-budak yang belum lagi mempunyai pekerjaan dan dari kalangan rakyat marhaen.

Mengapa sesama kita tidak boleh cari jalan penyelesaian yang win-win position. Janganlah jadikan isu AUKU ini jadi bahan kelakar Umno/BN untuk ketawakan PR.

Alhusseyn

Saturday, January 28, 2012

Demontrasi Pelajar depan Pejabat Agung PAS ,Untungkan Umno ?

Oleh Lutfi Othman
Fenomena kebangkitan gerakan pelajar mutakhir ini mempamerkan beberapa kelainan dan keistimewaan.http://www.edidik.com/wp-content/uploads/2012/01/mahasiswa-bangkit1.jpg Biarpun nampak mereka menghadapi pelbagai cabaran dan kesulitan, sehingga ada yang diugut, tercedera, ditahan polis dan digantung pengajian, namun apa yang pasti semangat anak-anak muda ini untuk mengungguli kebenaran tidak mudah dilunakkan.

Walau dihalang dan juga dicemuh (ada kalanya oleh rakan-rakan sendiri), langkah mereka tetap maju menggugat. Idealisme "student power" terasa membahang. Jika kita sempat menghadiri perhimpunan (apatah lagi demonstrasi) mereka, semangat itu bagaikan membuak-buak. Panas menggelegak.

Menariknya, ia bukan ledakan amarah tanpa asas, atau hanya untuk melampiaskan dendam kesumat, sebaliknya ditunjangi kesedaran mendalam tentang tangungjawab besar insan berilmu.

Memang lantunan bicara mereka dalam aksi protes kedengaran garang berbisa, tetapilah itulah hakikatnya dunia anak muda. Bersedia untuk mencabar dan dicabar. "Gas pemedih mata dan belantan adalah asam garam dalam perjuangan mahasiswa. Semua itu pahit bila dilalui tetapi manis untuk di kenang," kata seorang rakan, yang pernah aktif dalam dunia kampus 1970-an.

Kepedulian sosial dan keprihatinan politik pelajar kini sekali lagi menembusi tembok menara gading, menganggu mimpi enak elit penguasa yang zalim dan korup. Benarlah ungkapan keramat, "gema suara mahasiswa kuat dan lantang bukan disebabkan loud-hailer tetapi berpunca dari nilai kebenaran yang dibawa".
Ada rakan-rakan cuba membayangkan bahawa zaman kegemilangan mahasiswa bakal berulang. Tafsiran "gemilang" mungkin menimbulkan perdebatan. Ramai yang merujuk era kegemilangan itu berlaku sebelum penguatkuasaan Akta Universiti. Pandangan itu sendiri terbahagi, sama ada sebelum pengenalan Auku 1971 atau beberapa ketika menjelang ia dipinda pada 1975.

Bagaimanapun, saya melihat setiap zaman ada kelebihan masing-masing. Generasi selepas pindaan Auku pun tidak semestinya ditanggap sebagai lesu dan beku. Aksi unjuk rasa memang tidak dapat dipisahkan daripada kegiatan tradisi mahasiswa, tetapi ia bukan kata kuncinya. Jiwa mereka resah gelisah melihat kemunafikan, penindasan dan kekejaman.

Ruang untuk bereksperimen tetap terbuka luas walaupun dikongkong peraturan ketat. Dan di sinilah kreativiti anak muda teruji. Perkembangan dakwah dan kesedaran menghayati cara hidup Islam, ketika aktiviti mahasiswa dicantas ciri "advokasi"nya (meminjam istilah Saifudddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) juga satu episod penting yang merakam sejarah.

Kini generasi Adam Adli dan Safwan Anang sedang membuka babak-babak kegemilangan mereka sendiri.
Keyakinan yang utuh terhadap akar perjuangan "kebebasan akademik" menjalar ke seluruh negara, bukan lagi terbatas sekitar dua tiga kampus utama di Lembah Klang. Malah, ekspedisi mereka melanggar negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, yang juga mempunyai institusi pengajian tinggi tersendiri.

Jika mereka berani berarak ke Ibu Pejabat Umno di PWTC demi autonomi universiti dan mencipta kejutan dengan menurunkan buat seketika bendera berwajah Najib Razak pada 17 Disember 2011, anak-anak muda ini juga turun menuntut kebebasan akademik di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, pada 18 Januari 2012.

Mungkin ramai terkejut dan tidak kurang yang melatah dengan himpunan bantahan "ekoran sikap membisu PAS terhadap penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah. Masakan tidak ... kumpulan mahasiswa pemberani itu sering dikaitkan dengan Pakatan Rakyat, dan KUIN merupakan IPTS dimiliki penuh kerajaan negeri Kedah, yang diterajui PAS.

Malaysiakini melaporkan kenyataan seorang daripada pelajar yang digantung itu, Mohd Aiman Abd Razab: "Kami akan terus berjuang demi menegakkan prinsip-prinsip kami (berhubung kebebasan akademik). Ini bukan tentang parti atau warna kulit, kita tidak mengamalkan dwi-standard. Di mana suara kita boleh diluahkan jika di bawah Pakatan kita juga cuba disenyapkan?"

Banyak pihak membandingkan janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan hasrat PAS dalam Dokumen Negara Berkebajikan, dengan pentadbiran KUIN (terutama pengendalian perbicaraan lembaga tatatertibnya) dan sikap kerajaan Kedah itu. Penyokong Pakatan mengharapkan isu penggantungan lima pelajar itu dapat ditangani dengan bijaksana dan berhemah.

"Dengar suaralah mahasiswa biarpun mungkin terasa agak menyakitkan bagi orang politik. Usah pertikai keikhlasan dan kejujuran mereka, apa lagi meremehkan. Tunjukkan sikap terbuka dan jiwa besar dengan meraikan luahan rasa anak-anak muda itu," seorang pembaca Harakah, dari UKM, menghantar SMS.
Dari sudut lain, generasi "yang tidak berkepentingan" ini sebenarnya berpotensi mewujudkan satu kekuatan baru, yang sebenarnya amat diperlukan rakyat dan negara, bagi menjamin pelaksanaan dan pemerataan keadilan.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Ungku Aziz dalam kata pengantar buku Mahasiswa Menggugat, tulisan Mohamad Abu Bakar (1973) mencatatkan: "Mahasiswa bukan sahaja berhak mengeluarkan suara intelek mereka, akan tetapi boleh dikatakan mereka wajib memberi syor serta teguran ..."
Tempoh mahasiswa di universiti cukup singkat, sekitar tiga tahun, tetapi masa efektif untuk terbabit aktif hanya lebih kurang setahun sahaja, namun bisa suara gerakan pelajar cukup menikam, seperti dibuktikan di negara-negara luar, malah berupaya menjatuhkan sesebuah regim.

"Saya lebih percaya ketulusan suara mahasiswa," kata seorang veteran politik, "dan jangan sakitkan hati mereka dengan membuat dakwaan melulu bahawa mereka diperalatkan oleh pihak tertentu. Kalau nak sanggah hujah mereka pun tolaklah dengan baik, jangan perlekeh seperti budak sekolah."

Thursday, January 26, 2012

AUKU tidak perlu dikaji, hapus sahaja



SHAH ALAM, 26 Jan: Pakar Undang-undang dan Perlembagaan, Prof Dr. Aziz Bari (gambar) menegaskan bahawa Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu lagi dikaji keberkesanannya, yang perlu adalah mansuhkan sahaja.

Beliau yang berkata pada program wacana di kompleks Karangkraf hari ini memberitahu undang-undang yang sedia ada di negara ini sudah merangkumi semua perkara jika seseorang itu melakukan kesalahan samada mahasiswa ataupun mereka yang berada di luar.

"Universiti sekarang perlu fokus kepada sebuah pusat akedemik bukannya mencampuri urusan lain, jika sebuah pusat pendidikan lebih tertumpu kepada apa yang berlaku sekarang saya pasti tahap pendidikan negara ini tidak dapat menandingi universiti di negara-negara luar.

"Kita tidak perlu buang masa untuk mengkaji semula AUKU, kenapa perlu satu pembaziran yang besar dalam kita membuat kajian untuk sebuah pindaan. Tidakkah kita boleh memansuhkannya terus," jelasnya.

Tambahnya lagi, melihat kepada kebangkitan Universiti Malaya sebelum wujudnya AUKU, pentadbiran dan juga pendidikan mereka cukup cantik malah berkesan apatah lagi kedudukannya diperingkat antarabangsa.

"Dalam keadaan sekarang apa perlu kita kekalkan AUKU setelah melihat kemerosotan sistem pendidikan negara, malah pelajar pula menjadi mangsa kepada sebuah akta yang jelas mengekang kebebasan mereka untuk bersuara.

"Malaysia telah cukup dengan segala undang-undang dan juga akta, ini dengan sendirinya kita tidak perlu lagi takut jika berlaku apa-apa perkara diluar jangkaan, kenapa kita ingin menambahkan lagi negara ini dengan akta AUKU ini," sambungnya lagi.

Aziz juga berpendapat, dalam keadaan negara ini juga memperlihatkan sikap pilih kasih yang mana ada pihak akan terlepas dari tindakan jika mereka mendokongi kumpulan pemerintah tetapi sebaliknya akan berlaku kepada mahasiswa yang menentang.

"Kalau AUKU dimansuhkan sekali pun, kita akan melihat terdapat dua perkara akan berlaku yang mana individu yang menyokong pemerintah tidak akan dikenakan tindakan tetapi sebaliknya akan berlaku kepada pihak yang menentang.

"Inilah masalahnya siapa yang mengadakan perhimpunan, pemerintah sudah pasti boleh memilih siapa yang perlu dikenakan tindakan," katanya lagi.

Kata Aziz lagi, terdapat dua pihak yang mempunyai perbezaan pendapat tentang AUKU dan rakyat sendiri mengetahui bahawa secara jelas Barisan Nasional menyokongnya tetapi tidak kepada Pakatan Rakyat, keputusan boleh dibuat pada pilihanraya nanti untuk melihat ia dimansuhkan terus atau masih lagi pada skala pindaan.

"Mahasiswa sudah cukup matang sekarang dan mereka tahu apa yang dilakukannya, kita perlu beri kebebasan kepada mereka dan tidak akan rosak sebuah pendidikan negara jika AUKU dimansuhkan.

"Pendidikan negara akan rosak dan tercemar jika wujudnya campurtangan pihak luar terutamanya mereka yang mempunyai kepentingan di dalam pentadbiran negara yang menentukan sepenuhnya perjalanan akedemik mahupun keputusan dan juga perlantikan seseorang pegawai peringkat tertinggi," sambungnya lagi.

Jelasnya lagi negara yang maju adalah sebuah negara yang tidak mempunyai undang-undang yang banyak bukannya negara yang bangga dengan pelbagai akta serta kekangan.


(Moderator dan anggota penal wacana)

Turut sama  dalam wacana tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pindaan AUKU/Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamad Maliki Mohd Rapiee, Pemangku Presiden/Naib Censelor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Anuar Ahmad, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa (Aspirasi Malaysia), Mohd Shahar Abdullah.

Manakala moderatornya adalah bekas pemimpin pelajar dan pengacara TV Al-Hijrah, Amin Idris.

Sementara itu pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli bersama beberapa anggota Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga turut mengikut wacana tersebut.

Harakah

Wednesday, January 25, 2012

Rampas tanah rakyat petanda kejatuhan Umno T'ganu




DUNGUN, 24 Jan: Pemimpin Umno cawangan yang memimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dikecam hebat oleh masyarakat setempat kerana “merampas” tanah yang sebelum ini dimiliki oleh Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) di Kampung Kolam Mak Tagar, Jalan Santong, Paka, Dungun.

Harakahdaily dimaklumkan, tanah berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepunyaan pihak sekolah agama rakyat itu seluas dua ekar dirampas serta diagihkan kepada pihak Umno dan JKKK kawasan itu.

SRIDB yang ditubuhkan pada tahun 2001 merupakan sebahagian dari Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan (MTIDB) yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sebagai Sekolah Rendah Agama Rakyat.

Manakala, tapak kompleks bangunan sekolah yang seluas dua ekar tersebut telah diluluskan oleh kerajaan negeri pada 22 Oktober 2003.

Antara yang telah dibangunkan iaitu bangunan tetap satu tingkat bagi menampung 10 kelas, bilik guru, pejabat, surau dan kantin.

Bahkan, dalam tempoh 11 tahun dari tarikh kelulusan tersebut kini kompleks SRIDB telah pun mempunyai beberapa buah bangunan bagi keperluan 350 pelajar serta 38 orang guru dan kakitangannya.

Mengikut pelan pembangunan SRIDB, cadangan pembangunan seterusnya untuk tapak parkir, pembinaan bangunan tambahan, pembesaran kantin, perumahan guru serta asrama anak yatim Darul Bayan.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik menyifatkan tindakan pihak JKKK Kampung Limbong yang bertindak ‘merampas’ tanah Sekolah  Rendah Islam Darul Bayan sebagai zalim.

Kata beliau, tindakan merampas tanah tersebut satu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan dan mesti ditentang oleh rakyat seluruhnya.

“Ini bukan pertama kali kerajaan Umno dan Barisan Nasional buat perkara yang memalukan dan kerana hendak memuaskan nafsu JKKK, mereka sanggup menafikan hak rakyat dan hak Darul Bayan.

“Tanah ini kita (sekolah) telah bayar Lesen Menduduki Sementara (TOL) sejak tahun 2003, 2004 dan 2005 lagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Ceramah Isu Semasa “JKKK Rampas Tanah SRIDB” di perkarangan SRIDB, Kampung Kolam Mak Tagar, Paka, Dungun.

Menurut Ustaz Abu Bakar, sejak tahun 2006 pihak kerajaan negeri di bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh telah membekukan pembayaran lesen TOL tersebut.

Beliau yang juga bekas Exco Kerajaan Terengganu menjelaskan pendidikan bukan isu biasa tetapi menjadi isu yang lebih penting dari isu-isu lain.

Ini kerana, katanya melalui pendidikanlah agama dapat disemai dalam diri setiap manusia dan rakyat menjadi baik.

“Kita (PAS) harap pihak berkenaan pulangkan semula hak (tanah) ini kepada pihak sekolah (SRIDB) sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini, kerana Allah SWT itu Maha Adil dan Bijaksana,” tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata tindakan pihak Umno dan JKKK merampas tanah SRIDB petanda kejatuhan kerajaan BN Terengganu.

Menurutnya, tindakan serupa pernah dilakukan sebelum ini terhadap sekolah Institut Berakan (IB) di Kuala Terengganu tahun 1991.

“Ini (tindakan) petanda Umno-BN akan jatuh di negeri Terengganu kerana perbuatan zalim rampas tanah sekolah agama rakyat (SRIDB).

“Mereka (Umno) pernah rampas dan roboh Institut Berakan tahun 1991 dan akhirkan mereka jatuh kerajaan tahun 1999.
“Ini bukan sekolah untuk berniaga, buat duit tetapi untuk mendidik anak-anak kita termasuk anak yatim dengan ilmu agama (Islam),” ujarnya.

Katanya, rakyat perlu membuat perubahan dalam pilihan raya dengan menolak Umno dan kerajaan BN serta memilih PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang.

Harakah Daily

Tuesday, January 24, 2012

Tunggu Kucing Bertanduk Dahulu Baru Polis Nak Tangkap Baharom Samseng Jalan Kebun


MUHAMAD RAZALI nama mat salleh nya BOB nama glamer BAHAROM


Kepada pihak Polis DiRaja Malaysia...laporan rasmi dah buat....video klip sudah diturun naik....gambar-gambar sudah ditempelkan...nama sudah diberi....diberitakan nombor plate motorsikal pun dah disiarkan....NAK TUNGGU APA LAGI?.....


ini suatu kesalahan yang menarik minat awam.. case of public interest....kes dimana sekumpulan anak-anak muda Melayu berjiwa UMNO dengan bersenjatakan kayu menyerang kaum India yang tidak berdosa dan bersenjata didalam Dewan di Jalan Kebun...

lagak dan gelagat mereka ini boleh menimbulkan kekacauan dan huru harakan keharmonian negara jika tidak dibenteras segera..

Bukankah rakyat sering disuapkan bahawa PDRM adalah satu agensi penguatkuasa yang paling cekap,efisen dan hebat didunia?....

2 orang mahasiswa/i yang buat gurau senda kasar kononnya nak ugut bunuh Hj Ah Jib Gor dengan menembak helikopter dan kapalterbang dinaikkinya sepantas kilat Polis berjaya mengesan dan mencekupnya?...


kes ini agak pelik juga...semacam ada kuasa ghaib yang menyekat pihak polis menjalankan tugas dan amanah tanpa gentar dan memihak..mohon PDRM jangan timbulkan persepsi yang kurang enak didengar oleh rakyat...

kalau setakat warga taraf bangsat ini pun polis gagal dan takut nak bertindak maka tidak hairanlah jika yang terlibat itu pembesar-pembesar negara waktu ini.....

lagilah kecut dan cuak nak diambil tindakan....inilah persepsi buruk yang terpalit ditubuh badan PDRM kini.....jika PDRM memiliki akal yang bijak dan waras...

maka ambilah kesempatan dan peluang yang amat baik ini untuk mengkikis persepsi kurang enak dan lunak ini dengan segera menangkap simamat melaon ini.....

tidak sukar untuk dikesan....pengedar dadah yang licik boleh diberkas inikan pula mamat pecacai UMNO taraf bangsat....pastikan janji sumpah ikrar PDRM benar-benar dilihat dilaksanakan...TEGAS ADIL DAN BERHEMAH.

Helo geng...sekarang mana mau lari haaaa.....lebih baik serah diri dimana-mana balai polis yang berhampiran....berani buat berani tanggunglah... masa nilah nak tengok siapa kawan siapa lawan kamu...mereka boleh berikan kata-kata semangat tetapi yang kena tangkap kamu daaaa...lain kali pakai otak walau pun kamu tu tak cerdik sebelum nak bertindak...sikap kamu itu memalukan bangsa Melayu...


Sumber: Bloglist Malaysia

Monday, January 23, 2012

Panas!!Gambar Samseng Umno Belasah Penyokong Pas Di Luar Masjid!


Kecoh di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan.
Sekumpulan jemaah yang baru selesai menunaikan solat jumaat di
Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan telah berkumpul untuk memberi
taklimat tentangg AUKU di luar perkarangan masjid telah digempur
dengan tidak bermoral oleh sekumpulan yang tidak puas hati dengan
sessi taklimat tersebut.

karatejau




Sumber: SiasahKini

Sunday, January 22, 2012

5 KUiN: “Tunggu PRU13, kita ajaaarrr grup anti demokrasi ini…!”

Menganai isu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak dibidas oleh grup mahasiswa kerana menggunakan AUKU untuk menafikan hak bebebasan mahasiswa di KUiN, Nasruddin Hasan at-Tantawi cuba memperlihatkan dirinya mengambil ‘jalan tengah’.

Dalam tulisan di laman sosial Facebook, beliau berkata beliau tidak menyokong mana-mana pihak baik grup Azizan mahupun grup mahasiswa berkenaan.

Pendirian itu nampaknya tidak jelas.


Pendirian itu sekaligus tidak menjawab isu paling pokok, beliau sokong AUKU yang ternyata zalim itu atau tidak?

AUKU sah zalim. Sebab itu PAS senada dengan Pakatan Rakyat menolak kezaliman AUKU.
AUKU sah zalim. Sebab itu juga PAS bersama Pakatan Rakyat mengemukakan Tawaran Jingga kepada rakyat untuk bersama-sama menghentikan kezaliman kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno Barisan Nasional.

AUKU ini sah zalim. Sebab itu PAS melalui Timbalan Ketua Dewan Muslimat Dr Siti Mariah Mahmud baru-baru menyatakaan iltizam untuk bersemuka dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak jika pemuda tidak ada upaya.

Isu paling pokok yang sapututnya menuntut pendirian Nasruddin bukan nak menyebalah Azizan atau mahasiswa tertindas berkenaan.

Tetapi, Nasruddin perlu memberi pendirian untuk menyokong layanan zalim Azizan atau tidak.
Ini kerana, AUKU sah zalim.

Ini kerana, punca UMNO dianggap zalim antaranya kerana menyokong perlaksanaan undang-undang zalim bernama AUKU.

Sokong AUKU bermakna sokong kezaliman. Sokong pendirian Azizan menggunakan AUKU oleh pentadbiran Azizan menindas mahasiswa yang berkenaan pun adalah menyokong kezaliman.

Muslimat pun boleh memberi pendirian yang jelas, iaitu berbeza pendapat dengan amalan yang tidak demokratik yang dikaitkan dengan grup Ketua Pemuda PAS Kedah.

Takkan Ketua Pemuda PAS Malaysia memberi pendirian yang begitu longgar.


Masanya telah tiba untuk rakyat Malaysia khususnya mahasiswa untuk bersikap objektif – iaitu pendirian Nasruddin atau Pemuda PAS Malaysia atau pentadbiran Azizan – kalau ‘ya’ menyokong AUKU, itu sebenarnya bukan pendirian asasi PAS dan Pakatan Rakyat.

Kalau nak protes grup anti demokrasi ini pada PRU13, janganlah sampai protes calon-calon yang demokratik lain dari PAS dan Pakatan Rakyat.

Kita lawan Umno kerana Umno zalim. Sesiapa pun yang zalim walaupun dari kalangan pemimpin jamaah PAS, kita kena lawan sebab Rasulullah s.a.w larang kita ‘asobiyyah’.

Mungkin grup ini lupa, menjelang PRU2008 gerakan “kita ajarrrr” disebut-sebut oleh rakyat marhaen di Kelantan kerana tidak berpuas hari dengan beberapa amalan tidak demokratik di negeri jolokan ‘serambi Makkah’ berkenaan.

Implikasinya, PAS hampir tumbang pada pilihan raya tersebut disebabkan kuasa rakyat.
Demokrasilah! Atau bersedia terima protes rakyat sebagaimana yang sedang didepani oleh parti zalim bernama Umno Barisan Nasional.

“TUNGGU PRU13, KITA AJAAARRRR”

Sumber: Nota Merah

AUKU : TEGAH SEBELUM JATUH

[1]
Kezaliman perlu ditolak. Semua agama tolak kezaliman. Ekoran itu, mustahil Islam sokong kezaliman. Jika didakwa Islam sokong kezaliman, secara tidak sengaja telah menghina Islam itu sendiri.

Antara bentuk kezaliman adalah, memandomkan akal manusia; projek membodohkan manusia; projek melembabkan manusia berfikir. Kezaliman bentuk, dinukilkan oleh Allah SWT dalam al-Quran.

Firman Allah dalam surah Zukhruf ayat 54, “Maka Fir'aun merendah-rendahkan (akal)  kaumnya lalu mereka patuh kepadanya. Karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq”.

[2]
Apabila zalim, maka wajib dihapuskan. Hendaklah digunakan segala tenaga yang ada untuk dihapuskan kezaliman tersebut sehingga ia tidak ada lagi.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa dari Abu Sa’id al-Khudri berkata bahawa Nabi Muhammad SAW ada bersabda, “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia tukar dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lidahnya; jika tidak mampu, maka benci dalam hati, maka itu adalah selemah-lemah Iman”.

Kemungkaran itu, ada yang melibatkan individu, dan ada melibatkan orang ramai. Jika kemungkaran individu yang tidak melibatkan orang ramai pun wajib ditukar, maka terlebih wajib ditukar terhadap kezaliman, kerana ia melibatkan orang ramai. Lebih-lebih lagi, melibatkan pemandoman akal seperti AUKU.

[3]
Apabila AUKU zalim, maka ia wajar dihapuskan. Menghapuskan AUKU ini adalah kuasa kerajaan Pusat. Ekoran itu, ia bukan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi kuasa kerajaan BN.

Pakatan Rakyat mempunyai dasar yang bijak; mahu hapuskan AUKU. Ia telah dibuktikan di Negeri Selangor, pimpinan Tan Sri Khalid, juga rakan-rakan dari parti PKR, PAS dan DAP. Di negeri selain itu, agak samar-samar. Kelihatan seperti di mulut kata benci AUKU, tindakan pula seperti sebaliknya.

[4]
Sebagai kerajaan pakatan rakyat, jika tidak mampu menghapuskan AUKU dengan “tangan”, tetapi wajib dihapuskan dengan “lidah”. Jika tidak mampu, sepatutnya dihapuskan dengan “benci dalam hati”. 

Tindakan berdiam diri, dengan tidak menggunakan segala kuasa yang ada untuk menafikan pengamalan AUKU adalah seperti menyokong AUKU, iaitu seperti tidak membenci dalam hati. 

Jika dalam hadis, mungkar yang dibenci dalam hati pun sudah dikira sebagai selemah-lemah iman, bagaimana pula tidak membenci dalam hati? 
[5]
Ada pula sebilangan manusia yang dilihat serius melawan AUKU diperingkat nasional. Apabila AUKU digunakan oleh UMNO, maka kelihatan dia kehadapan. Tetapi, jika dibuat oleh golongan dari kalangannya, maka didiamkan.

Jika sudah diiktiraf AUKU sebagai zalim, maka ia wajar dihapuskan, walau dari siapa sahaja yang melakukannya. Jika terhadap UMNO sahaja dilawan, sedangkan “geng sendiri” buat didiamkan, itu sudah digelar sebagai Assobiyyah.

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, daripada Abu Fusailah berkata bahawa Nabi SAW ditanya tentang Asobiyyah, lalu dijawab Nabi Muhammad SAW, “tetapi (Assobiyyah) adalah membantu seseorang lelaki terhadap kaumnya terhadap kezaliman”


[6]
Tindakan zalim, dan berdiam diri dengan kezaliman adalah bahaya. Ini kerana, sesuatu kerajaan boleh jatuh berfaktorkan kezaliman.

Ibn Taimiyah ada menyatakan dalam kitab al-Hisbah, “Sesungguhnya Allah SWT tolong Negara yang adil, walaupun negara itu kafir sekalipun. Allah SWT tidak akan tolong Negara yang zalim, walaupun Negara itu mukmin sekalipun”.

Dalam al-Quran, Allah SWT ada berfirman dalam surah Hud ayat 117, “Tuhan kamu tidak akan membinasakan penempatan secara zalim, sedangkan rakyatnya saling melakukan islah (pembaik pulih)”.

Dengan maksud, penempatan yang tidak ada islah, malahan penuh dengan kezaliman, akan dijatuhkan oleh Allah SWT.

Jadi, berhati-hatilah dengan kezaliman. Jangan jadi orang yang buat zalim, dan jangan jadi orang yang berdiam diri dengan kezaliman. Mungkin berdiam diri kerana mahu menjaga hati rakan taulan, tetapi berdiam diri itu dibimbangi mengundang kemurkaan ilahi. 

Sekiranya kamu tidak takut pada kemurkaan Allah SWT yang bakal menimpa, cubalah takut kerajaan kamu akan jatuh. Ini kerana, kejatuhan kerajaan kamu itu mengundang banyak keburukan berbanding kebaikan. 

Wallahu ‘Alam.

Sumber: AL-BAKISTANI

Thursday, January 19, 2012

Pendedahan Khalid Memalukan Ahsan

By ismet_ulamraja

Minda Sayuti Omar Dalam sidang akhbar mengumumkan perlantikan Exco baru kerajaan Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai mengganti Hasan Ali @ Ahsan Akidah serta rombakan kecil portfolio, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan sesuatu yang tidak disangka oleh orang ramai iaitu mengenai surat Hasan Ali kepadanya. Oh rupa-rupanya ada protes senyap oleh Ahsan terhadap tindakan segera Khalid itu.

Menurut Khalid, Hasan ada menghantarkan surat kepadanya mempertikaikan tindakannya untuk melantik penggantinya yang dipersoalkan terlalu awal. Menurut Khalid dalam surat itu Hasan memberi tahunya dia masih lagi ada peluang dan ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Ulamak. Ertinya Ahsan masih merasakan dia masih ahli Pas padahal secara tektikalnya dia sudah pun bukan ahli Pas lagi.

Tektikal inilah yang Ahsan tidak faham dan sekaligus menunjukkan dia jahil politik. Kalau dia arif dan mengerti tindakan politik, bila parti mengambil tindakan drastik itu bermakna adalah masalah parti disebaliknya. Saya sudah mentafsirkan tindakan drasktik dengan memberi edah selama sebulan itu satu startegi untuk membuang Ahsan.

Itulah kerana terlalu bijak dan pandai cakap hal-hal seni kejahatan seperti urusan pemecatan beliau itu tidak sempat diketahui. Malangnya lagi nasihat orang tidak mahu dengar dan ego dengan kecerdikan sendiri yang tidak banyak membawa untung.

Pendedahan Khalid tentang surat Hasan yang membawa maksud supaya tidak menyegerakan melantik penggantinya sesuatu yang memalukan. Dengan pendedahan itu menunjukkan Hasan yang sebelum ini cakap sedap, keras dan berbunyi tegas jadi sebaliknya. Orang boleh membuat ulasan yang surat itu seolah-olah Ashan menyesal atas apa yang berlaku.

Surat yang didedahkan oleh Khalid itu juga membolehkan orang mentafsir yang Hasan berharap jawatan itu akan terus dipegangnya. Orang mentafsir yang dia hendak merayu dan mengharap rayuan diluluskan. Mungkin Ahsan sudah berbincang dengan mana-mana ahli Majlis Syura Ulamak akan mempertahankan dirinya dan berharap jawatan Exco itu akan kekal kepadanya.

Langkah diambil Khalid itu tidak salah dan tidak perlu dipersoalkan Ahsan. Sebagai seorang yang patuh kepada peraturan dan profesional dalam administratif jujur dalam pentadbiran Khalid bertindak mengikut maklumat dengan menggunakan kuasa yang ada kepadanya.

Katanya dia menerima surat pemakluman dari ibu pejabat Pas mengenai Ahsan Akidah dipecat bertarikh 10 Januari. Menurutnya dalam surat itu tidak pun dijelaskan soal rayuan. Khalid hanya berpandu kepada isi surat berkenaan dan tentulah dia menerima pemakluman itu sebagai muktamad.

Sebagai ketua eksekutif Khalid perlu mengambil tindakan dan menyegerakan mengisi kekosongan itu. Dia perlu berbuat begitu seberapa cepat yang boleh kerana ia ada sangkut paut dengan kepentingan rakyat. Khalid dalam soal ini meletakkan soal rakyat lebih utama daripada memikirkan atau simpati kepada Ahsan.

Ahsan sebenarnya tersalah langkah. Dia sepatutnya memaklumkan surat itu kepada istana Selangor dan bukan pejabat MB Selangor. Di sini kebijaksanaan Ahsan boleh dipertikaikan. Inilah yang dikatakan Ahsan mendapat nasihat yang tidak pandai dan lebih kepada 'kaki pong' sahaja, alhasilnya dia terlepas segala-galannya.

Dengan protes kecil itu saya beranggap Ahsan sayang untuk melepaskan jawatan itu walaupun sebelum ini dia berkata, dia akan terus berjuang samada jadi Exco atau tidak. Kalau dia tidak sayang dan terkedu dengan pemecatannya itu untuk apa dia hantar surat mempersoalkan tindakan Khalid. Kalau kita redha dan merasa kuat dan mendapat sokongan ramai, peduli sama ada Khalid hendak segera atau tidak hendak mencari pengganti.

Tetapi jadi sebaliknya. Ahsan mempersoalkan dan persoalan itu menyebabkan Ahsan kini dilihat sudah terjempit. Untuk pengetahuan Ahsan apa-apa isu atau perkembangan dalam politik ia berjalan dan bergerak begitu cepat dan pantas. Ia laksanakan kereta api laju yang akan meluncur tanpa mempedulikan kepada mana-mana penumpang yang lambat atau merasa dia akan ditunggu oleh keretapi itu.

Ahsan adalah penumpang yang hendak menaiki atau mempermainkan dengan kereta api laju. Walhasilnya jadilah Ahsan seperti hari ini penumpang malang yang mahu naik koc kelas pertama tetapi natijahnya dia ditinggal keretapi.

Nasihat akhir saya untuk Hasan lebih baik beliau redha di atas apa yang berlaku seperti mana yang diucap-ucapkan sebelum ini. Dia pernah berkata kepada saya yang berbunyi begini; "hari ini kalau di Selangor ada pemimpin muda yang lebih berkelayakan, saya akan redha melepaskan jawatan saya kepada pemimpin sebegitu..." Nah pemimpin muda itu kini sudah pun ada dia ialah Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Rani Osman maka Ahsan hendaklah mengotakan kata-katanya itu.

Sedap telinga saya ketika mendengar pengucapan Ahsan tempoh hari, bangga dengan semangat dan pendiriannya. Sifat begitulah yang dimahui, tetapi apabila sebaik terlepas keretapi laju, Ahsan merembas beg dan bergelepar dan meraung-raung menyebabkan penghormatan saya kepada beliau terus hilang.

Kepada salah seorang penasihatnya, saya sudah cakap Ahsan akan menjadi tumpuan dan kata-kata berbisa kerana kedudukannya sebagai ahli Pas dan seorang Exco. Selepas ini sesudah dia tidak jadi Exco tidak ada siapa akan menghairaukan dia lagi. Justeru mintalah Ahsan berhenti dan pertelagahan beliau dengan Mustapa Ali sudah dimenanginya.

Kalau Ahsan diam dan tidak terus mempersoalkan Pas dia akan tetap kekal sebagai Exco dan dia juga saya yakin akan diberikan tempat untuk bertanding dalam pilihan raya. Percayalah, tekan saya bergaduh dengan jemaah tidak akan menang betapa hebat, gah, bijak mana sekalipun kita.

Saya sudah memberi kata-kata nasihat itu. Apakah ia sampai ke telinga Ahsan atau tidak walahualam, tetapi orang yang mengambil nasihat itu adalah orang yang berada dengannya sepanjang hari dan akan berhubung tidak kurang 10 kali sehari.

Akhirrul kalam, nasib Ahsan hari ini tak ubah seperti ais di dalam gelas yang mengandungi air panas, dia akan mengecil kemudian akan tenggelam didalam gelas larut bersama air kemudian menjadi sejuk. Ibarat bekas air dikedai kopi selepas pelanggan bangun pergi tuan kedai akan mengambil gelas itu dan mencurahkan air bekasan itu ke dalam longkang.

Nampaknya Ahsan kini sudah pun hampir dengan longkang! [wm.kl.5:41 pm 18/01/12]

Ps: Lepas ini saya tidak akan mengulas dan menyebut nama Ahsan lagi kecuali keadaan memaksa, cukuplah. 


Sumber: Minda Rakyat

Apalah Nasib Penduduk Asal Sarawak!!!


Penduduk Asal Tidak Memiliki Sijil Kerakyatan

Isu penduduk asal yang tidak memiliki kad pengenalan dan sijil atau surat beranak sepatutnya tidak berlaku lagi dalam negara Malaysia tetapi ini masih lagi berlaku dalam Sarawak.

Ramai penduduk yang tinggal di pendalaman Sarawak mengadu mereka masih belum lagi diberi kad pengenalan disebabkan mereka tidak memiliki dokumen seperti surat beranak yang disahkan oleh penghulu atau ketua kampung tempat kelahiran mereka.

Apabila mereka mengadu kepada wakil rakyat, pemohonan mereka ditolak disebabkan wakil rakyat tidak mempunyai kuasa untuk memberi bantuan bagi mendapatkan surat beranak dan juga kad pengenalan.

Masalah ini timbul apabila mereka datang ingin memohon bantuan kerajaan untuk mendapatkan BR1M (Borang Rakyat 1 Malaysia) dan apabila anak mereka ingin melanjutkan pelajaran dan juga apabila isteri mereka hendak bersalin di hospital kerajaan.

Kita amat simpati akan nasib yang menimpa penduduk asal yang tidak memiliki dokumen seperti surat beranak dan kad pengenalan ini. Mereka ini akan terus terpinggir kerana tidak diberi layanan yang sepatutnya sebagai rakyat Malaysia.

Bukannya dengan memberi alasan Sarawak ini sangat luas dan penduduknya tinggal berselerak di merata tempat maka sukar untuk memberi mereka sijil atau surat beranak dan juga kad pengenalan.
Jika itu alasannya maka kerajaan Sarawak sepatutnya membina lebih banyak lagi jalan perhubungan dan juga memberi kemudahan asas serta infrastrutur di pendalaman Sarawak. Tidak dinafikan memang ada juga jalan penghubungan yang dibina tetapi tidak memadai kalau sekadar ditempat-tempat tertentu saja.

Kerajaan Sarawak perlu segera mencari jalan serta membantu menyelesaikan masalah penduduk asal yang tidak memiliki dokumen surat beranak dan kad pengenalan ini kerana perkara ini sudah lama berlaku sejak zaman penjajah British lagi.

Pihak kerajaan Sarawak dengan kerjasama JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) kena turun ke kampung-kampung di pendalaman dan memberi penerangan serta kelonggaran untuk penduduk yang belum berdaftar kelahiran mereka. Disebabkan jalan perhubungan di Sarawak masih lagi teruk dan sukar untuk penduduk di pendalaman keluar mendaftar kelahiran anak mereka maka tugas ini perlu dilakukan oleh pihak JPN dengan kerjasama kerajaan Sarawak.

Jangan biarkan mereka seperti pendatang asing tanpa izin sedangkan datuk nenek moyang mereka sudah lama menetap di Sarawak sebelum kedatangan penjajah lagi.

Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius oleh kerajaan Sarawak demi menjaga kepentingan dan tanah penduduk asal dari dicerobohi oleh pendatang asing yang mengambil hak peribumi Sarawak dengan sewenang-wenangnya.

Harap perkara ini dapat diatasi dengan segera demi menjaga kebajikan penduduk asal Sarawak tanpa mengira kaum,agama dan fahaman politik. PAS dan Pakatan Rakyat akan sentiasa memberi kerjasama dengan pihak kerajaan untuk menjaga kepentingan semua rakyat.

Jofri Jaraiee
PAS Miri


Sumber: Tranungkite

Felda guna polis bantuan halang Anak ke Perasu

GUA MUSANG, 18 Jan: Peneroka di Felda Perasu dekat sini terkejut apabila melihat ramai anggota polis bantuan Felda dikerah berkawal di rancangan kemajuan tanah (RKT) terbabit.

Mereka mendakwa sejak kelmarin anggota polis bantuan terbabit dilihat berada di kawasan tersebut.
Malah kata peneroka ramai anggota polis bantuan berkenaan didatangkan khas dari Felda Kechau di Pahang bagi membantu anggota sedia ada di kawasan itu.

“Saya melihat ada lima kenderaan jenis pacuan empat roda dinaiki anggota polis bantuan terbabit termasuk yang mempunyai anjing pengesan.

“Seolah-olah rusuhan akan berlaku di sini,” kata sekumpulan peneroka ketika ditemui di sebuah kedai kopi di Felda Perasu petang semalam.

Rupa-rupanya tambahan anggota polis bantuan Felda didatangkan khas ke Felda Perasu bagi menghalang Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mengadakan pertemuan dengan peneroka di kawasan itu.

Dua laluan utama ke Felda Perasu dikawal ketat oleh anggota polis bantuan Felda. Setiap kenderaan yang memasuki kawasan itu disekat dan menanyakan apa tujuan kedatangan mereka.

Lebih aneh lagi program Anak bersama peneroka Perasu sudah mendapat kelulusan polis melalui permit yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah.

Bagaimanapun hasil rundingan Pengerusi Badan Bertindak Pewaris Bumi Wilayah Kesedar (Waris), Hamdan Jusoh dan Penyelia Parlimen Gua Musang, Abdullah Hussin serta peneroka hanya beberapa kenderaan termasuk dinaiki Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dibenarkan masuk.

Sekatan tersebut menyebabkan perjumpaan dengan peneroka dan jamuan laksa yang sepatutnya diadakan jam 3 petang terlewat.

“Saya tidak pasti apa sebenarnya laporan dihantar pihak pengurusan Felda Perasu kepada pihak atasan sehingga dikerah begitu ramai anggota polis bantuan ke sini.

“Tidak pernah berlaku lagi kawalan yang begitu ketat dibuat, seolah-olah akan berlaku rusuhan di sini,” kata seorang peneroka yang enggan mendedahkan identitinya.

Mazlan berkata, beliau bersama rombongan Anak dan Waris datang sekadar untuk bertemu mata dengan peneroka bagi menyelami masalah dihadapi mereka.

Lagi pun kata beliau, perjumpaan itu mendapat kebenaran pihak polis melalui permit yang dikeluarkan, namun Felda pula cuba menghalangnya.

“Saya datang ke sini dijemput peneroka tempatan bagi berbincang dengan mereka. Ia tidak lebih daripada itu,” ujarnya.

Beliau juga mencadangkan kerajaan Kelantan mewujudkan pasukan khas (task force) yang diseliakan anggota Exco berkaitan Felda dan Kesedar.

Menurutnya pasukan khas seperti itu sudah diwujudkan di Selangor dipengerusikan seorang anggota Exco berperanan menangani masalah yang dihadapi peneroka Felda.

Kedatangan Mazlan dan rombongan Anak juga dikecam melalui beberapa sepanduk yang digantung di kawasan Felda terbabit dipercayai didalangi pihak tertentu.

Harakah

Wednesday, January 18, 2012

PANAS!! 1000 Hektar Tanah Melayu di Perak dijual kepada negara asing.


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang…

Itu adalah sebahagian dari lirik lagu yang digunakan oleh jentera-jentera UMNO untuk membakar semangat peserta-peserta di Biro Tata Negara..


Malangnya biarpun ianya boleh dikatakan dihafal oleh sebahagian besar ahli-ahli UMNO namun ianya sekadar meniti dibibir mereka sahaja..

Begitulah apa yang telah terjadi kepada 1000 hektar hutan simpan di Teluk Rubiah bersebelahan Teluk Batik, Lumut, Perak.. dulunya ia milik kita kini bumi yang dipijak itu telah menjadi milik orang.

Ini kerana ianya dikatakan telah dijual oleh pentadbiran Zambry kepada syarikat dari negara asing iaitu Vale dari Brazil.


Kawasan pantai yang dulunya bebas digunakan oleh nelayan, tidak lama lagi akan menjadi kawasan larangan buat nelayan.

Bukan itu saja, semakin lama, semakin banyak kawasan di Pangkor yang sudah tidak boleh diakses oleh penduduk tempatan. Kawasan-kawasan tersebut sudah jadi milik swasta.



Zambry dan penyokong Umno riuh rendah bila Nizar umumkan pemberian tanah kepada penghuni PPRT dan Kampong Baru, tapi diam bila tanah-tanah rizab Melayu tergadai ketangan orang asing.

Bukan setakat tanah-tanah yang tergadai, malah Pengkalan Tentera Laut di Lumut juga kini sudah terdedah kepada ancaman asing. Pengkalan Tentera Laut kini cukup mudah diceroboh apabila lebih 1000 hektar yang dahulunya hutan simpan di Teluk Rubiah, kini sudah dijual kepada syarikat dari Brazil. Berapa keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri? Apa nikmat yang akan diperolehi oleh rakyat tempatan?

Pengkalan TLDM juga terletak berdekatan dengan Teluk Rubiah dan Teluk Batik. Bila siap jeti yang berharga RM700 juta untuk mengangkut bijih besi nanti, kapal-kapal TLDM akan kelihatan seperti bot nelayan. Apabila beroperasi nanti, kapal-kapal pengangkut bijih besi yang akan memasuki jeti di Teluk Rubiah akan memenuhi pantai. Kapal pengangkut bijih besi yang akan masuk ke Teluk Rubiah merupakan kapal yang terbesar didunia.

Kawasan seluas lebih 1000 hektar dimana pusat pengumpulan bijih besi ini pula merupakan kawasan persendirian. Kawasan tersebut sudah dijual kepada syarikat Vale dari Brazil.

Kerajaan negeri sudah tak ada hak bagi kawasan tersebut. Ia sudah jadi kawasan autonomi Brazil sebab ia adalah milik sepenuh Vale Brazil. Bagaimana kawasan strategik yang bersebelahan dengan Telok Batik dan pengkalan TLDM boleh dijual bulat-bulat kepada syarikat asing?


Pantai Teluk Rubiah adalah diantara pantai yang cukup cantik di Lumut. Pantainya landai dan airnya bersih tapi sekarang sudah tidak boleh diakses. Bukit-bukit ditarah…bukan saja dengan jentolak malah menggunakan dinamite.



Bagaimana dinamite boleh digunakan dikawasan yang berhampiran dengan pengkalan TLDM?



Petikan dr komen NGO terhadap Jeti VALE Brazil di Teluk Rubiah: “Sementara kesan terhadap alam sekitar masih menjadi persoalan, impak kerana jeti ini dipegang warga asing pula menimbul pelbagai persoalan lain. Dan berapa banyakkah spinoff downstream value (aliran tunai ke bawah) kepada rakyat Perak juga masih tidak terjawab.

"Kerajaan Perak di bawah Zambry sedang melakukan sesuatu yang tidak sihat yang tidak pernah dilaksanakan jika ia tetap membenarkan syarikat asing untuk memiliki jeti di satu lokasi yang begitu strategik seperti di Lumut,” blog tersebut memberikan amaran.

“Mengapa kerajaan Perak begitu baik kepada Vale?” soalnya, sambil bertanya apakah projek ini menguntungkan rakyat Perak atau sekadar memenuhi objektif syarikat asing yang mempunyai duit.

“Sebab kontrak untuk membina fasiliti Vale kebanyakkannya diberikan kepada warga asing, di mana hanya sebahagian kecil sahaja jatuh ke tangan syarikat Malaysia. Kontrak rekacipta jeti berjumlah RM675.8 juta telah diberikan kepada Netherlands’ Royal BAM Group,” katanya lagi - sila baca di SINI

Jelas kepada kita kini.. demi mengejar kepentingan mereka pemimpin-pemimpin UMNO rela menjual tanah milik negara kepada bangsa dari negara asing tanpa mempedulikan keselamatan negara..

Anak Sungai Derhaka

Tuesday, January 17, 2012

NGO Wargakilang: Kemiskinan di Kemaman

Berbicara mengenai isu Kemiskinan di Malaysia, daerah Baling di Kedah tempat kelahiran saya secara sinonimnya sering dikait rapat dengan masalah ini. Namun, tidak ramai antara kita yang tahu bahawa melalui kajian secara ilmiah, isu kemiskinan ini bukan saja ada di Baling tapi wujud secara melata di seluruh Negara.

Melalui carian di Google, saya dapati pada tahun 1960an lagi kajian mengenai isu ini sudah pun ada dilakukan oleh Prof Diraja Ungku Aziz, di mana beliau telah mengambil masa selama enam tahun utk melakukan penyelidikan tersebut, bermula di Ulu Tiram, Johor pada tahun 1963, sebelum ke Kedah, Perlis, Beserah Pahang, Kemaman Terengganu dan juga di Kelantan.

Antara penemuan beliau yang agak memeranjatkan waktu itu ialah masalah kemiskinan ini telah menyebabkan berlakunya KEBULURAN di Kemaman, Terengganu. Beliau juga mendapati masyarakat di situ menangkap ikan untuk dijual dan hasil jualan tersebut digunakan untuk membeli barang keperluan terutamanya beras.

Kerana itu, apabila seorang sahabat dari Pantai Timur menulis di laman facebook NGO Wargakilang, bertanyakan bilakah pula team wargakilang nak buat program amal bantu org2 miskin di Pantai Timur; ianya terus mengingatkan saya kepada kajian Pak Ungku Aziz ini. Teringin juga nak tengok, kalau pun bukan KEBULURAN tetapi masih wujudkah lagi masalah KEMISKINAN di Kemaman?

Lalu, di weekend yang lalu, selepas habis ja kerja jam 6 petang, kami terus bertolak dari Kedah ke Tganu untuk membuat tinjauan bagi mencari dan mengenal pasti keluarga miskin di sana – sekiranya ada – untuk dibantu setakat yang terdaya. Kami sampai di sebuah homestay di Kuantan sekitar jam 2 pagi.

Pagi-pagi besoknya, melalui seorang rakan , kami dibawa ke perkampungan Nelayan di sana. Masyaallah tak saya sangka, rupa-rupanya kenyataan Pak Ungku berkenaan isu kemiskinan di Kemaman ini bukan setakat benar tapi memang ada wujud hingga ke hari ini.

(Rumah seorang Nelayan yang berbumbung tarpan dan zink paras kepala, anak 8 orang tinggal bersesak-sesak, di musim tengkujuh tidak dapat turun ke laut, cari pendapatan tambahan dengan menangkap ketam; waktu kami ke sana, cuma dapat 2 ekor ketam kecik – bukan setakat nak jual nak makan sekeluarga pun tak cukup!)

Memetik kata-kata dari mulut sahabat kami, anak jati Kemaman, kerja kilang di Kemaman, dia cakap:

“Saya ini orang asal Kemaman, bila NGO Wargakilang minta saya tolong survey/cari tengok keluarga miskin di Kemaman ini, bila saya pergi cari – baru saya tahu rupa-rupanya di sini memang ramai orang miskin. Saya tak tahu pun sebelum ini, kalau saya tak pergi cari ini memang saya tak tahu - sungguh!”

Rata-rata keluarga Nelayan yang kami kunjungi itu bekerja di kapal orang (bukan kapal sendiri), anak-anak kecik masih bersekolah, isteri tidak bekerja. Sudah hampir 2 bulan tidak turun ke laut kerana musim Tengkujuh dan musim Ombak Besar yang melanda kawasan berkenaan sejak bulan Nov lagi. Seperti kajian Pak Ungku tadi, tanpa hasil laut, tiadalah beras di dapur.

 


Di waktu-waktu sebegini, BERAS yang selalu kita lihat bertimbun2 di ECONSAVE/K-4/GIANT/TESCO dan sebagainya itu adalah bernilai EMAS buat mereka. Di waktu-waktu sebegini, SARDIN TIN dan MILO adalah makanan mewah dan minuman lazat buat anak-anak mereka.

Di musim-musim hujan sebegini, BISKUT KERING dan KOPI-O adalah juadah istimewa untuk sekeluarga. NESCAFE dan BISKUT/COOKIES berjenama pula adalah sesuatu yang di luar mimpi mereka.


Namun begitu, sedihnya ada pihak cuba menangguk di air keroh di atas kesusahan hidup yang menimpa mereka ini. Entah apa tujuan, kerana politik barangkali, ada berbagai pihak sering datang kononnya nak buat bancian nak bagi bantuan minta maklumat itu ini daripada mereka.

Mungkin kerana itu agaknya, sahabat kami tadi tak pasal-pasal kena sergah waktu beliau datang buat tinjauan sebelum kedatangan kami ini. Sorang pakcik tu cakap, kalau setakat nak datang ambik nama tak payahlah, sebelum ini pun dah berpuluh dan orang yang datang tapi apa pun tak ada.

(Nasib baik Pakcik tu tak ada di rumah waktu saya pi interview isterinya ini, kalau tidak dengan saya sekali kena sergah)

Bila dengar sahabat saya bagitau macam tu , saya kata kesian kat depa, sudahlah hidup dalam kesempitan bertarung hidup menunggu musim tengkujuh yang masih berpanjangan, tiba-tiba ada pula pihak-pihak yang mempermainkan mereka begitu saja.

Saya kata, tak apalah - mungkin kami orang yang ke-21 mai melawat dan tanya macam-macam minta maklumat kat depa, tapi insyaallah kami tak akan hampakan harapan mereka; saya bagi tahu sendiri kpd keluarga-keluarga ini, pada tarikh 22 Jan 2012 lebih kurang jam 11 pagi jangan pi mana-mana, insyaallah ada insan-insan yang prihatin yang akan turun mai, bawa mai bantuan kat depai, insyaallah.

Seterusnya sahabat kami ini membawa kami ke beberapa buah lagi kawasan perkampungan Nelayan di Kemaman; tidak kami sangka di celah-celah kemiskinan yang menghimpit kaum Nelayan ini ada juga ramai golongan Ibu Tunggal yang memerlukan bantuan.

Rata-rata yang kami kunjungi, walau pun mendapat sedikit bantuan daripada JKM tetapi tidak cukup untuk menampung hidup terutamanya perbelanjaan anak-anak kecik yang masih bersekolah.

Salah seorang yang kami ziarah ialah Puan Zalipah Bt Seman, 37 tahun, seorang Ibu Tunggal yang membesarkan 7 orang anaknya dengan hasil menjahit.



(Pn Zalipah bersama anak-anaknya: Zulaikha, Nurul Huda, Mohd Amin, Aishah, Atikah, Mohd Ikhwan dan Najwa)

Bayangkan TUJUH orang anak, yang sulung tingkatan 4 dan yang bongsu berusia 3 tahun; bulan December hasil menjahit cuma dapat RM500 belum ditolak modal, dan bulan sebelum itu RM350 juga belum tolak modal. Bagaimanakah agaknya 8 beranak ini boleh survive dengan pendapatan bulanan yang jauh di bawah paras kemiskinan tegar ini?

Mungkin kerana itu, dua orang anak pompuannya yang di tingkatan 4 dan tingkatan 2 tidak ada pilihan, tetapi terpaksa mengorbankan masa mengulangkaji pelajaran untuk membantu ibunya menjual Burger di hadapan rumah. Menurut Puan Zalipah, hasil jualan burger yang tak seberapa itu (berapa ramai sangatkan org Kemaman yang makan Burger) sedikit sebanyak dapatlah membantu menampung perbelanjaan sekolah anak-anaknya.

Secara jujur , dalam banyak-banyak rumah dan keluarga yang kami kunjungi itu, di rumah Puan Zalipah inilah air mata saya hampir gugur. Tersentuh sungguh apabila melihat ketujuh-tujuh orang anaknya ini begitu tertib dan bersopan sekali, tidak nampak sangat wajah duka dan gelisah di wajah mereka; seakan dan seolahnya mereka sudah pun berjaya ditarbiah oleh si Ibu untuk menerima suratan takdir hidup mereka seadanya.

Dalam perjalanan keluar dari kawasan rumah mereka, anak-anak kecil ini melambai-lambai kami hingga hilang kami dari pandangan mata; sayu sungguh seolah-olah menanti janji kami untuk datang ke sana lagi pada tarikh yang dijanjikan. Insyaallah kami tak akan hampakan harapan mereka ini.

Tanpa saya sedari, keinginan saya untuk melihat apakah masih valid kajian Pak Ungku Aziz berkenaan isu kemiskinan di Kemaman ini, rupa-rupanya menemukan kami dengan kisah yang lebih tragis daripada itu; kisah ketabahan keluarga nelayan mengharungi musim tengkujuh yang berpanjangan dan juga kisah keperitan hidup beberapa orang Ibu Tunggal membesarkan anak-anak kecil mereka seorang diri.

Lantas isu utamanya di sini bukan lagi berkisar wujud ka tak wujud masalah kemiskinan di bumi Kemaman, tetapi persoalannya sekarang, sebagai anggota masyarakat apa yang kita semua mampu lakukan untuk mengurangkan bebanan mereka ini?

Kerana itu, kami di NGO Wargakilang dengan kerjasama beberapa orang sahabat bekas pelajar lama SMC (Sek Men Chukai, Kemaman) telah memutuskan dengan seberapa kederat yang kami ada, insyaallah pada hari Ahad 22 Jan ini kami akan melawat mereka lagi untuk memberi sumbangan.

Ada sahabat tanya: “Monier, berapa target sumbangan barangan untuk setiap keluarga?”. Saya reply balik, saya kata: “Berapa pun tak pa, beras sekampit pun ok kalau itu yang kita mampu sedia”.

Meringkaskan cerita, semua sekali ada 25 keluarga miskin/ibu tunggal yang akan dikunjungi nanti; kepada rakan-rakan pekerja kilang di Pantai Timur dan juga mereka-mereka yang ingin turut serta, bolehlah bawa sumbangan barangan masing2, bawa sendiri bagi sendiri, berkumpul di tempat letak kereta Masjid Geliga, Chukai Kemaman pada jam 9 pagi 22/1/2012 nanti.

Moga kerja buat kita yang tak seberapa ini akan dikira sebagai usaha amal yang berkekalan dan diberi pahala ganjaran yang berlipat kali ganda di SANA nanti, insyaallah.

moniermatdin

Tokoh ulama saran contohi MB Kedah

Harakahdaily, 16 Jan 2012
SIK, 16 Jan: Tokoh ulama, Tuan Guru Haji Salleh Musa (gambar) menyeru ahli dan pimpinan PAS Kedah agar mencontohi Menteri Besar, Datuk Seri Diraja  Azizan Abdul Razak yang tidak pentingkan diri sendiri, sebaliknya sentiasa mengutamakan keperluan-keperluan rakyat.

“Saya pujilah Ustaz Azizan ni. Semua kita perlu ikut contoh macam Ustaz Azizan, cukup elok. Jangan hendak tamak itu dan ini. Dia tidak pentingkan diri tetapi sentiasa utamakan keperluan rakyat,” ujarnya berucap pada Multaqa Daie dan Aktivis Islam di Kompleks PAS Kawasan Sik, awal bulan ini.

Ujarnya, setiap pendokong PAS perlu mengenang segala nikmat diberikan Allah terutamanya nikmat kemenangan yang diperolehi hari ini.

Jelas beliau, bersyukur dengan nikmat kemenangan adalah memanfaatkannya untuk menuju ke jalan keredaan Allah.
Nasihatnya, ahli PAS perlu mengelak menjadikan kemenangan ini untuk mendapatkan habuan kebendaan dan meminta-minta seperti mana Umno.

“Dasar kita bukan cari benda. Allah jadikan kita untuk takwa, dengan takwa Dia akan berikan rezeki yang kita tidak sangka-sangka. Maka, mesti ikhlas dan ikhlas itulah pintu untuk mencapai matlamat,” terang beliau yang juga Mudir Madrasah ar-Rahmaniah.

Para pimpinan PAS juga tegurnya, perlu mengelak perasaan hasad dengki kerana orang yang memiliki sifat itu tidak layak menjadi pemimpin.

Serunya, ahli PAS mesti kekal teguh berpegang kepada tali Allah dan terus bekerja kerana tidak ada lagi golongan yang dapat diharap untuk menyeru kepada kebaikan melainkan PAS.

Tempelak beliau, Umno tidak boleh diharap untuk menjaga agama kerana agama pada diri pemimpin mereka sendiri dipertikaikan.

Oleh itu katanya, seluruh pendokong PAS perlu mempersiapkan diri dengan agama untuk menghadapi segala cabaran itu.

“Jangan kuat kerja politik sahaja, kena ambil faham sama ilmu-ilmu akidah. Hari ini dah celaru macam-macam. Maka kitalah nak kena  ambil tanggung jawab ni,” ujarnya menyuntik semangat.

Multaqa bertemakan “Menghadapi Cabaran Ummah Dan Persiapan PRU13” itu dihadiri lebih 1,000 aktivis PAS Kedah dan diadakan sebagai kesinambungan Ijtimak Tarbawi PRU13 di Taman Melewar bulan lalu....Harakah cetak.

Monday, January 16, 2012

AWAS!! Rupanya Pembebasan Anwar Adalah Perancangan UMNO,

Sudah diduga sejak awal lagi, apabila mahkamah membuat keputusan untuk membebaskan DSAI dari tuduhan liwat, berbagai tafsiran bermain dalam fikiran kita. Pembebasan adalah suatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tidak mungkin tetapi ke penjara adalah suatu yang sudah pasti dan dijangka.

Jika UMNO sudah merancang dari awal untuk membebaskan DSAI, sudah tentu mahkamah sudah membuang kes ini sejak dari mula perbicaraan lagi, tetapi oleh kerana UMNO yakin bahawa rakyat akan dapat ditipu dan diyakinkan dengan saksi-saksi dan bukti-bukti palsu mereka maka ianya tetap diteruskan. Tetapi dipertengahan jalan, UMNO sudah mula ternganga dan panik apabila semua hujah pendakwaraya, bukti dan saksi mereka berjaya dipertikai dan dipatahkan oleh peguambela DSAI.

Untuk mengelakan rasa malu, maka ianya diteruskan juga tetapi mereka mengubah skrip kerana perbicaraan yang mengambil masa terlalu lama sehingga hampir kepada PRU13, maka hakim yang mulanya diberikan skrip supaya memenjarakan DSAI diarahkan pula supaya mencari alasan yang meragukan untuk membebaskan DSAI kerana PRU13 sudah hampir. Dan dengan itu mereka cuba memperdaya dan menipu rakyat sekali lagi kononya mahkamah telah membuat keputusan yang adil dan tidak dipengaruhi oleh UMNO.


Sedangkan mereka lupa bahawa semua rakyat dan dunia sudah tahu yang kes fitnah liwat ini adalah direkacipta oleh puak-puak UMNO termasuk kes video sek itu. Tiba-tiba mereka buat muka selamba seolah-olah setuju juga dan terima dengan hati terbuka keputusan mahkamah ini, kononya. Sebenarnya mereka sudah tersepit kerana PRU13 sudah hampir. Jadi terpaksalah berlakun lagi. Golongan munafiq memang tidak punya sifat malu, muka mereka memang tebal.


Namun begitu, ramai yang ragu di atas pembebasan itu dan menunggu tindakan seterusnya dari pihak pendakwaraya samada akan mengemukakan rayuan atau sebaliknya sebelum rakyat membuat kesimpulan muktamad. Kini, segala keraguan sejak pembebasan hari itu menunjukan kebenaran bahawa pembebasan DSAI hanya satu lakunan dan muslihat UMNO dengan memperalatkan badan kehakiman itu. Kini rayuan telah pun difailkan di Mahkamah Rayuan atas arahan UMNO, mengapa?


1. UMNO merancangkan supaya Mahkamah Rayuan menolak rayuan tersebut sebelum PRU13 dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, dengan itu UMNO akan bertempik sekali lagi menipu rakyat bahawa UMNO tidak mempengaruhi mahkamah dalam kes ini.


Rakyat yang bodoh dan tolol akan percaya dan terus mengundi UMNO, setelah menang PRU13, UMNO akan mengarahkan pendakwaraya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan pula, dan keputusanya yang di skripkan oleh UMNO ialah, Mahkamah Persekutuan membatal kan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Rayuan dan DSAI akan dipenjarakan. Rakyat ternganga kerana berjaya ditipu oleh UMNO atau:


2. Mahkamah Rayuan akan diarahkan oleh UMNO supaya melambat-lambatkan untuk membuat keputusan sehingga diadakan PRU13 dulu, setelah UMNO menang, maka Mahkamah Rayuan diarahkan oleh UMNO supaya membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan DSAI di penjarakan. Berjaya lagi UMNO memperbodohkan Melayu UMNO.


Mereka tidak akan penjarakan DSAI sebelum PRU13 kerana tahu akan akibatnya.

Oleh itu UMNO akan pastikan mereka menang dalam PRU13 dulu dan selepas itu barulah tindakan melalui mahkamah diambil untuk sumbatkan DSAI ke penjara. Ketika itu rakyat tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Kena tipu dan kena perdaya lagi orang Melayu oleh UMNO.

Tetapi sekiranya dalam PRU13 Putrajaya berjaya dirampas dari UMNO/BN, kedua-dua kes liwat 1 & 11 serta kes video sek DSAI akan dibuka semula tetapi di Mahkamah Syariah mengikut hukum Qazaf. Maka disini nanti kita akan melihat dan mendengar sendiri pengakuan Azizan Abu Bakar dan Saiful serta Datuk "Trio" samada berterus terang atau menghadapi hukuman sebat seperti yang digarispandukan oleh Islam.


Bukan itu saja banyak kes-kes besar yang melibatkan pemimpin UMNO Pusat dan Negeri juga akan dibuka fail semula di mahkamah untuk dibicarakan. Kes Altantuya, kematian di pejabat SPRM, PKFZ, Perwaja, kematian Norita Samsudin, kehilangan enjin kapalterbang, Al Maunah, Memali, pembelian kapal selam dan jet pejuang dan banyak lagi termasuk juga kehilangan wang Tabung Haji, wang zakat, baitulmal dan wakaf. Ketika itu barulah kita melihat bagaimana puak-puak UMNO yang selama ini menyokong dan percaya pada pemimpin mereka akan memaki hamun pula kerana baru sedar selama ini mereka ditipu hidup-hidup dan diperbodohkan oleh UMNO. Selain dari, mereka juga akan didedahkan dengan kekayaan dan harta milik pemimpin mereka selama ini yang tidak pernah rehat dari menyamun dan merompak harta rakyat dan negara. Nasi sudah menjadi bubur. Jika mereka ingin bubur menjadi nasi semula, pastikan UMNO/BN tersungkur pada PRU13 nanti. Jangan undi mereka lagi, cukup dan cukuplah tu.


Walaubagaimana pun ini boleh dianggap sebagai andaian penulis tetapi kita tunggu dan lihat permainan seterusnya oleh UMNO ini. Kita kena ingat, penasihat UMNO kini ialah APCO, iaitu golongan Yahudi yang dilaknat oleh Allah dan Rasul yang amat memusuhi umat Islam itu . Jadi, oleh kerana UMNO sudah percaya dan menjadi sekutu mereka, maka APCO akan menggunakan tipuhelahnya untuk memporakporandakan negara ini dengan menggunakan UMNO, apatah lagi hanya UMNO sahaja yang boleh diharapkan oleh Yahudi untuk mengikut telunjuk mereka. Mereka jugalah antara penasihat UMNO dalam menghadapi Pakatan rakyat, kebangkitan Islam dan juga DSAI selain dari penasihat setia UMNO iaitu seorang mentor tua yang sudah nyanyuk yang tunggu masa untuk mampus itu iaitu si Mahathir .


Ingatlah, jangan sekali-kali kita percaya kepada kenyataan pemimpin dan puak UMNO bahawa mereka tidak pernah mempengaruhi keputusan mahkamah, hakim adalah bebas dalam membuat keputusan. Hanya orang gila dan buta hati saja yang akan percaya. Lihat sahaja kes Linggam dan kes rampasan kuasa di Perak, bagaimana Hakim dipaksa oleh UMNO supaya mengikut skrip mereka. Bebasnya mahkamah hanyalah kepada kes-kes mat rempit, seorang ayah mencuri setin susu untuk anaknya yang kelaparan kerana ketiadaan wang, kes rompakan bank, mencuri kabel dan sebagainya tetapi tidak sesekali dalam kes yang melibatkan kepentingan pemimpin tertinggi UMNO dan kes yang boleh menggugat kekuasaan UMNO terutamanya kes-kes yang melibatkan pemimpin pembangkang. Jika kes-kes pembangkang itu dikira tidak menjejaskan kepentingan UMNO dan pemimpinya maka ianya UMNO akan membiarkan saja kepada mahkamah untuk membuat keputusan sendiri tanpa campurtangan dari mereka.


Inilah hakikat, kenyataan dan fakta yang telah dan sedang berlaku dalam negara kita dan akan terus berlaku selagi UMNO dibiarkan terus berkuasa. Yang menjadi mangsanya ialah rakyat yang tidak mampu untuk melawan dan bersuara. Rakyat dikunci mulut dan diikat tangan kakinya dengan undang-undang yang diluluskan oleh penguasa supaya rakyat hanya boleh angguk, patuh dan ikut sahaja.

Itulah sebenarnya wajah UMNO dulu, kini dan selamanya. UMNO adalah peguambela, pendakwaraya dan UMNO jugalah hakim yang menentukan segalanya. Mereka jadikah rakyat umpama haiwan belaan yang hanya ikut arahan dan diberikan makan apabila lapar.

Apa yang berlaku dan dilakukan oleh UMNO, biarkan dan jangan peduli. Ambil RM300, ambil RM500, ambil kain pelikat, kain batik, surah yasin dan duduk diam. Maka sebab itulah bangsa Melayu tidak pernah berubah sejak dulu hingga sekarang kerana diperbodohkan oleh pemimpin mereka yang mereka sendiri pilih. Biarlah merempat, biarlah anak tak ke sekolah dan biarlah makan pucuk ubi hari-hari, asalkan jangan lawan pemimpin mereka yang hidup dalam kemungkaran, kezaliman dan penipuan itu. Biarkan, biarkan, kami redha, biarlah pemimpin kami nak makan rasuah ke, nak rompak wang negara ke, nak rampas tanah orang Melayu ke, nak hina syariat Allah ke, nak fitnah orang ke, nak bunuh orang ke, nak gadai negara ni ke, biarkan, biarkan. Itulah dia jawapan dan yang ada dalam fikiran Melayu yang sokong UMNO.


Inilah jenis Melayu bodoh, tolol, tak ada nilai, tidak ada guna untuk agama dan negara. Itulah Melayu celaka lagi hina dibawah telunjuk dan menjadi lembu peliharaan UMNO.


Walauapa pun terjadi, pastikan PRU13 UMNO mesti ditumbangkan. Jika tidak bukan sahaja DSAI dan keluarganya tidak selamat dan tidak aman, malahan majoriti rakyat (kecuali puak UMNO) dan harta negara juga tidak akan selamat. Jika arak itu ibu segala kejahatan, UMNO pula adalah ibu segala kezaliman, penipuan dan kemungkaran.