Isu Felda kini semakin hangat bilamana saban hari semakin ramai peneroka menyaman agensi terbabit. Malah, mutakhir ini isu panas yang sering diperkatakan ialah tentang langkah penyenaraian Felda Global Ventures iaitu anak syarikat Felda yang dipercayai wujud dengan penuh kemusykilan itu mahu disenaraikan di Bursa Malaysia tidak lama lagi. Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2012 baru-baru ini. Malah, isu Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dilantik memgepalai Koperasi Permodalan Felda (KPF) juga menjadi kontroversi. Semua ini seolah-olah membuktikan kepada kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena terhadap agensi terbabit sebenarnya. Maka, kami akhirnya terpaksa membuat beberapa pembongkaran "eksklusif" tentang penyelewengan yang berlaku terhadap agensi yang merupakan "tabung duit" kedua UMNO selepas Petronas itu. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan rakyat terutamanya masyarakat peneroka bahawa mereka kini berada dalam situasi yang amat berbahaya apabila individu yang tidak sepatutnya diangkat memimpin agensi terbabit. Untuk siri yang pertama ini kami akan mendedahkan beberapa fakta sebenar tentang penyenaraian Felda yang tidak pernah didedahkan oleh media arus perdana. Mereka diarahkan menyembunyikan segala fakta ini supaya peneroka percaya bahawa anak syarikat Felda itu berada di landasan yang benar apabila ia disenaraikan. Walhal, terlalu banyak penyelewengan akan terus berlaku jika isu Felda ini tidak dibongkarkan!.
Menteri Koperasi Tidak Setuju Dengan Isa Samad
Antara isu pokok yang perlu didedahkan ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepengunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob (foto) sendiri sebenarnya tidak tahu menahu dan enggan mengeluarkan surat arahan Menteri bertarikh ke belakang (back dated) untuk masuk campur isu rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda (KPF) demi memenuhi nafsu Tan Sri Isa Samad (Pengerusi Felda) kecuali diarahkan Perdana Menteri. Campurtangan beliau dalam Koperasi Permodalan Felda bakal memberikan imej tidak baik, dianggap campur tangan politik kerajaan dalam sebuah koperasi yang aman dan berjaya serta bakal dibantah Jawatankuasa Koperasi Antarabangsa (www.ica.coop/al-ica) yang turut dianggotai oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Difahamkan beberapa lembaga pengarah Jawatankuasa Koperasi Antarabangsa dari Negara Kesatuan Eropah (EU) dan Afrika akan mengadakan kenyataan bantahan dalam hal ini tidak lama lagi. Berdasarkan potensi perkara ini bakal memburukkan imej negara dan menjejaskan peti undi Felda di Parlimen Bera (sekurang-kurangnya 14 peti undi Felda terlibat di bawah Parlimen Bera) maka Ismail Sabri akan terus mengambil pendirian berdiam diri dan tidak akan sokong usaha Isa Samad rampas kuasa Pengerusi Koperasi Felda walaupun dia jaja nama Perdana Menteri ke sana ke mari.
Sabri Ahmad Berkomplot Untuk Menipu Peneroka
Perjanjian Pajakan di antara Felda Global Ventures dan FELDA yang disorokkan dari diketahui warga Felda sekalian jelas menyatakan pajakan tanah terlibat dimana Tanah-tanah perladangan Felda yang diuruskan Felda Plantation berjumlah 360,000 hektar dan tanah-tanah sedia ada Felda (Additional Existing Land) yang telah dibenarkan kerajaan negeri untuk dibangunkan. Contohnya tanah Felda sendiri digunakan Felda dan peneroka untuk tujuan pertanian, perniagaan, sukan, perumahan generasi kedua, resort-resort Felda, serta tanah di mana penyelidikan. Dalam perjanjian itu menyebut bahawa jika tanah tersebut sudah mendapat geran, ia akan diberikankepada Felda Global Venture secara automatik dan jika belum diberikan geran akan diserahkan kepada Felda Global secara 3 tahun secara penyambungan automatik sehingga 99 tahun. Jika peneroka-peneroka pada masa ini ada mengadakan aktiviti perniagaan, pertanian atau sosial di tanah Felda yang akan diambil alih Felda Global Venture, bersedialah untuk membayar sewa atau dirampas kembali tanah-tanah tersebut oleh Felda Global Venture bagi aktiviti yang mereka anggap lebih menguntungkan kepada kroni Isa Samad dan Datuk Sabri Ahmad (foto) selaku Presiden Kumpulan Felda Global. Tanah-tanah masa hadapan (Future land) yang bakal dibeli FELDA akan diserahkan kepada Felda Global Ventures. Malah, Struktur Pra-Penyenaraian Felda Global Venture telah direka khusus bagi menipu rakyat terutamanya peneroka dan kakitangan Felda. Struktur Penyenaraian tersebut adalah:
Tujuan Struktur Pra-Penyenaraian yang direka ini adalah bagi mewujudkan situasi kononnya terdapat konflik kuasa Eksekutif apabila Pengarah Besar FELDA memegang kedua-dua jawatan Pengarah Besar FELDA dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda dan menggunakan alasan urus tadbir korporat yang baik (bukan menggunakan peraturan Suruhanjaya Sekuriti BSKL), Isa Samad merampas kuasa Pengerusi KPF melalui agenda khas dalam mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA yang diadakan semasa ketiadaan Pengarah Besar yang menunaikan umrah dalam bulan Ramadan. Struktur ini dirancang sendiri oleh Sabri Ahmad, bukannya FELDA mahupun Perdana Menteri sendiri bagi mewajarkan tindakan Isa Samad ini. Apabila dia menjadi Pengerusi KPF, perkara pertama akan dilakukan olehnya adalah meluluskan pelepasan pegangan ekuiti KPF di dalam Felda Holdings Berhad, merombak pengurusan dan lembaga pengarah serta mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merubah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahlinya selama ini.
JIKA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MENAFIKAN PERKARA INI, SEBAIK-BAIKNYA TUAN-PUAN PENEROKA MEMINTA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MEMINTA DITUNJUKKAN DAHULU SURAT PERJANJIAN PAJAKAN DI ANTARA FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES SEBELUM PAJAKAN DIMULAKAN PADA 1.01.2012. JIKA ENGGAN, DISARANKAN TUAN-PUAN MENYAMAN FELDA DARI MEMBUAT KEPUTUSAN MERUGIKAN MASA HADAPAN PENEROKA DAN ANAK-ANAK DAN MEMOHON INJUKSI MAHKAMAH BAGI MENGHALANG TINDAKAN PAJAKAN INI DILAKUKAN TANPA SURAT PAJAKAN INI DITELITI DAN DAPATKAN PERSETUJUAN SEMUA PENEROKA MELALUI REFERENDUM
Beliau juga akan menutup mata kakitangan dan peneroka iaitu ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda bahawa mereka bakal kehilangan 51% Saham dalam Felda Holdings Berhad iaitu Syarikat Utama yang mentadbir anak-anak syarikat Felda. Anak-anak syarikat ini tidak akan wujud tanpa usaha bersama pengurusan FELDA dan kakitangan dan Struktur Selepas Penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat akan jatuh kepada 30% sahaja dan 70% bakal diberikan kepada pelabur luar. FELDA pula disingkir keluar dari sebarang pemilikan dan hak dalam penyenaraian ini. Malah, hasil pelepasan hak Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat Felda dan pelepasan hak Felda dalam Felda Global Ventures dalam aktiviti dipanggil ‘divestment’ (lawan kepada investment) ini akan menghasilkan sedikit wang yang akan digunakan bagi aktiviti pemberian durian runtuh yang sangat tidak berbaloi jika dibandingkan pembayaran one-off durian runtuh VS pendapatan dividen 51% selama 99 tahun + kehilangan hak Felda dan peneroka terhadap anak-anak syarikat Felda + kehilangan pendapatan Felda sebanyak RM1.5 hingga 2.0 bilion.
Kepada anak-anak Felda dan peneroka Felda yang celik IT, minta anda terangkan kepada ibu bapa dan rakan-rakan peneroka lain untuk memilih salah satu perkara diatas. (Sila klik pada imej diatas untuk besarkan imej)
Tiga Bukti Isa Dan Si Sabri Cuba Menipu Peneroka
Jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad bahawa FELDA bakal dibayar RM1 billion bagi meneruskan tujuan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka setiap tahun selama 99 tahun adalah BOHONG DAN PENIPUAN TERBESAR, kerana pertamnya tidak ada jaminan BERTULIS di mana-mana berkenaan sumbangan tersebut dalam Surat Pajakan Tanah Felda (Diminta Peneroka dapatkan Peguam bagi menuntut kepada Felda untuk meneliti Surat Pajakan ini sebelum 1.1.2012) seperti dijanjikan Isa Samad dan Sabri Ahmad. Malah jumlah RM1 billion tidak cukup pun untuk peneroka berdasarkan perbelanjaan sebelum ini. Keduanya; Isa Samad dan Sabri Ahmad tidak akan meletakkan JAMINAN BERTULIS kerana ini mengurangkan minat pelabur dan kapitalis terhadap penyenaraian anak-anak syarikat Felda. Pelabur dan golongan kapitalis bermodal besar Cuma berminat memiliki segala pendapatan, tanah dan lain-lain aset Felda dan tidak berminat memberi SEDEKAH PERCUMA kepada Felda untuk peneroka. Ketiga; Segala kata-kata, janji dan jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad pada masa ini TIDAK LAKU kerana tidak mewakili Lembaga Pengarah Felda Global Ventures yang baru nanti apabila Felda Global Ventures disenaraikan. Isa Samad dan Sabri Ahmad sekadar bertaraf kontrak dan apabila masing-masing sudah kenyang akan pergi dan TIDAK LAGI BERTANGGUNGJAWAB terhadap kenyataan mereka sebelum ini. Sabri Ahmad sendiri pernah terlibat penyelewengan RM120 juta di syarikat Golden Hope Plantation Bhd (sebuah syarikat yang pada masa itu telah disenarai) yang disiasat oleh KPMG Forensics dan didapati bersalah sehingga dipaksa Lembaga Pengarah Sime Darby untuk meletak jawatan. Skandal Sabri Ahmad dan berita ini dilapor akhbar utama dan media alternatif sekitar Jun 2008 dan skandal salah laku Sabri Ahmad pernah ditanya oleh YB Wee Choo Keong di Parlimen, sila klik (SINI) dan (SINI) Tentang Isa Samad tidak perlu lagi didedahkan siapa beliau. Masih rasa selamatkah peneroka-peneroka Felda, kakitangan Felda terhadap dua individu utama ini yang muncul di semua media dan sesi penerangan yang meminta supaya mereka diyakini untuk ubah masa hadapan Felda?

Sumber: PahangDaily
No comments:
Post a Comment