Friday, August 26, 2011

Dua Exco tinjau pusat hiburan sekitar Alor Setar

Ditulis oleh ZULKIFLI YAHAYA

Sejak isu pusat hiburan diperkatakan di Kedah, teringin benar untuk penulis meninjau apa yang sebenarnya terdapat di pusat-pusat hiburan. Pihak pembangkang di negeri ini beriya-iya mendedahkan bahawa pusat hiburan yang wujud, tidak sekadar menjalankan operasi seperti apa yang tertera di atas lesen, sebaliknya ‘lebih dari itu’.

Dalam hati kecil penulis, terdetik rasa benarnya apa yang diberitahu pembangkang itu kerana mereka lebih hampir dengan tempat-tempat seperti itu berbanding pak-pak lebai dari pihak parti kerajaan yang mentadbir negeri. Ibarat jauhari yang mengenal manikam, kaki botol yang mengenal jenis samsu dan pengunjung pusat hiburan yang tahu apa aktiviti di dalamnya.

Bukan mudah rasanya, penulis hendak menjejakkan kaki ke karaoke seorang diri, sekalipun hanya bertujuan untuk meninjau. Macam-macam yang perlu difikirkan.


Apabila tiba-tiba Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh berhasrat membuat tinjauan terhadap pusat hiburan untuk melihat sejauhmana Enakmen Hiburan 1997 dilaksanakan; penulis macam orang mengantuk disorong bantal apabila dipelawa untuk turut serta.


Dalam ruang waktu yang terbatas di malam bulan Ramadhan tidak semua pusat hiburan di sekitar Bandaraya Alor Setar sempat ‘diziarahi’. Ternyata tiga darinya telah melanggar peraturan lesen apabila membenarkan Muslim berhibur di dalamnya. Ia adalah pusat karaoke. Keseluruhan pekerja dan pelanggannya adalah Melayu. Pekerjanya memberitahu, tauke mereka adalah Cina bukan Muslim.  Ia tidak menyajikan minuman keras, hanya kelihatan air gas dan air mineral di atas meja.

 
Ada yang datang dengan keluarga, tetapi umumnya para pengunjung karaoke terdiri dari anak-anak muda. Agak merimaskan ialah apabila terdapat pasangan remaja dengan pakaian yang menjolok mata. Umumnya karaoke jenis ini tetap menjadi tempat golongan yang rosak akhlak berbanding sebilangan yang datang berhibur secara berkeluarga.

Sebenarnya lebih banyak pusat hiburan yang bertegas dengan pelanggan Muslim. Kehadiran kami pada mulanya cuba disekat kerana kata mereka, jika terdapat Muslim lesen akan ditarik oleh kerajaan. Selepas menyedari bahawa kami bukan pengunjung yang datang untuk mencari hiburan, mereka membenarkan. Apabila kesemua bilik ditinjau, memang betul hanya terdapat pelanggan bukan Muslim yang galak berkaraoke. Terdapat hidangan minuman keras yang sungguh meloyakan.

Dato' Phahrolrazi memeriksa hampir setiap bilik. Di sebuah karaoke di Jalan Telok Wanjah, selepas mempastikan semua pengunjung adalah bukan Muslim tiba-tiba tiga lelaki Melayu bergegas keluar dari sebuah bilik karaoke paling hujung. Terdapat minuman keras dalam gelas yang ditinggalkan. Mungkin bukan gelas mereka tapi milik pengunjung yang sebelumnya.

Dr. Ismail sempat bertanya pengawal keselamatan Muslim jenis mana pulak yang dibenarkan mereka ke situ. Jawabnya, kalau ada muka Melayu atau Muslim di situ mereka adalah dari anggota polis. Penulis berbaik sangka, mungkin kehadiran mereka untuk membuat pemantauan terhadap pelanggan.



Dari karaoke kami bergerak ke lounge yang menyajikan minuman keras dan persembahan hiburan. Di pintu masuk, pengawal sampai bersumpah-sumpah bahawa tiada Melayu di situ. Mereka mengajak kami masuk jika tidak percaya. Melangkah saja kaki masuk, rasa bagai nak pecah gegendang telinga. Muzik yang dipasang terlalu kuat. Rasanya orang yang mampu mendengarnya, bukannya dari kalangan manusia yang normal atau mungkin juga bukan manusia. Atau ramai yang berkata bahawa penagih pil Ecstasy sahaja yang mampu mendengar muzik sekuat itu. Keadaan di dalamnya cuma samar-samar. Di sana sini terdapat ramai pasangan memadu asrama tapi tiada kelihatan orang Melayu.

Di tingkat atas terdapat banyak bilik karaoke. Penulis tidak berani untuk berada lebih lama di situ memandangkan terdapat ramai perempuan yang kelihatan macam tidak cukup kain. Apa kegiatan mereka sebenarnya?

Sebelum beredar Dr. Ismail bertanya pengawal, bagaimana jika di luar bulan puasa. Maksudnya setelah peraturan melarang orang Islam masuk pusat hiburan berakhir. Pengawal menjawab dengan jujur bahawa, ia akan dipenuhi orang Melayu. Wah, jika tempat seperti ini dihurung oleh anak-anak Melayu, memang hancur Melayu!


 images/stories/OGOS2011/dscn6883.jpg

Sepanjang lawatan Dato' Phahrolrazi lebih berminat melihat status lesen di bulan Ramadhan. Ada yang boleh kemukakan lesen dan terdapat yang tiada lesen. Maknanya kegiatan mereka dilakukan secara haram. Semua ini perlukan penguatkuasaan yang lebih tegas.

Enakmen hiburan 1997 yang kecoh satu Malaysia sebulan lalu, akan berakhir sebaik sahaja rantai yang mengikat syaitan dibukakan kunci. Hanya segelintir pengusaha yang melanggar syarat. Dato’ Phahrolrazi bertegas akan mengarahkan pejabat daerah mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan. Umumnya pelaksanaan Enakmen Hiburan 1997 boleh dianggap berjaya tetapi bagaimana keadaannya selepas Ramadhan? Ia akan menghancurkan generasi umat Islam, khususnya golongan muda.

Kesimpulannya, secara jujur banyak perkara lagi yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan segolongan umat Islam yang makin hancur syaksiyyahnya. Ia perlu dilakukan oleh kerajaan yang memerintah serta semua entiti yang bersamanya. Ia perlu dibantu oleh setiap golongan yang sedar dalam masyarakat.

Kerajaan negeri pimpinan PAS memang tidak pernah dengan sengaja mahu menghancurkan generasi baru Muslim tetapi ia semacam ‘diizinkan’ jika penyelesaian segera tidak dicari hanya kerana kita tidak prihatin untuk ambil tahu perihal dunia yang berada agak luar dari lingkaran kita.

Sumber: Kedah La

Bila kuasa dah hilang baru nak sedar dengan isu murtad, 50 tahun memerintah dulu Umno buat apa?

WarkahDaily – ‘Tepuk dada Tanya iman’. Betapa pendirian Umno berkaitan isu murtad yang kini begitu sensitif selepas ianya dipolitikkan semata-mata mahu meraih undi Melayu dan Islam. Kita boleh sedar, ikhlas atau tidak makhluk yang bernama Umno ni bila hanya mengambil berat pasal isu murtad bila kuasa dah hilang tapi ketika 50 tahun lebih memerintah, langsung ianya tidak dipandang.

Bukan tiada orang yang tidak tegur atau tidak memberi nasihat. Bahkan ianya datang dari mufti Perak sendiri yang disanjung Umno. Rakyat belum lupa bagaimana Tan Sri Harussani pernah membongkarkan berates-ratus ribu umat Melayu Islam telah murtad.

Apa tindakan pemimpin Umno ketika itu, mana akhbar pro Umno pergi, mana NGO pro Umno sembunyi? Tapi sekarang, bila kuasa dah hilang dan Putrajaya dikatakan bakal dimiliki Pakatan Rakyat (PR) selepas pilihanraya umum (PRU) ke-13 nanti, barulah pemimpin Umno dan baruanya yang terdiri daripada akhbar arus perdana dan blogger upahan Umno terngadah.

Pandai pulak kini mereka sibuk mengambil tempat membela Islam konon Islam ditindas dan tidak diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan negeri PR sehingga Islam diperlekeh dan orang Melayu mudah untuk murtad.

Dipetik dari Harakahdaily, Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus ditempelak oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) apabila menuduh pihak Pakatan Rakyat Selangor tidak berupaya untuk menjaga aqidah ummat Islam daripada dimurtadkan oleh pihak Kristian.

“Beliau mengaitkan dengan tiadanya tindakan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama di atas isu yang berlaku baru-baru ini semata-mata Pakatan Rakyat amat memerlukan undi orang Kristian,” ujar Ketua DPPNS, Hasbullah Mohd Ridzwan dalam satu kenyataan.

Katanya, setelah 50 tahun lebih Umno BN memerintah Selangor dan kini setelah kehilangan kuasa barulah Umno BN sedar kerosakan yang telah mereka lakukan terhadap agama Islam yang menyebabkan ramai orang Islam yang susah terpaksa merempat, mengemis dan terpaksa menjual agama semata-mata untuk meneruskan kehidupan mereka.

Menurutnya, Umno BN cuba untuk meraih kepentingan politik semata-mata daripada isu itu tanpa ada kesedaran untuk membanteras jenayah murtad daripada terus berleluasa.

Justeru, ujarnya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan Abdul Shukur supaya tidak cuba untuk menjadi juara di dalam isu itu kerana Umno BNlah yang telah menggalakkan aktiviti-aktiviti yang menjauhkan Ummat Islam daripada pengamalan dan penghayatan agama Islam yang sebenarnya.

“Penerapan budaya hiburan melampau yang menggalakkan pergaulan bebas, pengagungan terhadap budaya hedonism, menghentikan sumbangan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat, menamatkan riwayat tulisan jawi, pengharaman tazkirah di bulan Ramadhan, menyenarai hitam ulamak dan penceramah agama yang tidak selari dengan kerajaan, tragedi pemecatan almarhum Datuk Ishak Baharom sebagai Mufti Selangor kerana mempertahankan Agama Islam adalah antara kezaliman dan penindasan Umno BN terhadap agama Islam yang telah termasuk di dalam lipatan sejarah yang tidak boleh disangkal oleh Abdul Shukur,” katanya.

Beliau menambah, isu penukaran agama ummat Islam tidak akan timbul dalam masa setahun dua, pastinya ia telah berlaku awal sebelum daripada pemerintahan Pakatan Rakyat pada 2008 sepertimana yang telah disebut oleh Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria pada tahun 2007, telah terdapat hampir 250,000 orang Islam telah menukar agama mereaka.

Selain itu, katanya Abdul Shukur perlu melawat Jabatan Pendaftaran Negara untuk melihat borang-borang penukaran agama ummat Islam yang cukup banyak sepanjang tempoh pemerintahan Umno BN sebelum daripada ini.

Tambahnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor penuh yakin dan percaya Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengambil langkah pendekatan yang cermat dan terbaik di dalam menangani isu itu dan akan sentiasa menjaga kesucian dan kemurnian Agama Islam dan ummat Islam di dalam negeri Selangor daripada di jebak oleh proses Kristianisasi ataupun mana-mana agama sekalipun.

Oleh itu, ujarnya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta supaya Umno Selangor melakukan persediaan untuk menjawab penglibatan mereka dalam isu pemeriksaan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama di mahkamah daripada cuba untuk menjadi ‘hero’ kepada agama Islam.


Sumber: WarkahDaily

Thursday, August 25, 2011

PAS Kedah gerak gelombang rakyat ranapkan Be End



Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Sambutan kepada PAS sejak 2008 semakin besar di mana di Kedah sahaja untuk tahun 2011 sehingga kini menerima lebih 1,600 permohonan untuk menjadi ahli.

Demikian itu, gelombang penerimaan kepada PAS dan Pakatan Rakyat serta gelombang penolakan kepada BN perlu diteruskan, demikian seru Ketua Penerangan PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor.

Dalam menjayakan usaha tersebut, PAS Kedah katanya, akan melaksanakannya secara tersusun melalui Gerakan Gelombang Bersepadu dengan slogan “Sejahtera Dikekal, Pincang Diranap”.

Jelas beliau, gerak kerja kepada usaha itu akan dilakukan melalui pengemblengan sumber-sumber kekuatan dalaman parti untuk mengubah kecenderungan pengundi di Kedah dalam meneruskan penolakan kepada BN dan mengekalkan PAS dan Pakatan Rakyat di Kedah.

Kita memilih Kedah Sejahtera dikekalkan, kepincangan BN diranapkan di mana kita singkatkan kepada “Sejahtera Dikekal, Pincang Diranap”.

“Maksudnya kekal pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah dan menumbangkan BN diperingkat Pusat,” terang beliau pada Iftar Perdana dan Taklimat Gerakan Gelombang Bersepadu sempena Sambutan Nuzul Quran PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, di sini 19 Ogos baru-baru ini.

Ujarnya, kuning dipilih sebagai warna tema kepada gerakan tersebut yang akan dipantau pelaksanaannya sehingga ke peringkat kawasan-kawasan.

Antara lain, Sanusi menyeru agar PAS di semua peringkat seluruh negeri Kedah agar memanfaatkan media baru seperti facebook memandangkan pengguna di Malaysia adalah yang keempat tertinggi di dunia berbanding populasi.

Ujarnya, walaupun ianya merupakan medium sosial, tetapi jentera PAS perlu memanfaatkannya sebagai laman kempen.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi dalam ucapannya pada majlis sama turut menegaskan bahawa musuh politik akan sentiasa memburuk-burukkan PAS.

Jelasnya, musuh mengguna dan memanipulasikan media untuk memberi pelbagai gambaran kepada PAS.

Katanya, oleh kerana dalam konteks demokrasi persepsi sangat penting, seluruh jentera PAS perlu memanfaatkan medium terkini dalam menyaingi tindak balas tersebut.
 
Sumber: Kedah la




















Wednesday, August 24, 2011

Kenapa UMNO Tidak Menyalak Untuk Kes Ini?



Mana golongan anjing menyalak. Kenapa tidak disalak sahaja kes seperti ini. Biasanya golongan menyalak ini datang dari puak-puak songkok tinggi yang mahu membela rakyat tetapi ini tidak disuarakan kerana negeri ini diperintah oleh BN.

Cuba ini berlaku di Negeri Kelantan. sudah pasti anjing-anjing songkok tinggi akan menyalak walaupun isu itu mereka sendiri yang cipta. Di Kelantan sebelum ini kecoh pasal isu Pasar MPKB bergelap dan hanya diterangi oleh cahaya lilin. Siasat punya siasat rupanya pengurus yang tidak menjelaskan bayaran. Bila tidak dijelaskan, maka bekalan elektrik dipotong.

Maka datanglah anjing belaan songkok tinggi mengajak pegusaha di Pasar MPKB untuk mengadakan demonstrasi. Sungguh memalukan apa yang dilakukan oleh puak-puak songkok tinggi. Ibarat kencing ke langit akhirnya minum kencing sendiri.

Bukan itu sahaja, isu berkaitan stesen teksi di Pasir Puteh juga turut disalak oleh mereka. Kebetulan pada hari berikut ada luahan dari pengusaha teksi mengadu kepada Najib yang datang ke Kelantan mendengar luahan dari pengusaha teksi.

Kehadiran Najib pada ketika itu hanyalah 8,000 orang dan bukannya 20,000 orang seperti yang digembar-gemburkan dan ada dikalangan guru tidak berpuas hati kerana dikerah dan diangkut dengan bas untuk meramaikan majlis Najib itu.

Puak-puak songkok tinggi sudahlah kamu menyalak. Cuba belajar mengkaji dan menghayati cara-cara sebelum melontar dan menyebarkan fitnah kamu itu. Berikut ialah keadaan yang berlaku di negeri haram Malaysia, Perak mengenai isu stesen bas Gopeng:


Lebih 50 pengusaha bas merancang akan menutup operasi perjalanan bas ekspres ke semua destinasi di Terminal Bas Ekspres Medan Gopeng, Jumaat ini, sekiranya bekalan elektrik di terminal berkenaan tidak disambung semula. 

Tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) memberi arahan memotong bekalan elektrik berkenaan sejak seminggu lalu telah menjejaskan jadual perjalanan bas terutama pada musim perayaan minggu depan. 

Ia juga tidak memberi keselesaan kepada penumpang dan pekerja di bangunan itu yang terpaksa memasang lilin untuk menjimatkan penggunaan generator yang menelan kos RM2,000 setiap hari. 

Terminal ini beroperasi 24 jam untuk memberi kemudahan kepada penumpang untuk pulang berhari raya pada musim cuti ini. Namun, tindakan PKNP tanpa memberi apa-apa notis menerusi perintah mahkamah telah menyusahkan beberapa pihak. 

Tindakan itu juga berikutan keengganan pihak pengusaha mematuhi arahan PKNP untuk ditempatkan ke tingkat atas bangunan terminal ini sejak April lalu. 

Keadaan bahagian atas terminal dilihat tidak kondusif untuk dijadikan sebagai kaunter tiket dan ruang menunggu penumpang. 

Dari segi prasarana dan kesesuaian tempat itu tidak sesuai langsung untuk penumpang khasnya pada musim hujan ini. Malah, kami terima hakikat bahawa kami akan dipindahkan ke Meru Raya setelah terminal di sana siap. 

Sampai bila pihak pengusaha akan menanggung kerugian ini yang melibatkan kos yang lebih besar. PNKP seharusnya tidak bersikap kejam dengan pengusaha Melayu di sini. 

Sumber: Kijang59

Tuesday, August 23, 2011

UMNO Khainat Tanah Rakyat

[Gambar - Haji Wahid ketika berucap dalam sidang DUN 22 Ogos ]


KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri diminta penjelasan berkaitan tanah rakyat yang terlibat dengan projek pembinaan Istana baru di Chendering, Kuala Terengganu.


Ini kerana, kes pengambilan tanah rakyat itu dibuat tanpa pengetahuan rakyat hingga terpaksa dibawa ke mahkamah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa sejak mutakhir ini isu tanah yang melibatkan rakyat dan kerajaan menjadi semakin ‘menjadi-jadi’.
Menurutnya, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang lalu telah dibangkitkan mengenai isu tanah rakyat yang berhampiran dengan projek Istana baru di Chendering.

“Saya hendak sebut kes yang pernah disebut pada persidangan Dun ini yang lalu iaitu tanah rakyat yang berhampiran dengan projek Istana (baru) itu di Chendering. 

“Sejauh manakah penyelesaian dibuat kerana melibatkan tanah rakyat. Dan tanah itu berpindah milik tanpa pengetahuan rakyat, tanpa dipanggil untuk dibicara untuk tujuan pengambilan balik tanah dan sehingga kes itu dibawa ke mahkamah.

“Akhir-akhir ini isu tanah ini menjadi semakin ‘menjadi-jadi’(berulang),” ujarnya ketika berucap membahaskan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2011 Perbelanjaan 2011, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedua Penggal Keempat, di Wisma Darul Iman, 22 Ogos lalu.

Ini kerana, katanya persoalan isu tanah sering kali dibawa ke dewan bagi menuntut penjelasan dan pembelaan kepada rakyat.

Menurut beliau, beberapa isu tanah melibatkan rakyat pernah diketengahkan dalam persidangan Dun Terengganu yang lalu.

“Saya pernah sebut sebelum daripada ini isu pembinaan sekolah, isu pembinaan loji di Kampung Gaung dan isu pembinaan jalan di Kampung Banggol Donas yang melibatkan rakyat. 

“Tetapi yang terakhir ini ada juga tanah yang telah dibuat laporan polis iaitu berkaitan tanah pindah milik kepada North East Plantation (NEP) oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

“Tanah NEP ini pertama, ada ‘kaveat’ dan yang keduanya, dalam proses pengambilan balik oleh kerajaan melalui Warta Kerajaan nombor 635 bertarikh 27 Mei 2010 tetapi ‘sedar-sedarnya’ pada 9 Jun 2011 berlaku pindah milik,” ujarnya. 

Persoalannya, kata Abdul Wahid bolehkah pindah milik dilakukan dalam keadaan pengambilan balik tanah telah diwartakan serta belum selesai kes ‘kaveat’.

Persidangan Dun Terengganu berlangsung selama dua hari bermula 22 hingga 23 Ogos 2011 yang bertujuan menuntut penambahan bajet sebanyak RM155,543,600.00 diluluskan kali ini.
Sumber: Buletineonline

Ni dia penjelasan Kedah Agro isu buah moktan



10,000 pemilik dusun buah rambutan di Padang Terap buat demonstrasi haram (gambar atas, kira betul2 memang ada 10,000 seperti dilaporkan Bernama. Jumlah tu lebih sikit dari himpunan Bersih 2.0 yang dilaporkan 6,000 kehadiran) kerana kununnya kerajaan negeri tak tunai janji nak ambil rambutan mereka yang berlambak tak terjual.

Berikut adalah penjelasan yang tersiar dalam akhbar Warta Darul Aman edisi internet (Wartakedah.net) berhubung isu tersebut. Kedah La siar berita tu siap dengan tajuk macam nak kata dekat puak2 demo haram tu.. awat hangpa ngok sangat!!!.. Sila baca:


Pemilik rambutan kena hubungi Kedah Agro, bukan tunggu kerajaan datang kait buah!!!

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM



ALOR SETAR – Dakwaan kepada kerajaan negeri tidak menunaikan janji dengan tidak memungut buah rambutan penduduk adalah tidak benar.

Ini kerana Pusat Pengetinan Buah di Sungai Petani memerlukan 600 kilogram hingga satu tan buah rambutan untuk ditinkan dan seterusnya dipasarkan.

Pengarah Urusan Pusat Pengetinan Buah, Ir. Zamri Yusof berkata, sejak kilang itu mula beroperasi pada 17 Julai 2011, masalah yang mereka alami adalah kekurangan buah untuk ditinkan.

“Kita ambil buah hari-hari, satu hari boleh proses 600 kilogram buah rambutan untuk ditinkan.

“Sejak mula operasi, jadi masalahnya buah tak cukup, masalah paling besar bagi orang kampung tak ada orang nak kait buah tersebut,” jelas beliau ketika dihubungi bagi mengulas keluhan pemilik dusun daerah Padang Terap yang rugi dengan lambakan rambutan akibat daripada kerajaan negeri tidak memungut buah tersebut.

Tambah beliau, pihak kilang telah membuat tawaran kepada penduduk kampung bagi membeli buah rambutan jenis deli, anak sekolah ataupun gading dengan harga RM0.70 sekilogram.


Seperti yang telah dinyatakan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, penduduk tidak perlu menunggu kerajaan negeri untuk membeli buah mereka, jika ada peraih yang menawarkannya dengan harga yang lebih tinggi, mereka boleh jual.

Kerajaan negeri hanya membeli lebihan buah yang gagal dijual bagi mengatasi masalah lambakan yang dialami oleh penduduk.

“Penduduk di daerah Padang Terap juga kita telah beri tawaran untuk mereka jual buah rambutan kepada kita.

“Kita juga menawarkan buah rambutan jenis lain dengan harga RM0.50 sekilogram harga di ladang.

“Jika penduduk setuju, mereka boleh berurusan dengan pihak kilang, begitu juga dengan Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lembah Jerai, kita akan pergi kutip buah yang telah dikait.

“Maka, di sini tidak timbul kerajaan negeri tidak memungut buah penduduk, kita boleh kutip di detiap kampung bagi memenuhi keperluan pemprosesan,” jelas beliau.

Kepada pemilik dusun yang ingin bekerjasama dengan kerajaan negeri, mereka boleh menghubungi Pengurus Pemasaran Kedah Agro Holdings Berhad, Tarmizi di talian 012-5990486 ataupun hantar pesanan ringkas di hotline Kedah Agro, 013-4945000.

Sumber: Kedah La

Monday, August 22, 2011

Kenang Kesyahidan Imam Ali as, Masyarakat Iran Berduka



Malam Ahad (21/8/2011) di Iran bertepatan dengan malam ke-21 bulan Ramadhan. Pada malam ini , masyarakat Iran mengenang hari gugur syahidnya Imam Ali as. 
 
Para pencinta Ahlul Bait Rasulullah Saw di seluruh penjuru dunia pada tanggal 21 Ramadhan, berduka cita atas gugur syahidnya Imam Ali as. Peringatan atas hari kesyahidan Imam Ali as digelar secara serentak di seluruh penjuru Iran. Masyarakat Iran mengenang hari kesyahidan Imam Ali as sekaligus melakukan acara ritual Lailatul Qadar. 

Pada malam-malam lailatul qadar yang pada umumnya digelar pada tanggal 19, 21 dan 23 bulan Ramadhan, masyarakat setempat membaca doa Jaushan Kabir yang isinya adalah seribu kalimat pujian kepada Allah Swt. Selain itu, mereka juga mengangkat Al-Quran di atas kepala sambil membaca doa bersama. 

Masyarakat Iran yang mayoritas bermadzhab Syiah, berkumpul di tempat -tempat suci seperti makam suci Imam Ali Ar-Ridho as, Imam kedelapan Syiah yang dimakamkan di Mashad dan makam suci Sayidah Fatimah Masumah yang berlokasi di Qom. Selain itu, masjid dan huseiniyah-huseiniyah di seluruh penjuru negara ini juga dipenuhi warga untuk menghidupkan malam lailatul qadar yang juga sekaligus mengenang kesyahidan Imam Ali as.
Televisi lokal Iran juag menyiarkan langsung acara peringatan hari kesyahidan Imam Ali as dari komplek suci makam Imam Ali as di Najaf Irak. Di Haram Imam Ali as terpampang spanduk besar berwarna hitam yang bertuliskan sabda Malaikat Jibril ketika Imam Ali as gugur syahid. Ketika Imam Ali as dipukul pedang oleh Abdurrahman bin Muljam di masjid Kufah, Malaikat Jibril bersabda, "Telah runtuh pondasi-pondasi petunjuk." Hingga kini, tempat berdirinya Malaikat Jibril itu diabadikan di Masjid Kufah, Najaf , Irak.

Pada tanggal 19 Ramadhan 14 abad yang lalu, Imam Ali as, sahabat kepercayaaan Rasulullah yang juga mantunya, dipukul pedang oleh musuh Allah dan Rasul-Nya, Abdurrahman Bin Muljam. Imam Ali dipukul pedang oleh Bin Muljam dari belakang setelah selesai mengerjakan shalat subuh. Malam 19 Ramadhan diyakini sebagai malam pertama lailatul qadar. 

Tiga hari setelah tragedi pemukulan itu yang bertepatan dengan tanggal 21 bulan Ramadhan, Imam Ali as gugur syahid. Malam ini juga diyakini sebagai malam lailatul qadar kedua. (IRIB/AR)

Saturday, August 20, 2011

Tentera hanya perlu setia kepada negara, Agong



Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.

NONEAbdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga. 

"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik.

"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah."

NONEZulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaanmanipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.

Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Penafian kosong

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang.

Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah.

"ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

NONEAbdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.

"PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya.

Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan".


Sumber: Mk

Friday, August 19, 2011

Mashitah Ibrahim cuba tegak benang basah



Saya berhajat untuk membalas tulisan Dr Mashitah Ibrahim bertajuk “Isu Murtad: PAS Pilih JAIS atau DAP?” Artikel beliau disiarkan di dalam Sinar Harian pada 12 Ogos 2011.


Secara mudahnya, Mashitah cuba memberi gambaran bahawa PAS telah membuang perjuangan Islam kerana tidak menyebelahi JAIS. Mashitah juga cuba menyebar fitnah kononnya sikap dingin PAS terhadap murtad adalah kerana hubungan PAS dengan DAP.

Lupakah Mashitah parti yang beliau wakili telah meluluskan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559). Sesiapa yang merujuk kepada Akta tersebut akan melihat bahawa “Murtad” tidak menjadi salah satu dari kesalahan jenayah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Siapakah yang telah meluluskan Akta Jenayah Syariah ini? Adakah DAP? Adakah Ambiga? Adakah Gereja Methodist Damansara Utama?

Atau, bukankah yang meluluskannya adalah Umno?

Maka, bolehkah kita katakan Umno sendiri penyokong kepada murtad secara sukarela memandangkan murtad dihalalkan di Wilayah2 Persekutuan.

Tidak hairanlah Lina Joy tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah atas jenayah murtad memandangkan Lina Joy dibaptiskan di sebuah gereja di Brickfield (yang berada di dalam Wilayah Persekutuan).

Malahan, kalau saya mahu pergi jauh ke lubuk sejarah, Umno telah bersikap dingin terhadap murtadnya Natrah.

Allahyarham Haji Ahmad Fuad menulis dalam bukunya yang bertajuk “Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan” di mana beliau menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan.

Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu permurtadan Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.

Dan menjadi maklumat umum, usaha Allahyarham Tuan Haji Ahmad Fuad menubuhkan Persatuan Ulama Malaya telah membawa kepada tertubuhnya Partai Islam Setanah Melayu, ringkasnya PAS.

Dengan kata lain, PERMURTADAN NATRAH adalah salah satu faktor yang membawa kepada perpecahan dalam Umno yang telah membuahkan PAS. PAS ditubuhkan atas sikap Umno yang dingin dan senyap dalam isu murtadnya Natrah.

Peristiwa Natrah mengajar kita betapa tingginya toleransi Umno terhadap jenayah murtad. Sehingga sejarah mengajar kita kebangkitan orang Islam di Singapura dalam peristiwa Natrah dipimpin oleh bekas Presiden PAS (Allahyarham Burhanuddin Helmi) serta Allahyarham Karim Ghani. Umno pada masa itu bersikap senyap sunyi dan dingin.

Jangan juga kita lupa betapa Umno beberapa kali menghalang usaha PAS untuk membentangkan rang undang-undang pribadi yang bakal mengharamkan murtad. Kalau Umno ikhlas menangani murtad sudah tentu Umno yang akan membentang rang undang-undang murtad di Parlimen sekaligus mengharamkan murtad sama sekali.

Namun, Akta Jenayah Shariah yang diluluskan oleh Umno untuk Wilayah Persekutuan sendiri tidak mengharamkan murtad.

Jelaslah Umno selama ini bertoleransi dengan murtad. Rekod Umno di dalam memerangi murtad adalah amat buruk dan sangat-sangat dikesali.

Maka, apakah hak Mashitah untuk mengkritik PAS hanya kerana PAS bersikap hati-hati dengan JAIS? Bukankah JAIS sendiri tidak konsisten di dalam menangani gejala murtad?

Mengapa gereja DUMC yang kesnya tidak jelas boleh diserbu sebegitu namun Masjid Qadyani di Kampung Nakhoda terus dibiarkan beroperasi sehingga sekarang?

Amat tidak wajar bagi Mashitah memburuk-burukan PAS sebegini.

Lebih-lebih lagi UMNO sendiri mempunyai rekod yang tersangat buruk dari segi murtad.

Sumber: Malaysiakini

Tanah runtuh Cameron Highland kerana buatan manusia?


Laporan Khas Oleh Arshad Khan
CAMERON HIGHLAND, 18 Ogos: Tragedi kejadian tanah runtuh awal minggu lalu di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang telahpun meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, manakala dua lagi parah.

Dalam reaksi balasnya, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob telah cepat membuat kesimpulan bahawa laporan awal tragedi tanah runtuh tersebut tidak menunjukkan ia berlaku akibat pembangunan atau penerokaan tanah.
(Inilah perkampungan orang Asli Sungai Ruil yang hilang tujuh nyawa baru-baru ini. Jelas kelihatan aliran air yang turun dari bukit di atasnya.) 

Adakah benar dakwaan Adnan bahawa ia adalah bencana alam semula-jadi atau ianya bencana buatan manusia?

Namun, itu adalah lumrah manusia terutamanya pihak berkuasa untuk mengaitkan bencana alam sedemikian dengan kuasa semulajadi, akan tetapi kita terlupa bahawa bencana sedemikian mungkin juga disebabkan kuasa manusia, yang tamakkan kekayaan tanpa memikirkan keselamatan orang lain.

Wartawan perisik Harakahdaily Arshad Khan telah melaporkan penemuan eksklusifnya ketika meninjau tempat kejadian tanah runtuh tersebut di Cameron Highland, telah menunjukkan dakwaan bahawa tragedi tanah runtuh yang menelan tujuh nyawa itu adalah hasil bencana alam semula-jadi adalah jauh meleset.
(Gambar kiri: Air yang turun ke kawasan perkampungan orang Asli telah melalui aliran yang telah gondol)
Arshad dalam tinjauannnya 10 Ogos yang lalu mendapati bahawa sememangnya terdapat aktiviti-aktiviti mengondokan bukit dan pembalakan di sekitar satu lembah kecil di hujung penempatan orang Asli yang mengumpul air dan airnya melimpah ke rumah-rumah di bawah.

“Saya menjangkakan punca tanah runtuh disebabkan buatan manusia adalah tepat. Terdapat aktiviti di bahagian lembah kecil di hujung penempatan orang Asli yang mengumpul air dan airnya melimpah ke rumah-rumah di bawah.
"Akan tetapi, mengapa ia mengambil masa yang lama (untuk kejadian berlaku) sedangkan penempatan di kawasan tersebut sudah lama? Ini bermaksud aktiviti-aktiviti di kawasan lembah kecil tersebut adalah baru,” kata Arshad.
(Longgokan tanah yang dibawa turun dari atas bukit berhampiran kawasan runtuhan)
Kata Arshad, sekiranya pokok di kawasan tersebut ditebang untuk aktiviti perkebunan kecil-kecilan, aktiviti itu sepatutnya dipantau dan langkah-langkah berjaga diambil untuk memastikan tanah tidak terlalu terdedah untuk larian air pada permukaannya.

“Tapak kejadian tanah runtuh itu kelihatan seperti laluan air semulajadi dan apa-apa halangan akan menyebabkan hakisan dan halangan kepada perembesan air. Secara keseluruhannya, lereng gunung yang tidak diteres dan disalirkan dengan baik, saya akan menyalahkan pihak berkuasa atas kegagalan, kejahilan dan ketidakupayaan ini.

"Penebangan hutan semulajadi secara total sepatutnya tidak berlaku, namun sekiranya terpaksa ia harus dilakukan secara berperingkat dengan menggantikan dengan pokok buah atau pokok yang berakar umbi dalam. Tanah di Malaysia adalah mudah, belum matang dan  mudah tercabut, tidak terikat dengan kuat kerana kebanyakkan kandungan adalah pasir – penutup tanah atau akar adalah penyelesaian terbaik terhadap hakisan,” tambah Arshad.
(Jentera berat yang digunakan untuk membuat kerja-kerja tanah yang menggondolkan bukit berhampiran kawasan bencana)

Arshad juga menemui satu projek perumahan mewah berdekatan dengan kawasan kejadian (gambar) dan juga aktiviti-aktiviti perataan tanah sedang giat dijalankan.
Selain itu, tinjauan Arshad telah menemukan beliau kepada satu papan tanda yang menunjukkan aktiviti penempatan sekitar kawasan kejadian tanah runtuh telahpun giat dijalankan mulai tahun lepas.

Berdasarkan maklumat pada papan tanda tersebut, pada penghujung April 2010, kerajaan Pahang dan Menteri Besarnya Datuk Seri Adnan Yaakab telah secara bangganya melancarkan program Perkampungan Pertama 2010 untuk penduduk Kampung Sungai Ruil di Cameron Highland.

“Penempatan semula kaum Asli tidak berapa dipersetujui oleh orang Asli, dan ia amat berkait dengan orang yang berkuasa yang bermatakan kekayaan yang boleh dijana daripada hutan yang diduduki orang Asli dulu.
(Papan tanda projek mewah yang dirasmikan oleh Adnan tetapi beliau berkata kejadian ini tidak ada kaitan dengan kerakusan manusia tetapi akibat bencana alam)
"Terlalu banyak orang yang berpangkat tertinggi yang terlibat dalam rampasan hutan asal mereka, dan kini mereka telah lebih kurang menjadi golongan nomad tanpa tanah nenek moyang mereka atau seperti sesetengah di negara-negara lain, gypsies (orang yang selalu berpindahtempat atas arahan pihak atasan).
"Siapakah yang mereka boleh menjadi tempat mengadu sekarang? Tiada siapa! Mereka ini adalah orang yang sangat mudah, yang tidak mempunyai banyak prinsip dan mudah diambil hati oleh sedikit habuan yang diberikan golongan elit. Saya juga pernah melihat beberapa proksi pembalakan dan lain-lain yang mengumpan dengan memberikan 'gula-gula' untuk menipu pribumi untuk melepaskan tanah nenek moyang mereka semata-mata untuk mendapatkan berjuta-juta kayu berharga,” tambah Arshad lagi.

Dalam temuramahnya dengan seorang orang Asli yang berada di sekitar kawasan kejadian tanah runtuh, Arshad berkata orang Asli itu memberitahu semasa kejadian berlaku beliau terdengan satu bunyi guruh yang kuat dan terlihat air deras bagai ombak mengalir ke bawah lereng gunung.
(Air yang turun dengan deras di parit sebelah rumah berasal dari takungan kecil di atas bukit) 

“Beliau menjerit dan menyuruh penduduk-penduduk mengosongkan rumah tapi terlambat. Hujan juga telah menenggelamkan suaranya. Bagi saya, getaran guruh itu mungkin telah memaksa keluar serpihan-serpihan yang memegang air di kawasan lembah yang kecil tersebut,” tambah Arshad.

Menjangkakan pihak berkuasa akan mencadangkan satu jawatankuasa untuk menyiasat punca kejadian tanah runtuh, samada semulajadi atau buatan manusia, Arshad hanya memberikan satu komen sinis untuk mengakhiri laporannnya.

“Tuhan akan sentiasa senyap dan mungkin boleh dipersalahkan. Bagaimana pihak berkuasa boleh dipersalahkan bilamana mereka tahu lebih baik dari Tuhan untuk menggerupis dengan alam semula jadi?” soal beliau.

Sumber: Harakah

Panglima Tentera tidak cermat


KUALA LUMPUR, 18 Ogos:Tindakan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyalahkan Pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat.
(Laporan media terhadap kenyataan ATM)
“Saya merasa terkejut terhadap kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menyalahkan Pemuda PAS kerana membuat sidang media berhubung dengan pendedahan empat orang bekas anggota tentera berkenaan undi pos di Pejabat PAS Pusat, semalam,” kata Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi DPPM, Mohd Adram Musa dalam satu kenyataan.
Bekas anggota tentera tersebut adalah Majer(B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Omar, Mohamed Nasir Ahmad dan Kamarulzaman Ibrahim.
Katanya, sebelum ini semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Pemuda PAS juga telah membawa Abu Kassim di hadapan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Mohd Yusof untuk menerangkan pengalamannya berhubung dengan undi pos.
“Zulkifeli bukan sahaja menuduh Pemuda PAS mengambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera malah menuduh sebagai kami sebagai pengkhianat.
“Saya ingin mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tidak pernah mempergunakan bekas anggota tentera untuk membuat pendedahan,” ujarnya.
Menurutnya, mereka datang dengan penuh sedar, insaf dan sukarela.
Katanya, mustahil bagi Pemuda PAS mampu mempergunakan bekas anggota tentera yang telah terdidik dengan disiplin dan jadi diri yang tinggi semasa dalam latihan dan perkhidmatan.
Secara tidak langsung, ujarnya Panglima Angkatan Tentera telah menghina ke atas empat anggota tentera tersebut.
Beliau penuh yakin bahawa ada lebih ramai lagi bekas anggota tentera akan tampil ke hadapan membongkar manipulasi undi pos pada masa akan datang.
Katanya lagi, Pemuda PAS memberi peluang seluas-luasnya kepada mereka.
Sepatutnya, ujar beliau selepas mendapat maklumat berkenaan manipulasi undi pos, Panglima Angkatan Tentara perlu mendapatkan maklumat secara langsung daripada ke empat-empat bekas anggota tentera terbabit.
“Kemudian tubuh satu badan penyiasat dan kemukakan satu cadangan kepada pihak kerajaan, menyalahkan Pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat,” ujarnya.
Jelasnya, sebagai sayap kepada sebuah parti politik, Pemuda PAS bertanggungjawab untuk memberikan pandangan berdasarkan pengalaman kami dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan Sibu yang melibatkan undi pos.
“Saya penuh yakin Panglima Angkatan Tentera tidak mendapat maklumat yang sebenar berhubung ruang manipulasi undi pos,” katanya.
Menurutnya, Dewan Pemuda PAS bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk menjelaskan ruang manipulasi dalam undi pos kepada Zulkifeli.
“Kami bukan pengkhianat. Kalau kami pengkhinat maka kami tidak perlu membuka ruang diskusi kepada pihak Panglima Angkatan Tentera,” tegasnya.
Justeru, ujarnya Dewan Pemuda PAS mengharapkan semua pihak terutamanya JPN, SPR dan ATM agar mengambil tindakan yang pro aktif bagi menjayakan satu reformasi dalam pilihanraya di negara kita.
“Semoga usaha semua pihak ini akan menutup semua ruang-ruang manipulasi dalam pilihan raya,” ujarnya lagi.

Sumber: Harakah