Umno
tidak pernah senang hati dengan apa yang dilakukan oleh mahasiswa dan
aktivis occupy dataran, jadi semasa mahasiswa dan aktivis occupy dataran
bergabung tenaga untuk berkampung di dataran merdeka, mereka telah
mengarahkan DBKL menghalau mereka, dalam kejadian tersebut,
khemah-khemah telah dirosakkan, dan beberapa mahasiswa telah
dicederakan. (baca sini)
Selang
beberapa hari selepas itu, dapat berita polis dan DBKL akan adakan
operasi "mengeluarkan" Mahasiswa dari dataran merdeka pada jam 3
pagi,bagi "tukanglawan" kemungkinan itu akan ada kerana tindakan mereka
dapat disembunyikan pada waktu begitu, tiada media, dan tiada ramai
orang awam, berita itu disebarkan di facebook, blog dan laman twitter
sehingga jadi kecoh dan ramai yang turun membantu sehingag operasi itu
dibatalkan. (baca sini)
Kemuncaknya
ialah pada keesokannya. jam lebih kurang 230 pagi, sekumpulan samseng
yang diketuai samseng jalan kebun (panglima buntal) datang dan mengasari
Mahasiswa disana, ada mahasiswa wanita yang menjadi mangsa sepakan,
bukan setakat itu, kumpulan samseng itu juga merompak barangan mangsa,
selain merosakkan khemah-khemah mangsa untuk menakut- nakutkan
mahasiswa. ( baca cerita kat sini)
Tapi
semua itu tak berkesan, sehari selepas serangan. tinjauan "tukanglawan"
mendapati dataran merdeka sudah menjadi tapak pesta, jika hanya ada
kurang dari 100 peserta dan aktivis pada hari sebelumnya, sehari selepas
kejadiaan, seramai lebih 500 orang peserta dan aktivis berada di tapak
perkhemahan itu.
Walau
15 buah khemah mereka musnah dalam kejadian itu, sebanyak 12 lagi
khemah baru didirikan hasil sumbangan orang ramai, selain 30 khemah lagi
yang masih di dalam simpanan mereka.
Bukan
setakat itu, jika sebelum ini jumlah sumbangan makanan tidak terlalu
banyak, sekarang sudah berubah, sumbangan makanan yang dihulurkan bukan
setakat boleh memberi makan kepada Mahasiswa, namum sekarang aktivis dan
orang awam juga diberi kongsi bersama.
Hari
pertama "air mineral" itu adalah sumbangan kebiasaan saja, sekarang
sudah ada air kotak milo, ribena malah juga air botol 100 plus, sudah
ada juga nasi lemak, mee goreng selain dari roti pada awal perkhemahan
mereka, malah sebelum ini bekalan makanan diletak di bahagian tepi
khemah dan ditutup dengan plastik untuk mengelak dari dibasahi hujan,
sekarang sudah ada penyumbang khemah besar yang digunakan untuk
menyimpan bekalan makanan.
Lihatlah
sebenarnya ini sikap rakyat malaysia, bantu membantu dan tolong
menolong, tak perlu pun berbelanja besar untuk laksana konsep 1 malaysia
yang cuma retorik itu, bagaimana BN mahu lakukan, jika parti dalaman
kompenen BN masih berteras perkauman,
BN
sudah silap langkah, mereka mahu menyerang dan menakutkan, dalam
keadaan sekarang BN sedang terkepit teruk. mereka sebolehnya tidak mahu
menimbulkan pergeseran, apa yang mereka perlu lakukan ialah bertahan,
tapi mereka juga takut dan rakus,
Kebangkitan
mahasiswa perlu dibendung, DBKL digunakan bagi melindungi apa
sebenarnya yang mereka mahukan, Polis digambarkan sebagai berkecuali,
tapi rakusnya mereka kerana guna pelampau umno, itu silap besar. dan
sudah pasti kepala yang mengupah samseng jalan kebun itu sudah pun
dipanggil mengadap sembah kaki najib.
Tak
perlu kempen besar-besar pun, lihatlah sendiri beza pakatan rakyat
dengan umno, kami bersatu dan sentiasa hulur bantuan tak kira agama, dan
tak kira bangsa, tapi puak umno ni, nak tolong sama bangsa melayu pun
tengok kaum jugak, jika beri kepentingan pada mereka baru tolong, jika
tidak.. tak perlu.... Umno.. sudah boleh buang 1 Malaysia tu, kerana
pakatan lebih Global dari itu, kami membuktikan kami lebih relevan,
Bayangkan
jika Pakatan yang memerintah malaysia, sudah pasti tiada lagi rasa
curiga antara satu kaum dengan kaum lain... rasa curiga yang ada
sekarang adalah satu sistem yang disemai oleh BN supaya rakyat tidak
bersatu dan senang mereka kawal.
Sumber: Tukanglawan
No comments:
Post a Comment