Saturday, June 18, 2011

Utusan, Khusrin dan JAIS tetap disaman


 
 

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pihak Hawzah Ar-Ridha akhirnya memfailkan saman terhadap Utusan, Khusrin Munawi dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana gagal memohon maaf setelah memfitnah mazhab Syiah tentang malam serbuan di Hawzah Ar-Ridha, Gombak pada 15 Disember 2010.

Komuniti pengikut mazhab Syiah Imamiyah diketuai oleh Kamilzuhairi Bin Haji Abd. Aziz telah memfailkan saman terhadap Utusan Melayu Berhad sebagai defenden pertama, Datuk Muhammad Khusrin Bin Munawi selaku defenden kedua, dan  JAIS untuk defenden ketiga di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi kelmarin.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang dilemparkan pihak terbabit terhadap Syiah, Hawzah Ar-Ridha dalam kenyataan medianya masih menuntut maaf dalam tempoh yang ditetapkan dalam writ saman tersebut.

Defenden Kedua sebagai Ketua Pengarah JAIS (pada waktu itu) telah mengeluarkan kata-kata fitnah pada sidang media selepas serbuan 15 Disember dan diterbitkan dan dicetak oleh akhbar Utusan Malaysia pada 16 Disember 2010, antaranya : Beliau berkata, ajaran Syiah jika dibiarkan berkembang boleh mengancam keselamatan Negara kerana pengikut yang fanatik menganggap umat Islam
mazhab lain sebagai kafir.

Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh.

Ajaran Syiah lebih bahaya berbanding ajaran sesat seperti Al-Arqam. Pengikut Syiah di Iran dan India misalnya bergaduh sesama Islam semata-mata berbeza fahaman.

Inilah yang ingin dielakkan berlaku di Negara ini dan tujuan ia disekat”.

Muhammed Khusrin berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 989, fahaman dan ajaran Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana wujud beberapa percanggahan dari sudut akidah dan syariah.

Katanya, antaranya adalah menyanjung sahabat Rasulullah, Saidina Ali secara keterlaluan, menghalalkan nikah mutaah, menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis mutawatir dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah.

Penyelewengan dari sudut syariah pula adalah menolak ijmak ulama, qias, dan mengamalkan nikah mutaah. Pengikut Syiah juga terlibat pelbagai penyelewengan umum seperti percaya ganjaran syurga jika menziarahi kubur Saidina Husin.

Selain itu menyiksa diri memukul badan menggunakan rantai sehingga berdarah 10 Muharram, mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan dan tidak mewajibkan haji.”

Berdasarkan tuduhan-tuduhan palsu terhadap Syiah, pihak terbabit dipercayai telah terpengaruh dengan gerakan Wahabi yang berselindung di sebalik Ahlusunnah untuk memusnahkan agama Islam di Malaysia.
 
Sumber: ABNA

No comments:

Post a Comment